Rabu, 22 Februari 2012

K'tan akan sekat pengambil-alihan tanah bagi FGVH...



Kerajaan negeri Kelantan akan melantik panel guaman dalam menyekat pengambilan tanah FELDA seluas 55,500 ekar di negeri itu untuk tujuan Felda Plantation.

Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat exco kerajaan negeri pagi tadi.

"Pengambilan tanah itu dibuat secara paksaan dari kerajaan negeri yang tidak difahami secara jelas maksudnya dan ia menyalahi akta GSA 1960.

"Ladang FELDA diaktakan di bawah GSA dengan maksud milikan tanah hanya untuk peneroka dan koperasi peneroka," kata beliau yang juga naib presiden PAS dalam satu kenyataan hari ini.

Buat masa ini, katanya, Felda Plaintation dimilik 51 peratus oleh peneroka FELDA melalui Koperasi Peneroka Felda (KPF).

Bila dipajak pada Felda Global Venture, Husam berkata, KPF akan hanya memiliki 37 peratus dan tidak lagi menjadi pemegang majoriti dan menurutnya, ia melangga akta GSA 1960.

"Kerana itu Kelantan berhak mengambil balik ladang tersebut untuk diagih kepada peneroka baru.

"Dan sekiranya ini berlaku, lebih kurang 8,000 peneroka baru dengan agihan 4 hektar bagi peneroka baru akan diberikan," katanya.mkini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan