Selasa, 15 Jun 2010

sorang lagi Adun Perak (DAP) Lompat...




Ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Malim Nawar, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh (foto), dari DAP hari ini mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu.

Ahad, 4 April 2010

YAB TuanGuru Nik Abdul Aziz Ke Makkah


YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar negeri Kelantan akan menunaikan ibadah Umrah di Makkah Al-Mukarramah. beliau akan bertolak pada pagi esok (5 April 2010) di Lapangan terbang Sultan Ismail Petra , Pengkalan Chepa, pada pukul 8.30 pagi.




Selasa, 30 Mac 2010

Isnin, 29 Mac 2010

AJK UMNO Bahagian Tanah Merah ditangkap khalwat


TANAH MERAH - Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 54 tahun yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di sebuah hotel di jajahan ini, malam kelmarin.

Lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya pada kira-kira jam 1.30 pagi dalam operasi maksiat yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah bersama lapan anggota penguat kuasa yang diketuai oleh Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail serta ahli Rukun Tetangga (RT) kawasan setempat.

Ahad, 28 Mac 2010

Keputeraan Sultan Kelantan



Oleh: wanibrah

"Pada 30-31 Mac nanti akan berlangsung sambutan keputeraan Al-Sultan Kelantan bagi tahun ke-60. Sebelum ini, 25 Mac (Khamis) malam Jumaat telah diadakan solat hajat dan doa selamat untuk Al-Sultan Kelantan dan hari Haul al-Marhum Sultan Yahya Petra (nenda Pemangku Raja Kelantan sekarang, Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra) diadakan di Masjid Muhammadi.

Rabu, 24 Mac 2010

Ayat Kursi Sebelum Tidur


Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah. Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."

Menyenaraihitamkan Ahli Parlimen Seksis


Oleh Wanita Pakatan Rakyat

Wanita Malaysia tidak akan memilih calon-calon Ahli Parlimen yang seksis dalam pilihan raya akan datang.

Anutan seksisme (sexism) membawa pemikiran bahawa satu gender adalah lebih inferior atau lemah dari yang lainnya. Ia juga bermaksud mendiskriminasi gender dan tidak mempeduli soal memelihara maruah dan martabat gender, lelaki atau wanita.

Isnin, 15 Mac 2010

Hujan Rahmat

KOTA BHARU- Hujan yang turun mencurah selepas majlis solat Istisqa diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi kelmarin memberi rahmat kepada petani di negeri ini.

Ahad, 14 Mac 2010

Sumbangan Kepada mangsa Kebakaran

GUCHIL – Sumbangan berterusan dihulurkan kepada mangsa kebakaran yang berlaku dekat Guchil 6, Khamis lalu bagi membantu mereka menampung keperluan harian apabila semuanya musnah dalam kejadian yang berlaku kira- kira jam 4.30 pagi itu.

Melalui Tabung Serambi Mekah, Pejabat Jajahan Kuala Krai juga turun padang menghulurkan bantuan kepada semua sembilan mangsa terlibat dekat sini semalam.

Mazlan akan saman pengurus Felda, polis

Sumber : Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Pengerusi Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman bertegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengurus Felda Lembah Klau dan juga pihak polis ekoran tindakan mereka menahannya daripada mengadakan dialog bersama peneroka.

Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, peguamnya, Mohd Harris Abdullah sedang dalam proses memfailkan saman malu terhadap kedua-dua pihak terbabit dan dijangka ianya akan mengambil masa lebih kurang sebulan daripada tarikh beliau ditahan.



"Saya mendapat nasihat daripada peguam saya untuk mengenakan tindakan saman malu terhadap pengurus Felda dan pihak polis kerana telah memalukan dan menjatuhkan maruah saya di hadapan khalayak ramai.
"Peguam saya akan tentukan jumlah saman yang akan dikenakan dan saya berani katakan, jumlahnya melibatkan juta. Saya dilayan seperti seorang penjenayah yang melakukan kesalahan besar sedangkan saya pergi ke Felda Lembah Klau kerana menghadiri jemputan warga Felda," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, petang ini.

Selasa lepas, Mazlan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub ketika membuat laporan polis berhubung tindakan pihak pengurusan Felda Lembah Krau yang cuba menahannya daripada mengadakan dialog dengan penduduk Felda berkenaan.

Beliau ditahan selama dua malam mengikut Seksyen 441 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih enam bulan dan didenda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Insiden itu berlaku selepas Mazlan mengadakan satu majlis dialog di rumah sebuah peneroka di Felda berkenaan lalu ada seorang pegawai Felda datang menghalang kerana kononnya tidak mempunyai permit.

Beliau bagaimanapun dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Raub dengan bon polis RM3,000 dengan seorang penjamin pada Khamis lepas.

Menurut Mazlan, ekoran insiden itu, Felda mengeluarkan satu surat pekeliling yang melarang beliau masuk ke mana-mana Felda untuk mengadakan dialog atau sebagainya.

"Ceramah saya malam ini pun terpaksa dibatalkan kerana pemilik premis terbabit menerima pelbagai ugutan daripada pihak Felda agar tidak membenarkan saya berceramah di situ.

"Mana perginya Fasal 10 Perlembagaan yang mengatakan kita ada hak untuk berhimpun?” soalnya.

Mazlan yang sudah berbelas tahun bergerak aktif dalam memperjuangkan nasib peneroka Felda di seluruh negara bagaimanapun menegaskan tidak akan berganjak daripda perjuangannya membela nasib peneroka yang tertindas sejak sekian lama.

"Saya tidak akan berganjak daripada perjuangan saya membela warga Felda yang hanya menjadi pak turut kepda kerajaan selama ini.

"Sebagai ahli sebuah NGO yang berjuang untuk warga Felda, saya akan terus memberikan maklumat kepda peneroka tentang hak mereka yang dinafikan selama ini, terlalu banyak isu penyelewengan dalam Felda yang disembunyikan kerajaan," tegasnya.

Ditanya mengenai status Anak yang dikatakan haram oleh ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan baru-baru ini kerana mendakwa telah ada Majlis Belia Felda yang menguruskan kebajikan peneroka, Mazlan berkata, ianya bukan isu utama sebaliknya apa yang diperjuangkan badan bukan kerajaan itu harus diberi perhatian.

"Saya tidak mahu layan soal status haram atau tidak. Saya pun boleh persoalkan NGO bawah mereka haram atau tidak. Apa yang penting Anak ditubuhkan untuk membela nasib peneroka yang telah lama menjadi mangsa penindasan kerajaan yang pentingkan keuntungan," katanya.

Rabu, 10 Mac 2010

Konsert Hiburan Alternetif 2010

Kumpulan Saujana & Kumpulan Dikir Hijra
h
bertempat di Dataran Sri Guchil (Bazar Ramadhan)
pada 12 mac 2010 hari Jumaat pukul 9.00 malam.
Semua dijemput hadir... masuk percuma...!!!
(Anjuran: Pemuda PAS Kuala Krai & Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan)

Ahad, 17 Januari 2010

umno's responsibility in firebombings

No matter how hard UMNO tries, they cannot wipe their hands clean from the strings of firebombings of churches all over the country. They simply cannot.
Najib and UMNO leaders were forced to go on damage control mode, visiting the Tarbenacle Church in Wangsa Melawati and offering RM500k to rebuild the church. Then, Hishamuddin threathened to use the ISA on anyone linked to the church firebombings.


But, then again, people are starting to question, wasn’t it UMNO who escalated the issue to unnecessary levels? Wasn’t it UMNO owned media flashing implicit racist messages by various UMNO and Malay leaders on an issue that is never an issue all over the Muslim world?

Wasn’t it UMNO and Najib who openly says that they cannot stop a demonstration that is clearly laced with racist and sensitive messages?
In short, UMNO made an issue out of a non issue. The church fire-bombings is a direct consequence of UMNO fanning racial and religious sentiment over the “Allah Name-The Herald” issue. To put it simply, if UMNO had just stick to the facts of the case, then they will see that the issue is actually a non issue.

UMNO HAS BEEN PLANNING TO MAKE AN ISSUE OUT OF THIS ISSUE SINCE EARLY 2008

An email I received, shortly before I was kicked out by the Pro-Tem President of a Pro Tem organization called “Muslim Blogger Alliance” led by a figure who calls himself Mahaguru58.

Apparently, the meeting was also attended by the likes of Rocky Bru and Nuraina Samad, figures who has always been seen as liberals. Please bear in mind that the meeting was held last year. In other words, UMNO’s resistance against “The Herald” has been on record since last year and not something new.

Among the principle attendee of the meeting are high ranking members of JAKIM and the great Dato Zahid Hamidi himself. The issue of “The Herald” using the term Allah is apparently HIGH on the meeting’s agenda.

I tried to put some sense in the MBA by writing articles stating the futility of their cause and that Islam permits the usage of Allah for non Muslims. But instead, Mahaguru58 kicked me out of the forum without offering a single explanation. So much for calling himself a supported for the Islamic cause. Where type of Islam is he trying to exhibit by kicking me out without any reason offered? A classic example of a hypocrite (munafik).

An excerpt of the email can be seen below:




















The full text of the email sent to me by Mahaguru58 can be read at the bottom of this blog entry.

What’s also funny is that the President of MBA has also admitted to be following a Sufi sect deemed to be deviated by JAKIM. Yet, JAKIM still treats the Mahaguru58 as their ally. Funny, how pragmatic people if JAKIM can become.

“ALLAH NAME-THE HERALD” ISSUE IS MEANT TO BREAK PAKATAN RAKYAT

The main aim of this issue is to make PAS feels awkward in Pakatan Rakyat and force PAS to join up with UMNO in the spirit of brotherhood and protecting Islam. The key component towards making this campaign a success is PAS’s support.

But, thank God All Mighty that PAS managed to see through UMNO’s deception and lies. They managed to shave off tempatations from the likes of ABIM whom had once been responsible in tricking PAS into working with UMNO before ( remember the talk on Palestine between Ustaz Fadzil and Dr Mahathir? It was all ABIM’s handiwork and Dr Mahathir and UMNO got all the benefits from the meeting).

This time around, ABIM made a jackass of themselves and failed to get PAS to join them. Their call for battle is not even resonating with UMNO’s rank and file. Their demonstration is poorly attended and UMNO members largely stay away from ABIM’s activities.
PAS should stop becoming ABIM’s tool for pleasing UMNO. ABIM is virtually unknown unless they can get PAS to dance to UMNO’s tune. That is the only way ABIM can stay afloat and remain relevant.

With PAS’s rejection of UMNO’s battle cry, the plan is already dead in the water. I guess someone in the organization forgot to tell everyone that the party is off. The firebombed occurred on the eve of the demonstration. The plan went ahead as planned and it work in favor of Pakatan Rakyat instead.

The firebombings has given UMNO a very bad name. Their already bad image among Non Muslims in this country got worst. The so call rallying cry among Muslims also fell to deaf ears. No Muslims in this country will act in the name of Islam unless it is with the leadership of PAS. And PAS has decided to lead the way in forging dialogues and two-way communications with the Christian communities instead.

UMNO IS DEAD IN THE WATER

That’s right. The Malay support they had hopes for didn’t materialized. Meanwhile, the Non Malay support will suffer even more. I believe no moderates among non Malays would even want to share the same bus with UMNO.

And UMNO will never be able to shake of the perception that they are clearly responsible for this incident.

To make things worse, media from all over the world are covering the Church Firebombing thus reducing the image of Malaysia to a 3rd world despot country where racial strive is common. And all European media are covering the incident with great interest in just about all European languages. Malaysia is now seen as an intolerant country in several languages throughout Europe.

Think of the effect this will bring to the country’s economy, who is already in dire straits even as we speak. Thanks a lot, UMNO.

Finally, the time is right to reject UMNO unequivocally. There is nothing we can hope for from UMNO and Barisan Nasional. The one issue that UMNO has benefited so much electorally from Merdeka is stability among various races and religions is not shown to be false. UMNO has lost every single credibility they have as rulers of Malaysia. They are now Malaysia’s biggest liability.

Tulang Besi



[muslim-bloggers-alliance:766] Mahaguru58 and other Bloggers Dialogue with the Minister in charge of Islamic Affairs, PM's Department
muslim blogger alliance X
Repl MAHAGURU58 Assalamualaikum dear MBA members. I was invited to a closed door meeting with...2/14/09
MAHAGURU58Loading... 2/14/09

MAHAGURU58 to MUSLIM
show details 2/14/09

Assalamualaikum dear MBA members.

I was invited to a closed door meeting with Datuk Seri Dr. Hj. Ahmad
Zahid Hamidi, Minister in the Prime Minister's Department and in
charge of Islamic Affairs, Government of Malaysia day before yesterday
at the Shangrila Putrajaya. The meeting took place at 9pm at a
designated meeting hall in the exclusive hotel.

The invitation to me was relayed by Rocky Bru @ Ahiruddin Atan,
President of All Blogs to discuss amongst many other topics, the
problem being created by the publishers of the Malaysian Roman
Catholic Magazine 'Herald' who remain obstinate in using the term
'Allah' to represent their idea of God in their Malay section of their
Christian magazine.

Fellow blogger Nuraina Samad who blogs at http://nursamad.blogspot.com,
the daughter of National Laureate, Allahyarham Tan Sri Samad Ismail,
was also there and two other bloggers who wish to remain anonymous.

Also attending on behalf of the Malaysian Government's side was Dato'
Hj Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abd.Aziz, the Director General of
JAKIM, the Islamic Development Department of Malaysia, Dato' Hj
Ibrahim bin Lembut, the Director General and Chief Syarie Judge of the
Syariah Justice Department of Malaysia, Datuk Dr. Syed Ali Tawfik Al
Attas, the Director General of IKIM, the Institute of Islamic
Understanding Malaysia and other top officials of the Ministry
( Islamic Affairs, Prime Minister's Department).

The main subject of discussion centred upon the Minister's wish that
the Malaysian Bloggers especially those of us here in The Muslim
Bloggers Alliance led by me together with All Blogs under Rocky Bru
join forces with the Ministry (Islamic Affairs) and support JAKIM,
IKIM and other related Islamic Affairs Departments to help clear the
misunderstandings being unleashed upon the Malaysian populace by those
who have vested agendas against Islam and the Muslims of Malaysia by
creating this wave of controversy by pushing for such unheard of
demands before to use 'Allah' for their obviously unIslamic
publications, etc.

The Minister has been following postings done by many of us in the
Malaysian Blogosphere and supports the good work that most of us do to
help fight against the enemies of Islam through our respective blogs.

He admits to regularly read me too and also said that many of his
fellow ministers support me and those of us here in the Muslim
Bloggers Alliance.

Rocky Bru and Nuraina Samad are at the moment embroiled in engaging
the Islamophobes out there in our volatile Malaysian blogging scene
and have asked me to join forces with them in clearing the air about
what our stand is against the Christian Catholic magazine usage of
'Allah' to describe their distorted idea of God when in truth they do
not preach what Eesa Alaihis Salam himself preached that is to worship
none other than Allah Subhanahu Wa Ta'ala?

We discussed many things and amongst the ideas mooted was my idea to
first and foremost register our MBA and after that to launch a 'Mobile
Dakwah Unit' national team where we would be using a 3 sided open
panel van to travel to most major cities and rural areas.

Volunteers would then stop these Mobile Dakwah Units at places to be
chosen in major towns and public fields.

We would after Isya' prayers start screening informative documentary
films about what Islam truly is and to help the public gain truthful
information about our Islamic faith.

The screening will be done using projectors and utilize mobile
projection screens when needed or use the area's building walls when
necessary.

Airing informative documentaries through the broadcasting channels
doesn't attract on the field interactions such as what I proposed to
the Minister and the JAKIM, IKIM and Syariah DG's?

We need to return to the basics and approach the public face to face.

We can then after screening such films and documentaries attend to and
answer any questions posed by the public as far as matters such as the
Hudud Laws of Islam, the subject of apostasy as in the cases of Lina
Joy, Subashini and others, this usage of Allah by the Christian
Catholic Herald Magazine, and other matters which are being
misunderstood by the majority of Malaysians, both Muslims and
Disbelievers alike?

By using this direct to the people approach, we will then also be able
to distribute booklets, brochures, informative DVD's and other Islamic
Information material for free to the general public.

The Minister supports this idea of mine and asked me to coordinate
with JAKIM, IKIM and the Syariah Justice Department to work out the
program.

As far as the monetary needs are concerned, the Ministry will help
where it can and Datuk Seri Dr Hj Ahmad Zahid Hamidi asked that we
here in the MBA come up with about 40 dedicated bloggers whom he wants
to join him and the other top government officers in a meeting to
discuss this matter proper.

He also said that he wishes to have those of us who attended the
meeting at Shangrila Putrajaya to be ready to have an audience with
His Majesty, the Yang Di Pertuan Agong soon to address this current
situation where Islamophobia has been festering for quite some time
without the decisive corrective action be taken by those before him?

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi also asked that we work in tandem
with one another and not to let the cat out of the bag for now for we
have enemies both in and out of the ummah.

I am sharing this confidential development with you who are subscribed
to and registered with the MBA in total trust that you will not
disclose about this meeting between myself, Rocky Bru, Nuraina Samad,
those two other bloggers and the Minister and others especially the
Director General's of our nation's top most Islamic Departments
because I need to select and choose those who are willing to be
amongst our top 40 MBA delegation to be invited to the next meeting
with the Minister and others.

I am also giving you notice for each and every MBA member who is
registered with us to update your details in the member profile.

I am going to update the official MBA website with a list of every MBA
member with links to their respective blogs for the general public to
access and view them.

I need each of you dear MBA members to email me with your full list of
personal details for at the moment we do not yet have a proper working
committee to prepare all these.

I know that most of us are terribly busy with our own work and
personal life's but this is Fardhu Kifayyah as far as I am concerned
for the future of our ummah here in Malaysia depends on what we choose
to do in order to see to it that our Deen is protected from the evil
designs of our enemies out there, both declared and covert.

You need to be courageous and be firm when speaking up for Islam.

I need you to be with me in seeing to the proper registration and
formation of this Muslim Bloggers Alliance.

Today, we have come to be recognized as a legitimate representative of
the Muslim Bloggers this side of the world.

The Minister himself has given us his blessings and we stand to be
able to contribute officially as an Islamic NGO and do what we can for
the ummah and the nation using our collective pool of thoughts and
ideas to help our fellow Muslims and Malaysians in general.

I ask that you please email me your full details as per the usual
necessary details needed for registering your membership here in the
MBA:

1. Full name
2. Full blog address
3. Email address
4. Contact Mobile Number
5. Gender
6. Age
7. Profession

We do not have a secretary yet.

For now it is all up to me and Brother Ades has graciously set up and
sponsored our main website. He himself is quite busy with his studies
and I do not wish to burden him unnecessarily.

I'm okay with the setting up of this MBA on my own for now but when we
are all ready to meet and set up our office in actuality, I hope that
those of you who are able to will come forth and do your part by
assuming ownership and taking responsibility for the running of the
MBA proper.

I do not wish to see this MBA die with me. I need you to carry on
after I'm no longer around or unable to if I'm to live to be old and
grey in the real sense of the word. :P

Please resend me your details here to my emails :

admin@themuslimbloggersalliance.org
mahaguru58@gmail.com

Remember, keep this info contained in this email confidential.

