Rabu, 17 Ogos 2011

Almond London


Bahan-bahan (anggaran 130 pcs satu adunan)


250gm mentega
1/2 cawan gula caster
1 tsp esen vanilla
2 biji telur `A`(buang 1 putih telur)
1/2 cawan badan serbuk
1/2 cawan cornflake --di mesin halus dahulu
350 gm tepung gandum



Bahan-Bahan Extra


Secukup badam biji (1 Kg) ~ boleh didapati dalam anggaran 700 biji kacang.Hendaklah dibakar dahulu(berasingan)sebelum disalut dengan doh.

Cooking coklat ~ jika hendak coklat yang di salut cantik berkilat ,apabila mencairkan cooking coklat(double boil)masukkan kedalam coklat itu anggaran sebesar 1 kiub gula subtitude cocoa butter (jika guna cocoa butter tidak perlu guna butter atau lain-lain bahan untuk mengilatkan coklat itu)

Paper cup
Badam cincang ~ untuk hiasan


Cara-cara


Mentega dan gula di pukul hingga sebati(jangan terlampau kembang seperti buat kek)

Masukkan esen vanilla dan telur.

Masukkan badam serbuk,cornflake mesin dan tepung gandum.

Ambil sedikit tepung,letakkan badam biji dan bulat-bulatkan.

Bakar selama 40 minit dengan suhu 180C

Apabila telah sejuk,masukkan dalam cooking coklat yang telah dicairkan,masuk dalam paper cup dan hias dengan badam cincang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan