Isnin, 13 Februari 2012

Nasib Negeri yang tak pernah di perintah oleh PAS/Pakatan Rakyat

Negeri UMNO perintah pun masih ada jambatan tidak siap ke?
Kampung Rantau Panjang atau dikenali Desa Mahkota di Kota Tinggi, Johor paparan Aduan Rakyat kali ini.

Lokasinya bersebelahan hulu Sungai Johor mengundang permasalahan.
Penduduk mahukan jambatan konkrit dibina kerana permintaan mereka selama ini tidak pernah diambil peduli.

Pada musim tengkujuh bumbung jeti ini digenangi air dan ketika surut pula beginilah keadaannya.
Mengurus jenazah menyulitkan seperti yang ditunjuk oleh penduduk ini.

Ada kalanya, jenazah yang dibawa jatuh ke sungai dan perlu diselamatkan.
Kawasan pusara juga sukar diurus kerana tiada perkhidmatan bot menyeberangi sungai ini kecuali dengan ehsan nelayan sambilan disini.

SHARIAAT ABDUL KAHAR/PENDUDUK KG RANTAU PANJANG

"Saya dari dulu abang saya jadi penghulu pun dah kemuka perkara ini. Jadi sampai pada pihak kerajaan atau tidak saya tak tahu la. Tujuan beri kemudahan ini? Jambatan ini bukan kerana mayat tu tapi tanah 200 ekar seberang tu apa jadi? Kalau tanah satu ekar keluar hasil berapa?"

MARIA UDIN/PENDUDUK KG RANTAU PANJANG 
"Bagi Rantau Panjang ini memang perlu. Orang nak kemudahan bawa mayat. Susah pakai bot jadi kita berkehendak la jambatan tu."

Pembinaan jambatan konkrit menyeberangi sungai bukan setakat menghubung kawasan perkuburan saja.

Ia merupakan jalan pintas ke kampung sebelah, Kampung Sungai Telor tapi malangnya, Kampung Sungai Telor juga berdepan masalah projek naik taraf jalan terbengkalai hampir setahun.

Projek sakit bernilai lebih RM12 juta ini mendatangkan pelbagai masalah kepada penduduk.

ISMAIL IBRAHIM/PENDUDUK KG SUNGAI TELOR
"Masalah motor selalu pancit. Macam-macam masalah dalam ini. Budak sekolah banyak masalah. Hujan lagi teruk, jalan tanah lembut. Masalah pengangkutan motor paling teruk. Kereta tak apa. "

MOHD JUFRI KHAMIS/PENDUDUK KG SG TELOR
"Masalah sama macam dia orang ini. Nak jalan ambil budak sekolah susah. Berbonjol jalan. Hujan lagi lecak. dah buat aduan macam gini jugak. Sampai bila nak siap jalan ini tak tahu la."

Setiap tahun, wakil rakyat dihambat dengan masalah permohonan membina jambatan tetapi tidak berhasil sehingga kini.

Sama juga dengan projek naik taraf jalan terbengkalai, seolah-olah terbiar begitu saja.

Benarkah tiada yang kisah dengan rintihan rakyat disini?
http://www.tv3.com.my/beritatv3/aduan_rakyat/50_Tahun_Tunggu_Jambatan_Konkrit.html

*** Negeri Paling kuat UMNO pun tak terbela, jadi kami rakyat Kelantan tak percaya pada BN. Demo kuat buruk Isu Air Kelantan, tapi air tercemar di Perak nuh, sebelum ni di Terengganu, penyakit bersumber dr air. Muhasabah diri banyak2. Jangan kuat sangat dok hentam membabi buta. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan