Selasa, 20 Disember 2011

Busana Muslimah: Cara Yang Betul VS Salah!



"Buat para Muslimah, perbaikilah cara berpakaian kalian supaya kalian dikasihi dan disayangi ALLAH. Jika benar kalian mahukan redha ALLAH, mahukan kasih sayangNYA, mahu supaya ALLAH tempatkan kalian ke dalam Syurga, mahu supaya ALLAH jauhkan dari Neraka; maka ikutilah cara yang ALLAH sukai.
Busana Muslimah yang betul dan tepat dengan kehendak ALLAH ialah:

  1. Menutup semua bahagian tubuh melainkan muka dan tapak tangan.
  2. Pakaian tersebut tidak mempunyai ciri-ciri perhiasan yang boleh menarik perhatian.
  3. Mestilah kainnya tebal. Mestilah tidak tembus cahaya dan tidak boleh nampak anggota tubuh.
  4. Mestilah longgar (tidak ketat), supaya tidak menampakkan bentuk tubuh.
  5. Tidak berwangi-wangian.
  6. Tidak menyerupai pakaian lelaki.
  7. Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.
  8. Pakaian tersebut mestilah tidak melambangkan kemasyhuran atau kesombongan.
Semoga dengan kalian menepati kesemua ciri-ciri berpakaian di atas, keredhaan ALLAH dan kasih-sayangNYA melimpahi diri kalian, amin…


Cara Yang Salah

Berikut pula disenaraikan beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh ramai wanita-wanita Muslimah samada mereka sedar atau tidak:



Berpakaian ketat dan menampakkan beberapa bahagian anggota tubuh.
Menyerupai pakaian lelaki seperti berseluar panjang dan berkemeja.
Menyerupai pakaian wanita-wanita kafir seperti fesyen-fesyen terkini yang jelas bercanggah dengan cara berpakaian Muslimah.
Tidak menutup sebahagian anggota tubuh. Ada yang nampak telinganya, nampak lehernya, nampak rambutnya, nampak lengannya, nampak kakinya dan sebagainya.
Pakaian tersebut penuh dengan perhiasan.
Kainnya nipis sehingga boleh dilihat walaupun kain tersebut menutup auratnya.
Pakaian yang dipakai mempunyai ciri-ciri kemahsyuran, ke’glamour‘an dan nilai-nilai kesombongan orang yang memakainya.
Mudah-mudahan dengan tersenarainya beberapa hal di atas, kita mendoakan agar saudara-saudara Muslimah kita semua dapat berubah dan mengambil tindakan untuk memperbetulkannya. Bukan mereka semua sengaja mahu langgar, tapi kadang-kadang akibat salah faham dan pengaruh sekeliling, maka mereka keliru dan jauh dari petunjuk agama.


Atas dasar ukhwah Islamiyyah (persaudaraan kasih sayang dalam Islam) dan nasihat-menasihatilah, maka tulisan demi tulisan, teguran demi teguran dibuat. Supaya saudara Muslimah kita faham dan seterusnya dipeliharai ALLAH Subhanahu wa Ta`ala.


Jika benar ALLAH yang kalian sayang dan kasih, ikutlah cara yang ALLAH sukai. Janganlah kerana mahukan perhatian dan pujian orang ramai, kalian langgar perintah ALLAH dan membuatNYA murka. Semoga ALLAH menyayangi kita semua, amin.


WAllahu Ta`ala A`lam.

Koleksi Poster Galakan Berhijab/Menutup Aurat Untuk Muslimah

Berikut adalah koleksi poster yang sempat saya muat turun dari pelbagai sumber di internet.  Poster-poster ini sangat menarik, bermaklumat dan berpotensi memberikan kesedaran dan semangat kepada para wanita untuk berhijab atau menutup aurat.
Melalui poster-poster yang berwarna warni dan menarik ini, saya harap dapat menyuntik semangat untuk menutup aurat di kalangan para remaja Muslimah, khususnya puteri-puteri saya yang masih kecil.  Semoga mereka dan juga kawan-kawan mereka jatuh cinta dengan cara berpakaian Muslimah dan istiqamah untuk menutup aurat.
Ini sekadar alternatif sahaja.  Banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan bagi menyampaikan mesej ini.  Klik untuk besarkan:
Jika kalian bersetuju bahawa pendekatan poster-poster seperti ini dapat memberikan kesan yang memuaskan dalam menyuntik kesedaran menutup aurat di kalangan anak-anak perempuan, remaja atau pun mungkin juga di kalangan wanita dewasa yang kalian kenali, maka sebarkanlah dan kongsikanlah dengan mereka semua.  Cetak dan tampal.
InsyaALLAH, kalau saya jumpa yang lain, saya akan tambah lagi…
Semoga para Muslimah kita diperlihara ALLAH, amin…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan