Selasa, 9 Ogos 2011

Biskut Kuaci


Bahan-bahan:

100 gm mentega
70 gm gula perang
60 gm isi kuaci bunga matahari
130 gm tepung biskut (top)
20 gm tepung jagung
1/2 sudu kecil pes vanila mentega (butter vanilla paste)
1/2 sudu kecil garam
1 biji kuning telur yang kecil
1/4 sudu kecil emplex (perangup biskut)
100 gm cip coklat

Cara Menyediakan:

1. Dalam bekas mengadun, satukan mentega, gula perang, pes vanila mentega, garam, kuning telur dan emplex. Kacau hingga bercampur rata.

2. Masukkan kedua-dua jenis tepung, kuaci dan cip coklat. Gaul hingga sebati.

3. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang disapu mentega. Bakar pada suhu 160 darjah Celsius selama 15 ke 20 minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan