Selasa, 6 Disember 2011

Ggateh Basikal jelajah tiga Dun Kuala Krai 10/12/2011


Sidang Media Program Ggateh D'Kuala Krai oleh Ust Ab.Latiff
KOTA BHARU, 5.Dis - Sambutan yang amat menggalakkan dalam program yang dikenali “ Maghri Pakat Ggateh “ anjuran Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO di Tanah Merah baru-baru ini telah diperluaskan ke jajahan lain dan sabtu ini program ini akan di adakan di Kuala Krai.
Menurut Timbalan Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan, NGO Abdul Latiff Abdul Rahman program julung kali yang diadakan secara besar-besaran ini di jajahan Kuala Krai menggambarkan kesungguhan pihak kerajaan untuk membuka ruang kepada remaja mendekati aktiviti sukan berbasikal.
Program “Maghi Pakat Ggateh D’ Kuala Krai” ini akan meliputi tiga Dun dalam Parlimen Kuala Krai dan akan bermula di Padang Taman Chintawangsa berhampiran dengan Tasik Krai pada sabtu 10.Dis ini, pendaftaran akan dibuka pada pagi tersebut bermula jam 7.30 pagi.

Abdul Latiff berkata penyertaan berbasikal ini terbuka kepada seluruh rakyat negeri yang berminat dan peserta boleh menggunakan pelbagai basikal seperti basikal klasik, basikal Fixie, Mountain Bike dan sebagainya.
“ Kita akan mengayuh basikal sejauh 31 KM dan di Kuala Krai ini ia agak mencabar sedikit kerana kayuhan akan merentasi kawasan laluan berbukit dan ini amat sesuai dengan kawasan Kuala Krai yang berada di Selatan yang sememangnya penuh dengan kawasan tinggi”ujar beliau.
Laluan yang digunakan ialah bermula di Taman Chintawangsa melalui Jalan Batu Balai menuju ke Kampung Mengkebang sehingga ke Simpang Tiga Sungai Pahi, selepas itu akan ke Kampung Temalir ke Jalan Belangga menuju ke Lebuhraya Kuala Krai – Gua Musang iaitu keluar di Simpang Tiga Pahi dan meneruskan kayuhan kembali ke TamanChintawangsa.
“ Laluan yang digunakan ini adalah meliputi ketiga-tiga Dun iaitu Guchil, Mengkebang dan Manek Urai, sementara itu bagi Dun Dabong tidak dapat diadakan memandangkan ia agak jauh”katanya lagi.
Turut hadir disidang media ialah Pengarah Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Haji Abdul Aziz Yunus dan Timbalan Pengarah Mohd Ridza Mohd Zain.
Program yang dijangka menerima peserta lebih 400 orang ini akan dirasmikan sendiri oleh Exco Sukan negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood.
“ Peserta akan disediakan sehelai T.Shirt, sarapan pagi dan jamuan tengahari, di samping itu terdapat juga beberapa pertandingan sampingan seperti pertandingan basikal cantik, pertandingan mengawal basikal terbaik, basikal lambat dan cabutan bertuah.” Ujar beliau lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan