Sabtu, 31 Disember 2011

Pendedahan Mengejutkan tentang PUTRAJAYA......

Oleh: sangkancil

"
PUTRAJAYA: Gahnya nama Flet Hijau di sini dengan kegiatan maksiat sukar dinafikan apabila lebih 50 pasangan bukan mahram yang dipercayai sedang bersiap atau berniat melakukan ‘projek’ ditahan di penempatan itu sejak beberapa bulan lalu.

Lebih memalukan, flet 11 tingkat yang mempunyai lebih empat blok itu menjadi markas golongan remaja dan pasangan kemaruk seks melampiaskan nafsu serakah di rumah sewa sama ada milik pasangan lelaki atau wanita tak kira siang atau malam.

Selasa, 27 Disember 2011

Keindahan Masjid Seluruh Dunia

Masjid Suci Al-Haram, Arab Saudi

Isnin, 26 Disember 2011

Temu ibu lepas 7 tahun terpisah


YUSNIAR memerhatikan Wati yang sedang tidur selepas menemuinya semula, semalam.
YUSNIAR memerhatikan Wati yang sedang tidur
selepas menemuinya semula, semalam.


 

Sumber: Harian Metro
BANDA ACEH (Indonesia): Seorang remaja perempuan yang dihanyutkan tsunami Lautan Hindi tujuh tahun lalu, semalam berkata, dia menangis selepas mendapati ibu bapanya yang sudah putus harapan untuk menemuinya masih hidup lagi.

Wati, 15, yang muncul di sebuah kafe di Meulaboh, bandar di wilayah Aceh, awal minggu ini berkata, tidak lama selepas ombak tsunami melanda, dia ditemui dan diambil sebagai anak angkat oleh seorang wanita yang memaksanya mengemis di jalanan, kadangkala hingga jam 1 pagi.

Mustafa 'kunci mulut' anggap isu Hasan selesai


Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 25 Dis: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (kiri) berkata, beliau tidak akan lagi membuat sebarang ulasan berhubung exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali(kanan).

Katanya, beliau akan mengambil pendekatan 'kunci mulut', sesuai dengan janjinya sebelum ini bahawa jika Hasan tidak lagi menyerang PAS, maka dia juga akan berhenti mengulas tentang bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

"Seperti saya janji sebelum ini bila dia (Hasan Ali) berhenti serang PAS maka saya akan tutup mulut," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Shahrizat dedah ramai pemimpin Umno bermasalah

Harakahdaily 

KUALA LUMPUR, 25 Dis: Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang mempersoal 'siapakah pemimpin Umno yang tiada masalah', seperti mendedahkan ramai pemimpin Umno terbabit dengan skandal salah guna kuasa.

Shahrizat selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang terpalit dengan skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) mengeluarkan kenyataan itu sebagai mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang memulakan siasatan terhadap kes itu baru-baru ini.

Culik penternak lembu kena jel 6 tahun, seleweng duit lembu kena apa???

Lima lelaki bersalah menculik penternak lembu dijel enam tahun : Utusan




JOHOR BAHRU 23 Dis. - Lima lelaki terselamat daripada hukuman mati di tali gantung apabila masing-masing dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan pindaan menculik seorang penternak lembu untuk dikurung secara salah, tahun lalu.

Ahad, 25 Disember 2011

Gambar Abby Abadi Bertudung : Kuliah Ustaz Azhar Idrus

Ada sesiapa yang masih belum kenal Ustaz Azhar Idrus ?
Kalau belum kenal boleh dengar kuliah/ceramah dia di youtube, tak pun google je (^_-).

Okey kali ni bukan nak cerita pasal Ustaz azhar Idrus. Tapi just nak share gambar abby abadi, sweet je tengok dia bertudung dan berjubah






Semoga Allah bukakan pintu hati Abby untuk ber"hijrah" menjadi wanita muslimah.

Gambar PELAJAR UNISEL MATI GANTUNG DIRI

"Bunuh diri bukan satu penyelesaian masalah, ianya hanya satu tindakan di luar norma untuk lari dari masalah"

Tekejut kejap bila orang upload gambar ni kat twitter tadi....Memang semua orang ada masalah, tapi bunuh diri bukan penyelesaiannya. Sanggup bunuh diri untuk lari dari masalah sehingga sanggup mencabut nyawa sendiri? Mintak di jauhkan....



Kreatif Cara Buat Bunga Ros Daripada Kentang Goreng



Kreatif Cara Buat Bunga Ros Daripada Kentang Goreng

Cara Minum Air Masak

Dah jadi lumrah manusia, bila haus; mesti air yang dicarinya. Tak kiralah air tu sejuk ke, suam ke, manis ke, semuanya boleh. Janji ianya bersih dan dapat membasahi tekak memasing. Tapi, sebaik-baiknya biarlah air masak yang menjadi pilihan utama.
Kenapa air masak???

Air masak ni akan memelihara kesihatan tubuh, melancarkan sistem metabolisme tubuh serta membantu mengurangkan berat badan kita (mesti ramai yang suka "point" ni).

Sebabnya, bila air dalam badan kita mencukupi, ia sekaligus dapat membakar kalori dalam tubuh. Hah! Kan bagus tu. ;)

Fuhhhh.... memang nikmat tak terkata bila dapat air ketika ini. Begitu juga kalau tersedu mahupun tercekik, kan? Grrrr...


Ok lah, sekarang jom kita lihat pula bilakah 4 waktu terbaik untuk minum air masak selain ketika haus.
Minumlah Air Masak 

1. Sebelum tidur
Minum segelas air masak sebelum tidur. Tujuannya bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok. Di mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia.

2. Bangun tidur
Minumlah 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita.

3. Sebelum mandi
Ada baiknya minum segelas air masak waktu ni. Dapat melancarkan perjalanan darahserta mengurangkan tekanan darah kita.
4. Sebelum makan
30 minit sebelum makan, eloklah minum dulu segelas air masak. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan. Takdelah terkejut. Huhu...


Alhamdulillah... sekarang anda dah tahu waktu yang baik untuk minum air masak, kan? Akhir kata, jangan lupa amalkannya ya!

Fakta Nih Semua Wajib Tau Terutama Puak Umno!!!

Sampai bila orang melayu nak jadi bodoh dan diperbodohkan oleh Umno?Ingat!!berapa puluh taun dah orang melayu diperbodohkan oleh Umno yang berbangsa melayu sendiri!! 
RM500 bantuan untuk pendapatan isi rumah kurang dari RM3,000 diberikan. Adakah ini mampu merubah semuanya atau sekadar membeli jiwa dan perasaan sempena PRU13? Boleh ubah kenyataan di atas?

Sabtu, 24 Disember 2011

Bayi kecil



[Image: 1.jpeg]

Wang Zakat Diguna Bayar Kos Guaman Menteri

Malaysiakini

Laporan Audit Negara mengesahkan RM63,650 telah dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom dan dua yang lain.

Kos guaman itu adalah bersabit kes tuntutan qazaf oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan Jamil; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwanya, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.

Penyata Akaun Negara Sahkan Pinjaman Mahathir Dari Bank Dunia


Keadilan Daily

KEADILAN sekali lagi tampil dengan bukti menyanggah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menafikan membuat pinjaman dari Bank Dunia pada 1999.

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, meskipun Mahathir ‘meragui’ dokumen rasmi Bank Dunia berhubung pinjaman itu, namun beliau tidak boleh menafikan dokumen rasmi kewangan negara yang dikeluarkan kerajaan Malaysia dan diluluskan di parlimen.

Dokumen itu ialah penyata Akaun Memorandum hutang Awam Luar Negeri pada 31 Disember 2008, yang terkandung dalam Anggaran perbelanjaan persekutuan 2010 dan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Oktober 2009.

Adun Tendong, Pasir Mas, Kelantan kembali Ke Rahmatullah



"Kenyataan Media Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 24 Dis:
 PAS menyifatkan pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tendong, Dr Muhammad Md Daud(gambar) ke rahmatullah sebagai satu kehilangan besar buat parti.

Namun, pemergian Allahyarham ke rahmatullah malam tadi sememangnya telah diatur oleh Allah, walaupun ketika ummah masih memerlukan beliau untuk berkhidmat kepada agama dan rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, bagi pihak PAS, beliau amat terasa dengan pemergian Allahyarham dan mengucapkan takziah di atas pemergiannya. 

Hasan tarik balik kritik negara kebajikan



Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini memohon maaf berhubung kritikannya terhadap konsep negara kebajikan yang dianjurkan parti itu dan menarik balik kenyataannya berhubung perkara itu.

Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa pusat, katanya, beliau mengakui terdapat unsur-unsur yang keterlaluan apabila beliau mengulas perkara itu.

“Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan mengenai perkara itu. Dengan ini saya menarik balik komen mengenai Negara Berkebajikan tersebut.

Hamid Othman Meninggal Dunia

Oleh: siasahkini

"

AL-FATIHAH
Allahyarham Haji Abdul Hamid Bin Haji Othman,telah kembali ke rahmatullah pada pukul 5.00 ptg
hari ini.dan mayat akan di bawa ke rumah anak allahyarham di Puchong. di khabarkan Arwah terkena serangan sakit jantung

Jumaat, 23 Disember 2011

Cara Nak Lajukan Broadband Bagi Yang Dah Abis Limit...


Salam...

Korang mcm Abg x? Gna broadband smpai tgh bulan pn dh abis limt. Sb broadband nie adik2 pon gna sama men game kt Facebook tue, jadi cpt la abis bandwidth tue. Msj mcm kt bwh ni tiap2 bulan Abg dapat. He3, korang kalo dapt msj cmni msti rasa x best kan? Abg xkisah pon dpt cmni sb maknanya duit broadband abg bayar dh digunakan smpai abis.Maknanya lepas 5GB tu free la, ha3...


Saya Nak Jadi Menantu Ustaz Azhar

Khamis, 22 Disember 2011

Perang panglima Melayu lawan generasi muda kini makin menarik


Oleh: Inimajalah

"Konflik akibat tindakan seorang pemimpin pemuda Umno yang menggelarkan kumpulan penyokongnya sebagai ‘panglima Melayu’ mengancam mahu menampar serta meludah mahasiswa yang menurunkan gambar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, Sabtu lalu, kini memasuki babak baru yang menjadikan perang di antara panglima Melayu dengan generasi muda negara ini, makin menarik.

Kak Ijat beli lembu...Awang beli beruk ?


Oleh: tokpepijat

"Hari ini selepas Senator Shahrizat Jalil "ditelanjangi" dengan isu lembu dan kondo NFC, tiba giliran pula Senator Awang Adek "dibogel"kan dengan isu punyai 3 akaun peribadi untuk tadah sumbangan bagi kegiatan parti di Bachok.

Semakin hampir PRU 13 semakin banyak skandal UMNO dibongkarkan.

Siapa yang bongkarkan? Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP.


Yang sebenarnya buat kerja ini ialah juak-juak UMNO juga. Mereka sesama UMNO bergelut untuk menjadi calon PRU 13 nanti. Antara caranya mencari modal untuk "memampuskan" karier politik orang yang disasarkan.


Kes NFC, PKR sekadar penyambung kerja yang dibuat juak-juak UMNO yang mahu jatuhkan Shahrizat. Cuba tanya Raja Nong Chik dan UMNO Cheras.


Begitu juga kes Awang Adek ini. Tentunya sesama juak UMNO Bachok juga punya kerja.

Senarai Artis Malaysia yang Merokok


"Apa nak jadi dengan artis Malaysia sekarang ini, nak cari artis yang 100% bersih dari gejala sosial yang tidak sihat memang agak susah. tambahan pula, jika wartawan-wartawan media perdana (hiburan) dibarisi oleh orang-orang yang 'banyak pahala'nya sehingga sanggup bersekongkol dengan artis ini dengan merahsiakannya dari pengetahuan peminat.

Mungkin diorang (wartawan media perdana-hiburan) ni takut rumah mereka dilempar dengan darah ataupun bangkai 'gajah' pula kot....Hahahahaha....Baiklah mari kita lihat senarai  artis wanita Malaysia yang ketagihan rokok.

Di tempat pertama ialah Shariffah Amani. Faktor Shariffah Amani menduduki tangga pertama ialah wajah Melayu kampungnya dan perwatakan ibunya yang begitu baik sekali. Bayangkanlah tetiba anak perempuan hisap..

Pelakon yang mempunyai bakat besar dan dikuatkan lagi dengan gandingan adik beradiknya, siapa lagi kalau bukan Sharifah Amani, yang pernah mengemparkan dunia hiburan dengan membotakkan rambut.

Sharifah Amani ini seperti sedia maklum memang cukup dikenali sebagai pelakon yang lahir dalam keluarga yang cukup bahagia dan terdidik. Namun, apa yang mengejutkan ramai pihak selepas ini adalah mengenai sebuah video yang memaparkan dimana Sharifah Amani sedang menghisap rokok ketika sedang di temubual oleh seseorang 'wartawan' yang berbangsa asing. Kalau buka fullscreen, memang ada Sharifah pegang rokok dengan tangannya.

Rabu, 21 Disember 2011

Rusa Melahirkan Anak




Kalau tak silap aku, binatang di bawah ni ialah rusa. Kalau mata aku silap maaflah ye. 14 gambar yang berjaya dirakam oleh sumber yang tidak diketahui telah dikongsi seperti di bawah. Jangan cuak untuk scroll sampai bawah sebab dijamin tatapan ini tidak sengeri gambar atau video manusia melahirkan anak...




Peluang Untuk Pelajar SPM (PROGRAMM TAHFIZ)

Oleh: traveller06

"

Pelajar SPM,

peluang untuk anda menghafaz Al quran , Hadith dan mempelajari Tafsir, sementara menanti keputusan anda DI SEKOLAH TAHFIZ AL QURAN & HADITH AL HAFIZ [S.T.A.D.H.A ] 160 persiaran cinta sayang , kelab cinta sayang , sg petani kedah.

Kemuncup perjuangan, dasar PAS dijamin Majlis Syura

Tuan Ibrahim Tuan Man    

Mehnah atau tribulasi dalam perjuangan Islam adalah sunnatullah, bagi menguji dan memperkukuhkan jamaah dan membina kekuatan mujahadah bagi ahli.

Dalam sejarah perjuangan Islam yang panjang ini, kita meyaksikan betapa beratnya ujian atau mehnah yang dihadapi oleh jamaah dan ahli yang mendokongi jamaah tersebut. PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang lama di  negara ini telah lali dengan pelbagai mehnah yang dihalakan kepada jamaah ini. Kita pernah diharamkan, dibatalkan logo, disekat aktiviti, didenda dan sebagainya, namun parti  terus berkembang hingga kini.

Manakala tribulasi kepada ahli berlaku setiap hari, samada kecil atau besar, ujian tersebut ianya akan pasti berlaku. Panduan kita ialah kenyataan:

"Andainya anda menyertai mana-mana jamaah Islam, lalu anda tidak menerima apa jua mehnah dan ujian, maka semak semula jamaah yang anda sertai itu, kerana mungkin ianya bukan jamaah yang menepati kriteria jamaah Islam.”

Bismillah 6 dan 7 penawar ilmu sihir atau buatan orang9

Assalamualaikum guys... Aku rasa dalam tahun nih banyak sangat filem kita lahirkan cerita berunsur kurafat seperti santau, jampi, buatan orang dan percaya pada jin dan syaitan. Jika mudah untuk kita percaya pada perkara2 ini bermakna badan kita juga mudah untuk didekati mahkluk2 halus. Amalkan bacaan BISMILLAH 7 ini untuk melindungi diri dari terkena ilmu2 sihir atau buatan orang. Syaitan dan jin itu memang ada sentiasa untuk menghancurkan manusia. Itu janji mereka..


Selasa, 20 Disember 2011

Ibu Rayu Anak Yang Baru Bernikah Dengan Pasangan Gay Pulang




Ariff Bersama pasangan gay dari Britain
Kamariah Hashim, ibu kepada pelajar berusia 28 tahun, Ariff Alfian Rosli yang didakwa telah berkahwin denganpasangan gay di Britain baru-baru ini, merayu anaknya supaya kembali ke pangkuan keluarga di Malaysia.

Rumah Nabi Muhammad SAW dan Khadijah di Mekah

Nabi Muhammad SAW ialah manusia yang paling mulia dan paling berpengaruh sepanjang zaman. Baginda hidup di tengah-tengah masyarakat negeri Arab ketika itu dengan penuh kesederhanaan. Baginda yang berakhlak mulia dan tidak pernah letih membimbing umat agama Islam ini hidup bersama isteri tercintanya Khadijah r.ha di rumah yang sederhana. Di bawah merupakan gambar eksklusif rumah Nabi Muhammad SAW dan isterinya Siti Khadijah di Mekah sebelum Nabi berhijrah ke Madinah.


Busana Muslimah: Cara Yang Betul VS Salah!



"Buat para Muslimah, perbaikilah cara berpakaian kalian supaya kalian dikasihi dan disayangi ALLAH. Jika benar kalian mahukan redha ALLAH, mahukan kasih sayangNYA, mahu supaya ALLAH tempatkan kalian ke dalam Syurga, mahu supaya ALLAH jauhkan dari Neraka; maka ikutilah cara yang ALLAH sukai.
Busana Muslimah yang betul dan tepat dengan kehendak ALLAH ialah:

  1. Menutup semua bahagian tubuh melainkan muka dan tapak tangan.
  2. Pakaian tersebut tidak mempunyai ciri-ciri perhiasan yang boleh menarik perhatian.
  3. Mestilah kainnya tebal. Mestilah tidak tembus cahaya dan tidak boleh nampak anggota tubuh.
  4. Mestilah longgar (tidak ketat), supaya tidak menampakkan bentuk tubuh.
  5. Tidak berwangi-wangian.
  6. Tidak menyerupai pakaian lelaki.
  7. Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.
  8. Pakaian tersebut mestilah tidak melambangkan kemasyhuran atau kesombongan.

Isnin, 19 Disember 2011

Merampas Tanah dan Mengubah Tanda Batas Tanah

Merampas tanah adalah sebuah perbuatan zhalim yang banyak terjadi di masyarakat, termasuk juga dilakukan oleh banyak petani. Perbuatan ini banyak dianggap sebagai perkara yang sepele pada masa sekarang. Mereka para pelaku perbuatan ini menganggap remeh perkara ini bahkan menganggap hal yang biasa terjadi di masyarakat. Padahal merampas tanah termasuk suatu perbuatan yang tergolong dosa besar dan pelakunya diancam di akherat dengan adzab yang keras dan pedih akhirat.

Mengenai masalah mengambil tanah orang lain tanpa izin pemiliknya ada beberapa hadits yang akan disebutkan diantaranya;
1.Hadits yang diriwayatkan dari ‘Aisyah rodhiyallohu ‘anha bahwasanya telah bersabda Rosululloh shollallohu ‘alaihi wa sallam:
مَنْ ظَلَمَ قِيْدَ شِبْرٍ مِنَ الأَرْضِ طُوِّقَهُ مِنْ سَبْعِ أَرَضِيْنَ
“Barang siapa yang berbuat zhalim (dengan mengambil) sejengkal tanah maka dia akan dikalungi (dengan tanah) dari tujuh lapis bumi.” [1]
2.Hadits yang diriwayatkan dari Sa’id bin Zaid rodhiyallohu ‘anhu bahwasanya Rosululloh shollallohu ‘alaihi wa sallam berasabda:
مَنْ ظَلَمَ مِنَ الأَرْضِ شَيْئًا طُوِّقَهُ مِنْ سَبْعِ أَرَضِيْنَ
“Barang siapa yang mengambil sejengkal tanah secara zhalim maka dia akan dikalungit (dengan tanah) dari tujuh lapis bumi.”[2]

Sabtu, 17 Disember 2011

Cubaan Sabotaj Frankfurter Ramly Gagal. Ia Disahkan Halal

Ipoh: Orang ramai diminta tidak was-was berhubung status halal burger Ramly selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan produk frankfurter jenama Ramly yang dijual di pasaran tempatan adalah halal.

Pengesahan Bahagian Hab Halal Jakim itu sekali gus menafikan dakwaan produk frankfurter jenama Ramly mengandungi DNA babi.

Sijil Pengesahan Halal Malaysia untuk produk frankfurter jenama Ramly yang dikeluarkan Bahagian Hub Halal Jakim masih sah sehingga 14 Januari 2012.

Jumaat, 16 Disember 2011

Guna senapang milik tentera dalam rompakan di KL

Oleh: amkns

"

Laporan akhbar mendedahkan perompak yang ditembak mati oleh pengawal keselamatan semasa rompakan bank di Kuala Lumpur pada 13 Dis 2011 telah menggunakan senapang otomatik Steyr milik abangnya yang merupakan seorang anggota tentera. Panglima ATM, apa komen anda, bagaimana senapang khusus untuk ATM terlibat dalam rompakan?

Apa sudah jadi dengan Strategi Lautan Biru? 

Pada 1 Disember 2011 yang lalu, seorang pegawai polis adalah antara saspek yang ditahan dalam satu kes rompakan kedai emas di Kuala Terengganu. Kisahnya di SINI

Isnin, 12 Disember 2011

Himpunan Kuliah MP3

Allah turunkan bala atas kesalahan manusia : Surah al-An'am ayat 38-39

Allah SWT sahaja yang memberi rezeki kepada makhluknya hatta ulat yang berada dalam batu pun Allah Taala kurniakannya.

Jika demikian, ada orang yang bertanya kenapa ada manusia yang kebuluran, tidak dapat makan terutama penduduk di benua Afrika?

Ketahuilah bahawa berlakukan kebuluran adalah bala yang ditimpakan Allah ke atas manusia akibat perbuatan jahat yang dilakukan oleh tangan-tangan mereka.

Maka mereka hendaklah segera bertaubat kepada Allah dan mohonlah keampunan dariNya dan mohonlah agar Allah hilangkan segala kesusahan yang dihadapi oleh kita di dalam kehidupan ini termasuk kebuluran yang dialaminya oleh umat Islam di benua Afrika dan seumpamanya.

Pokoknya ialah Allah memberi rezeki kepada makhluknya sama ada dia hamba-Nya yang beriman atau yang kafir. Semuanya dikurniakan rezeki kerana Allah SWT Maha Pemberi Rezeki kepada semua hamba dan makhluknya di dunia ini.

Wacana Perdana 8: Pilihan Raya Umum Ke 13: BN atau Pakatan Rakyat

Benda Pelik


Sudah 3 pemimpin BN desak Shahrizat letak jawatan

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Dis: Sejak pendedahan skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang mengaitkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, sekurang-kurangnya tiga pemimpin besar BN secara terbuka mendesak beliau meletakkan jawatan parti dan kerajaan.

Terbaru, desakan dari Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kalabakan yang mahu Shahrizat meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.

Perundangan Islam – Utamakan mencegah bukan menghukum


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ(13
وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُهِينٌ (14)- النساء: 13-14
Yang bermaksud : Itulah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina. – Surah Al-Nisa’, ayat 13-14
Tema sambutan Hari Hududullah pada tahun 1432 Hijrah ini ialah “Hudud Satu Pencegahan dan Pendidikan, Bukan Hukuman”. Bermakna perundangan Islam termasuk hukum hudud amat mengutamakan prinsip mencegah dan mendidik umatnya ke arah keharmonian hidup bermasyarakat.Oleh itu, di dalam al-Quran, perkataan hudud disebut sebanyak 11 kali di dalam 7 ayat yang dirangkumi di dalam 5 surah yang berlainan. Satu ayat daripadanya membicarakan tentang hukum hakam puasa, tiga daripadanya tentang hukum cerai dan iddah, dan satu ayat lagi membicarakan tentang hukum faraid atau pembahagian harta pusaka, seperti mana ayat tersebut di atas. Kemudian, satu ayat juga menceritakan sikap orang-orang munafik yang suka melanggar hudud Allah dan satu lagi membicarakan tentang hukum zihar.

Undi muda: BN dahului Pakatan Rakyat

Oleh : MOHD ZAILANI ABD RAHMAN

KOTA BHARU - Menjelang Pilihan Raya Umum 13 (PRU13), Barisan Nasional (BN) dikatakan mendahului Pakatan Rakyat (PR) sekurang-kurangnya tiga peratus untuk mendapatkan soko­ngan golongan muda.

Pengasas Zentrum Future Studies, Prof Madya Dr Abu Hassan berkata, angka itu boleh berubah menjelang pilihan raya kerana golongan muda peka kepada perubahan dan isu semasa.

Ahad, 11 Disember 2011

Ambil tindakan ‘buat hudud pun tak jadi apa’


KUALA LUMPUR, 10 Dis: Pihak berkuasa agama di negara ini digesa segera bertindak terhadap pihak yang bertanggungjawab menerbit dan menyiarkan sebuah drama pendek di Youtube yang secara terang-terangan menghina hukum Allah.

Drama pendek bertajuk 'Lagi Hudud PAS' itu didakwa telah menghina hukum hudud dengan cuba memberi gambaran hudud bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah malah menjadikan masalah lebih teruk.

"DPPM (Dewan Pemuda PAS Malaysia) mengharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan wajar kepada mereka termasuk ke atas pemilik akaun kawasaki9722 yang menyiarkan filem tersebut.

"Filem ini tidak menguntungkan sesiapa malah mengundang kebencian ramai," kata ketua dewan itu Nasruddin Hassan kepada Harakahdaily.

Mengikut maklumat yang direkodkan, drama dengan tajuk 'Lagi Hudud PAS' itu yang berdurasi 5 minit 34 saat dimuat naik sejak 21 November lalu oleh pemilik akaun bernama kawasaki9722.

Sehingga berita ini ditulis, drama itu telah ditonton oleh 10,123 pengguna dengan catatan 94 dari mereka menekan like dan 4,395 dislike.

Menggunakan lima pelakon Islam dan tiga bukan Islam, dialog drama ini antara lain menyentuh isu HIV tertinggi di Kelantan sambil memperlekeh hudud yang mahu dilaksanakan kerajaan negeri yang dipimpin PAS.

Malah mereka juga mendakwa ibu tunggal di Kelantan paling ramai dan rakyat negeri itu juga paling ramai bekerja di tempat-tempat maksiat.

Dalam dialog itu juga turut menyebut "Buat hudud pun tak jadi apa" lalu disambung seorang lagi dengan berkata "makin teruk ada la".

Sebelum ini negara kecoh dengan kenyataan Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu, Kamal Saidin dan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang mempersenda hukum Allah SWT dalam Majlis Wacana Hudud di Wisma MCA baru-baru ini sedang beliau tiada autoriti untuk bercakap mengenai hukum Islam.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ust Fathul Bari selaku Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Umno sebagai salah seorang panel.

Belum pun reda dengan isu itu, umat Islam sekali lagi dicabar dengan penghinaan hukum Allah melalui drama pendek tersebut.

Apa yang dikesalkan kata Nasruddin, kebebasan berkarya digunakan untuk menghina hukum Allah SWT sedang mereka tanpa segan silu menikmati segala macam kemudahan, keselesaan dan nikmat anugerah Allah SWT di atas muka bumi ini.

"Pelaku yang mendalangi penghinaan terancang terhadap hukum Allah SWT sedang berdepan dengan  satu tanggungjawab yang sangat berat.

"Saya terlebih dahulu mewakili DPPM mengharapkan dalang dan para pelakon muslimnya bertaubat kepada Allah SWT dan kembali ke pangkalan jalan," katanya.

Khamis, 8 Disember 2011

Jumlah Masjid Bukan Ukuran Kejayan Islam

Oleh SuaraPakatanRakyat

SELEPAS pembohongan mengenai kualiti air di Kelantan yang diberi liputan besar-besaran oleh akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia, kini jumlah masjid yang dibina kerajaan PAS Kelantan pula yang menjadi sasaran akhbar tersebut.


Sengaja memillih tajuk muka depan, “Pengakuan Kerajaan PAS Selepas 20 Tahun Memerintah Kelantan, Hanya Satu Masjid”, Utusan cuba menggambarkan seolah PAS hanya pandai bercakap tentang Islam tapi tidak mampu membina jumlah masjid yang banyak sepanjang 21 tahun memerintah Kelantan.

Sebuah masjid yang dibina adalah Masjid Jubli Emas atau Masjid China di Rantau Panjang(gambar).

Selasa, 6 Disember 2011

Jihad Menunjangi Survival Bangsa...Video Muhyiddin Yassin Yang Terdesak?




Antara petikan dari ucapan Muhyiddin Yassin.
“Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihan raya umum ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? Atau akan terlepas ke tangan orang lain?” kata beliau.

“Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri? Jawapannya tentu sekali tidak,” kata beliau.

“Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak. Percayalah, pilihan raya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita. Pilihan raya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah,” katanya merujuk kepada perwakilan ketiga-tiga sayap itu.

Video Ucapan Muhyiddin Yassin yang Desprate?


Laporan Audit Negara....

Audit Terkini - Umno kantoi & Gagal Segalanya....
media takkan menyiarkan satu pun daripada ini semua. ..


1-Kerajaan didesak perjelas projek lembu RM250j 
Kerajaan diminta menjelaskan kegagalan projek RM250 juta Pusat Feedlot Kebangsaaan yang dikaitkan dengan seorang menteri Umnoyang dikatakan gagal walaupun menelan belanja besar. 

2-RM770,000 untuk bekalkan elektrik kepada satu rumah 
Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan RM770,000 untuk membekalkan tenaga elektrik kepada sebuah rumah di bawah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), dedah Laporan Ketua Audit Negara. 

3-Audit: Projek komputer sekolah di Sabah gagal
Projek makmal komputer sekolah harian di Sabah yang bernilai RM160.74 juta yang bertujuan membina bangunan, membekalkan dan pemasangan perabot dan peralatan ICT didapati telah gagal mencapai objektifnya, dedah Laporan Ketua Audit Negara 2010. 

Ggateh Basikal jelajah tiga Dun Kuala Krai 10/12/2011


Sidang Media Program Ggateh D'Kuala Krai oleh Ust Ab.Latiff
KOTA BHARU, 5.Dis - Sambutan yang amat menggalakkan dalam program yang dikenali “ Maghri Pakat Ggateh “ anjuran Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO di Tanah Merah baru-baru ini telah diperluaskan ke jajahan lain dan sabtu ini program ini akan di adakan di Kuala Krai.
Menurut Timbalan Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan, NGO Abdul Latiff Abdul Rahman program julung kali yang diadakan secara besar-besaran ini di jajahan Kuala Krai menggambarkan kesungguhan pihak kerajaan untuk membuka ruang kepada remaja mendekati aktiviti sukan berbasikal.
Program “Maghi Pakat Ggateh D’ Kuala Krai” ini akan meliputi tiga Dun dalam Parlimen Kuala Krai dan akan bermula di Padang Taman Chintawangsa berhampiran dengan Tasik Krai pada sabtu 10.Dis ini, pendaftaran akan dibuka pada pagi tersebut bermula jam 7.30 pagi.

Mayat bayi ditemui bawah katil

SEGAMAT 5 Dis. - Helah seorang pelajar mengadu sakit perut kepada keluarganya untuk mendapatkan rawatan di klinik terbongkar apabila dia sebenarnya baru melahirkan seorang bayi di rumahnya di Palong Timur 4 di sini pada 30 November lalu.

Pelajar berusia 15 tahun dan sedang menunggu keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tersebut dipercayai melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 11.30 pagi.

Menurut Ketua Polis Segamat, Supritendan Abdul Majid Mohd. Ali, pelajar itu kemudian mengadu sakit perut dan dihantar oleh keluarganya ke Klinik Palong Timur 4.