Selasa, 28 Februari 2012
Petua
Hilangkan tanda hitam di ketiak
Kacau cuka putih dan soda penaik dan sapukan pada ketiak dua kali sehari. Soda penaik yang diadunkan dengan cuka, dapat membantu memutihkan ketiak yang kurang menawan.Alternatifnya, sapukan sahaja jus limau pada ketiak dan gosokkan limau di bawah tangan anda selepas mandi agar ia menjadi putih berseri. Ulangi dua kali sehari.

Ragam Isteri
SUAMI : kenape sayang..
ISTERI : ha.. ayang ade 1 prmainan, ayang catatkn smue kburukan abg sbyk mgkin dn abg pun
catatkn tntg kburukan ayang sbyk mgkin!esok pg kte bace blik tntg ape yg kte dah tulis tu..
SUAMI : ok..
Anuar Tan saman Ng Yen Yen RM5 juta
Aslani M, | 27 Feb 2012 |
KOTA BHARU, 27 Feb: Pengerusi Perhubungan MCA Kelantan, Datuk Sri Dr Ng Yen Yen dituntut membayar ganti rugi RM5 juta ekoran mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah.
Notis saman tersebut difailkan Anuar yang juga Adun Kota Lama melalui peguam Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates baru-baru ini.
Sehubungan itu pengurusan kes berkenaan ditetapkan pada 4 Mac ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya di sini.
Ng Yen Yen yang juga Menteri Pelancongan pada 29 April tahun lepas mengeluarkan kenyataan media dengan mengggambarkan Anuar Tan berdolak dalik dalam isu Bazar Tok Guru.
Wanita kes Badrol: 'Fitnah, saya tak khalwat'
WARTAWAN SINAR HARIAN
28 Februari 2012
28 Februari 2012
ROMPIN - Media digemparkan dengan berita anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrolamin Bahron ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan, awal pagi Sabtu lalu.
Dalam Sinar Harian semalam, Badrolamin menafikan laporan tersebut dan menegaskan, beliau hanya mahu membantu seorang wanita yang berhadapan dengan masalah keluarga.
Sinar Harian berjaya menjejak wanita didakwa berkhalwat dengan Badrolamin itu. Apa sebenarnya kisah di sebalik kejadian?
Walau enggan namanya disiarkan, namun wanita itu tidak keberatan berkongsi cerita dan menerangkan kedudukan sebenar kepada pembaca Sinar Harian khasnya. Ikuti pengakuan eksklusif daripada beliau.

Isnin, 27 Februari 2012
Khalwat: Penjelasan Dr Badrulamin Bahron
Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.
Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.
Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.
Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Ahad, 26 Februari 2012
Resepi: Mee Kari Resepi: Mee Kari Resepi : Mee Kari
Dah lama kita tak masak ni mee, rasa teringin nak makan pula.......Perutpun dah mula berbunyi ni
Apapun jom layan resepinya yang mudah aje ;-
MEE KARI
Sabtu, 25 Februari 2012
Bekas Lagenda Bola Sepak Yakin Pas & Pakatan Kuasai Terengganu
Harakahdaily, | 24 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 24 Feb:Bekas lagenda bola sepak negara, Haji Abdullah Ali yakin, PAS dan Pakatan Rakyat boleh memenangi negeri Terengganu dalam pilihan raya umum akan datang ini.
(Abdullah Ali bercakap dalam rancangan Persepsi Harakahdaily)
"Dengan saya menyertai PAS, saya boleh membantu untuk memberikan kesedaran khasnya orang baru untuk menyokong PAS," kata beliau dalam wawancara khas dengan Harakahdaily.
Abdullah Ali, bekas pemain bola sepak negara yang terkenal dengan tendangan 'inswinger' dari sudut penalti di lewat 1970an dan awal 1980an dahulu.
Abdullah Ali, bekas pemain bola sepak negara yang terkenal dengan tendangan 'inswinger' dari sudut penalti di lewat 1970an dan awal 1980an dahulu.
Petua Halau Cicak Petua Halau Cicak Petua Halau Cicak
Sebagai seorang suri rumah kita pasti bosan kalau ari2 dok ngadap nk bersihkan taik cicak...hari ni bersih tgk esok ada plk...merata rata....eeiii...tension btul...x tau camne nk halau cicak2 yg bermastautin dlm umah...belek2 fb smlm aku jumpe petua nk halau cicak dri fb pak ngah-farid ismeth emir...jd aku nk kongsi la dgn kwn2 semua...
Jumaat, 24 Februari 2012
Mati pucuk malam pertama
HUBUNGAN seksual adalah ibadah yang memainkan peranan penting dalam mengeratkan hubungan suami isteri.
Untuk menunaikan apa-apa ibadah, persediaan dan persiapan itu penting. Ini boleh dilakukan dengan mudah dan dalam keadaan selesa untuk kedua-dua pasangan.
Dalam melakukan persediaan, setiap pasangan disarankan merujuk kepada buku ilmiah yang sahih untuk mendapat panduan.
Mereka juga dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan cerita yang bukan-bukan mengenai hubungan intim.
Perkara yang seronok itu sudah semestinya sempurna lebih-lebih lagi dalam keadaan bersedia.
Yang pasti, malam pertama memberi banyak cabaran kepada suami dan isteri, lebih-lebih lagi jika kedua-dua mereka jahil tentang bermain cinta.
Khamis, 23 Februari 2012
BILAKAH SULTAN MENJADI BAYANGAN ALLAH DI BUMI?
Minggu ini saya kembali ke Oxford, UK. Beberapa minggu berada di Malaysia. Di samping menyambut kedatangan ‘puteri baru’, banyak juga aktiviti yang sempat saya sertai. Bahang pilihanraya semakin kuat sehingga segala perkara berbau politik. Semalam semasa seminar ‘Islam and Europe’ di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), directornya Dr Farhan Nizami bersembang dengan kami dengan memberi pandangannya tentang Malaysia. Katanya, betapa dia tidak menyangka bahawa bangsa melayu yang kelihatan sopan santun itu apabila tiba kepada bab politik, mereka berpolitik habis-habisan. Saya senyum sahaja mendengar ulasannya.
Denda RM500 Jika Berlengan Pendek !
Saya tak tahu kalau pakai baju pendek dan tidak menutupi lengan salah di sisi undang-undang di Kelantan.” Demikian kata seorang remaja perempuan selepas dikompaun RM500 dalam operasi Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) semalam.
Kecoh: Isa halau ahli KPF keluar dewan
KUALA LUMPUR, 22 Feb: Seorang perwakilan Koperasi Permodalan Felda (KPF) hari ini meluahkan rasa kecewa apabila dihalau keluar oleh Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad ketika satu sesi taklimat di Dewan Perdana Felda petang ini.
Sanggam a/l Raju (gambar) yang juga peneroka dari Felda Sendayan dihalau keluar dewan selepas bangkit menanyakan soalan kepada Isa ketika sesi soal jawab dibuka.
"Saya tanya dia (Isa), Tan Sri, saya bukan menghalang penyenaraian ke bursa saham ini, tetapi saya nakkan satu jaminan daripada Suruhanjaya Koperasi atau Koperasi Permodalan Felda tentang aset itu semua.
"Dia jelaskan dengan saya, jaminan daripada kerajaan, tak percaya dengan PM (Perdana Menteri) ke, PM jamin," kata Sanggam.
"Saya kata hari ini PM boleh jamin la sebab dia perdana menteri, tapi besok bila dia dah tak jadi perdana menteri nanti jadi dolak dalih.

WALAUPUN NEGERIKU NEGERI MISKIN TAPI......
Bob Kuman Bersama Tuan Guru BM Kelantan (negeri paling miskin pada pandangan Najib & Umngok) |
- Kelantan negeri miskin tiket Bola terMAHAL di Malaysia tetapi stadium sentiasa penuh
- Kelantan negeri miskin Baju TRW lengan pendek Rm 80,lengan panjang Rm 100 tetap di beli juga
- Keuntungan Tesco di kelantan antara yang TERTINGGI di Malaysia
Perjuangan bangsa boleh menjadi ‘asabiyah’ yang ditentang Islam-Dr Asri
KUALA LUMPUR, 22 Feb — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata perjuangan atas nama bangsa boleh menjadi “asabiyah” yang ditentang Islam menambah ia boleh membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada bangsa lain.
Bagaimanapun beliau berkata Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan bangsa sendiri jika ada keperluan ke arah itu selain tidak mewujudkan permusuhan dengan bangsa lain.
“Ada pun asabiyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada pihak lain,” katanya dalam satu kenyataan.
Rabu, 22 Februari 2012
K'tan akan sekat pengambil-alihan tanah bagi FGVH...
Kerajaan negeri Kelantan akan melantik panel guaman dalam menyekat pengambilan tanah FELDA seluas 55,500 ekar di negeri itu untuk tujuan Felda Plantation.
Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat exco kerajaan negeri pagi tadi.
Ahad, 19 Februari 2012
Putrajaya: Peguam PAS ikrar lawan habis-habisan
SHAH ALAM, 19 Feb: Lajnah Undang-undang PASPusat dengan kerjasama Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia melakar sejarah apabila berjaya menghimpunkan lebih daripada 130 orang peguam PAS dari seluruh negara sempena Konvensyen Pilihan raya Peguam PAS 2012 yang berlangsung di sini, malam semalam.
Menurut Ketua Pengarah Konvensyen, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (gambar), program itu bertujuan sebagai persediaan terakhir peguam PAS bagi menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 yang dijangka akan diadakan pada tahun ini.
"Komitmen yang diberikan oleh rakan peguam dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak juga di luar jangkaan.
“Pada asalnya kita mensasarkan hanya 80 orang peguam sahaja yang akan hadir, namun jumlah tersebut semakin bertambah sehingga tarikh penyertaan terpaksa ditutup lebih awal," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Pernah Anda Lihat Sebelum Ini...?
Pernahkah Anda Melihat Sebelum Ini, Seorang Raja Memberi
Laluan Kepada Seorang Ulama.. Gambar Ini Memaparkan Kepada Kita.. Akan Hormatnya Seorang Raja Terhadap Seorang Ulama.. Yang Selama Ini Difitnah Dan Dibenci Oleh Pemerintahan BN.. Yang Pastinya Pemimpin Umno Akan Terus Meracau..!!!!
Sabtu, 18 Februari 2012
Najib... Jangan Hina Negeri Kami...
sila baca http://
Wahai Tok Najib .....
** Sekayo mano pon kito, bila mati harta tok leh nok bowok sekali..
** Sebanyok mano pon duit kito ada tok bulih nok merasuah melaikat.
** Sebanyok mano geran tanoh kito ada sekali pon..bila mati hanya tanah 4‘ x 7‘ tempat bersemadi.
** Bilo mati malaikat tok tanyo sekayo mano mu didunia tapi sebanyak mano amalan hok mu bawa..
AMBO BANGGO MENJADI ANOK KELATE...1000,0000X
Jumaat, 17 Februari 2012
Datuk MCA turut terima RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia.
.Apa cerita nih?? Yang sepatutnya dapat.. ramai yang tak dapat.. tapi yang tek sepatutnya dapat.. dapat pula..
Seorang pemimpin bahagian MCA di Pahang yang berpangkat Datuk turut menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 dan ini telah menimbulkan tandatanya di kalangan penduduk tempatan dan warga internet.
Pengerusi MCA bahagian Bera, Datuk Tang Hock Lok,yang juga seorang pemimpin masyarakat dan dermawan terkenal di Triang, telah menyumbangkan wang RM500 itu kepada seorang penduduk kampung yang kurang upaya.
Berita mengenai Tang menerima BR1M telah mencetuskan bantahan di beberapa forum internet serta media sosial.
Iktiraf ‘Imelda Rosmah’, Universiti Curtin dikritik
KUALA LUMPUR 16 Feb: Laman Facebook Universiti Curtin dihujani pelbagai komen tidak puas hati dari sebilangan rakyat Malaysia, ekoran tindakan universiti itu menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat kepada isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Setakat berita ini ditulis, terdapat hampir 28,000 pengguna Facebook menyukai laman berkenaan dan mereka meneruskan kritikan bertalu-talu terhadap Rosmah dan Universiti Curtin.
Universiti di Australia yang turut mempunyai cawangan di Sarawak dan Singapura itu sebelum ini menganugerahkan ijazah Doktor Kehormat Persuratan kepada Rosmah, kononnya sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan kanak-kanak menerusi program Permata Negara.
Program Permata Negara yang baru memasuki usia tiga tahun telah membelanjakan kira-kira RM211 juta wang rakyat.
Analisis penuh kekayaan rosmah X (Sumpahan Beri Anugerah Pada Rosmah)
Semua gara-gara beri anugerah pada FLOS ( first lady of shooping), laman facebook Universiti Curtin tiba-tiba dihujani pelbagai komen tidak puas hati dari sebilangan rakyat Malaysia.
Baru -baru ini Universiti di Australia yang turut mempunyai cawangan di Sarawak dan Singapura itu menganugerahkan ijazah Doktor Kehormat Persuratan kepada Rosmah, kononnya sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan kanak-kanak menerusi program Permata Negara.
Kah..kah..kah, pembangunan jenis macam mana yang FLOS tu lakukan, nak tahu juga tu, yang "tukanglawan" tahu.
Khabarnya wang peruntukan Program Permata Negara yang baru memasuki usia tiga tahun telah membelanjakan kira-kira RM211 juta wang rakyat, dan kemudiannya minta di tambah lagi, masalahnya laporan kewangan terdahulu tak diberikan untuk di Audit, bagaimana boleh mintak tambahan dana?, pelik benar.
Khamis, 16 Februari 2012
PAPA GOMO!!! Idola fitnah UMNO disaman lagi
Blogger Pro Umno, Papagomo sekali lagi menerima nasib malang apabila disaman pula Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa berhubung dakwaan fitnah yang disiarkan melalui blognya.
Dua minggu lepas blogger terbabit disaman seorang peguam terkenal, Datuk Shukri Mohamad juga berkaitan artikel fitnah yang disiarkan dalam blognya.
Writ saman tersebut difailkan Husam melalui peguam Hisham Fauzi baru-baru ini dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta, memohon maaf secara bertulis, gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.
Selain itu injunksi menghalang defendan atau ejen atau pembantu berkomunikasi, memberi komen, mengulangi penerbitan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.
Program Artis Terkenal di Kelantan
Kepada semua dijemput hadir untuk bertemu artis terkenal kesayangan anda...!!!
Rabu, 15 Februari 2012
Gempar! Ahli Lembaga Disiplin UMNO ditangkap khalwat??
memang gempar! Ahli Lembaga Disiplin UMNO ditangkap khalwat? dengan lelaki cina lak tu!
menurut sumber yg amat boleh dipercayai, ahli lembaga yg bergelar Dato' ni (aku rahsiakan namanya dulu atas sebab2 kemaslahatan) telah ditangkap khalwat pada 13 januari 2012 yg lalu di unit tingkat 4 kondominium Kojaya Ampang, jalan kolam air jam 3.18 pagi.

Selasa, 14 Februari 2012
Kelantan bina lebuh raya tanpa bantuan Putrajaya
Kerajaan negeri Kelantan akan meneruskan projek pembinaan lebuhraya Kota Bharu- Kuala Krai yang diluluskan oleh kerajaan pusat di bawah Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) tetapi belum dimulakan sehingga ke hari ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa berkata tender untuk projek berkenaan dibuka pada 2 Januari lalu dan ditutup pada 9 Februari. Hasilnya, pihak kerajaan negeri telah menerima tawaran dan kertas cadangan dari lima syarikat.
“Pembinaan lebuhraya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dengan sembilan persimpangan bertingkat serta dua buah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dengan tawaran kos sebanyak RM1.5 bilion hingga RM1.8 bilion.
“Pemilihan syarikat yang berjaya akan diputuskan oleh majlis mesyuarat kerajaan negeri Kelantan selepas jawatankuasa teknikal dan kewangan menilai cadangan-cadangan tersebut dalam masa terdekat,” katanya.
Apabila Denda RM500 Dikenakan Kepada Mereka Yang Tidak Menutup Aurat
KOTA BHARU – Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.
Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.
Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).
Isnin, 13 Februari 2012
Panas: 'Ceramah Perkasa', Ibrahim Ali Dakwa PAS Bodoh, Kata Nik Aziz Dan Anwar Umpama Beruk !!
KUANTAN, 13 Feb - Orang ramai yang hadir ke program ceramah umum Pertubuhan Pribumi Perkasa(Perkasa) di Komplek Dagangan Indera Mahkotadekat sini malam tadi, kecewa dengan beberapa kenyataan panas Datuk Paduka Ibrahim Ali (foto) terhadap pemimpin pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Datuk Nik Aziz NikMat.
Masing-masing terkejut dengan tuduhan tidak berasas Ibrahim Ali yang mengeluarkan berbagaiperkataan kotor dan lucah terhadap dua pemimpin terbabit.Malah, sebahagian besar dari kalangan mereka keluar dewan dan meninggalkan majlis ketika pemimpin itu belum menghabiskan ucapannya yang berapi-api itu. Ceramah anjuran Perkasa Negeri Pahang itu dihadiri oleh lebih 500 orang tetamu yang majoritinya adalah ahli UMNO dan Perkasa sendiri. Terdapat juga beberapa orang penyokong pembangkang dan pelajar IPT yang dilihat hadir.
Dr M (Maha Putar Belit) kata bekas Ketua Hakim memfitnahnya,, dan Agong yang mahu Salleh Abbas digugurkan
Tun Dr Mahathir Mohamad membidas kenyataan bekas Ketua Hakim Tun Mohd Dzaiddin Abdullah yang menyatakan beliau menjadi punca kelemahan badan kehakiman negara untuk tunduk kepada ahli politik, dengan menyifatkannya sebagai fitnah.
Namun begitu, Dr Mahathir berkata, beliau tidak akan menyaman mereka kerana ia perbuatan sia-sia.
“Itu suatu fitnah, kalau mereka nak, mereka boleh semak semula peruntukan itu, dan jelaskan bahagian mana yang menyatakan perkara itu.
Salah faham tuduh PAS sekat Hari Valentine
Jofri Jaraiee, PAS Miri,
13 Feb 2012
Setiap hari kita perlu menunjukkan perasaan kasih sayang antara satu sama lain tanpa perlu menunggu hari-hari tertentu.
Sikap sesetengah pihak yang cuba membuat fitnah terhadap saranan PAS melarang penganut agama Islam dari menyambut Hari Valentine telah disalahertikan dengan mengatakan PAS menyekat kebebasan hak orang ramai.
Mereka memberi gambaran seolah-olah PAS cuba menyekat kepercayaan agama lain dari menyambut Hari Valentine dengan menuduh PAS tidak sepatutnya menyekat mereka yang hendak meraikan Hari Valentine tersebut.

Ahad, 12 Februari 2012
Teks Syarahan Agama Sekolah : Masjid Membina Keunggulan Ummah
Assalamualaikum w.b.t.Terima kasih saudara pengacara, para hakim yang cendekia, penjaga masa yang setia, seterusnya hadirin umat Muhammad semua.
Pada pagi yang penuh barakah ini, saya tampil ke pentas bagi menyampaikan syarahan yang bermauduk “Pengimarahan Masjid Membina Keunggulan Ummah”. Secara konseptualnya, frasa pengimarahkan bermaksud menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid dengan pelbagai kegiatan berfaedah. Masjid pula, menurut Fatwa Lajnadah Imah ialah tempat yang disediakan untuk dilaksanakan atau ditunaikan solat lima waktu secara berjamaah di dalamnya. Sementara frasa “membina keunggulan ummah” dapat saya konsepkan sebagai membangunkan masyarakat atau komuniti Muslim yang lebih baik, cekap dan ulung. Keunggulan ini dapat dilihat daripada pelbagai aspek, terutamanya dari segi kerohanian, sosial, pendidikan dan ekonomi umat. Maka secara tuntasnya, tajuk syarahan saya pada hari ini dapat takrifkan sebagai proses menjalankan aktivti menghidupkan masjid dalam kalangan masyarakat mampu meningkatkan ketinggian mutu umat Islam seluruhnya.

Langgan:
Catatan (Atom)