I trust you to hold to this in the Name of Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "MUSLIM BLOGGERS ALLIANCE" group.
To post to this group, send email to muslim-bloggers-alliance@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to muslim-bloggers-alliance+unsubscribe@googlegroups.com
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/muslim-bloggers-alliance?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---




Sabtu, 16 Januari 2010

umno akan gagal jatuhkan Nik Aziz - Zaid Ibrahim


PETALING JAYA, 15 Jan: Bekas anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim yakin Umno akan gagal dalam usaha untuk menjatuhkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan.


"Umno mungkin boleh menjatuhkan saya atau Datuk Seri Anwar tetapi saya tidak fikir dia akan mampu berbuat perkara yang sama kepada Tok Guru Nik Aziz," kata Zaid dalam wawancara khas dengan Harakahdaily hari ini.

Wawancara itu diadakan di rumahnya dekat Tropicana pagi tadi oleh wartawan Harakahdaily Zulkifli Sulong dan Hazayani Zakaria dengan dibantu oleh Shukri Mohamad sebagai juru kamera.

Wawancara itu merangkumi pelbagai isu dari penubuhan parti Pakatan Rakyat, Dasar Pakatan Rakyat, sejarah beliau yang pernah menyaman kerajaan Kelantan kerana meluluskan undang-undang hudud serta masa depan Pakatan.

Wawancara penuh akan disiarkan selepas ini dalam bentuk teks dan juga video.

Dalam wawancara itu, Zaid ditanya kenapa beliau mencadangkan Nik Aziz sebagai pemimpin atau spiritual leader untuk Pakatan Rakyat.

Menurut Zaid, Nik Aziz mempunyai ciri-ciri pemimpin yang dikehendakli oleh Malaysia yang majoriti rakyatnya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.

"Saya tidak dapat nafikan Datuk Seri Anwar sebagai ketua pebangkang adalah bakal Perdana Menteri kita jika Pakatan berjaya mengambil alih Malaysia tetapi untuk spiritual leader, sebagaimana yang dimainkan oleh Gandhi di India, saya rasa Tok Guru Nik Aziz," katanya.

Beliau bersetuju, ekoran cadangan dan isu-isu berkaitan dengannyalah Nik Aziz dan Kelantan kini menjadi sasaran Umno dan medianya khasnya Utusan Malaysia.

"Saya yakin Umno akan gagal," kata Zaid.

Namun begitu beliau berharap isu di Kelantan sekarang dapat diselesaikan segera.

Bagi beliau, dengan kewangan besar yang bakal dimiliki Umno melalui wang ehsan, PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan perlu bimbang juga.

Dua Golongan Wanita


Hanya sejak akhir-akhir ini sahaja dunia baru menyedari bahawa terdapat dua golongan wanita. Golongan pertama ialah wanita 'bebas' (emancipated women) yang kita temui setiap hari di Barat. Golongan yang satu lagi dapat dilihat dalam siaran Televisyen atau halaman-halaman majalah terbitan baru yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa semasa di Iran, Afghanistan, Syria dan lain-lain negara Muslim.



Bagi wanita 'bebas' perkara yang paling utama bagi mereka ialah untuk memperkenalkan diri kepada umum. Untuk tujuan ini mereka mengenakan pakaian yang cantik, memakai alat-alat solek yang menimbulkan ghairah, bekerja sebagai seorang profesional yang mempastikannya mendapat pendapatan yang lumayan dan berusaha sedaya upaya mendapatkan seorang leman lelaki (boy friend) atau suami yang segak, tampan dan berada.



Masa lapang bagi wanita 'bebas' ini ialah bertemu di 'cocktail parties', menari, mendengar muzik, ke pawagam, menonton wayang gambar dan siaran TV, bersukan dan membaca buku-buku seks. Adalah menjadi kebiasaan baginya untuk menyerahkan tubuhnya bila peluang memberangsangkan.

Wanita 'bebas' menyetujui badan-badan kebajikan mengambil tugas menjaga orang-orang yang menderita dan miskin kerana masa dan wang yang ada padanya diperuntukkan supaya berseronok-seronok dan menikmati kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh hidup ini.



Bagi wanita bebas katalog industri pelancongan amat menarik perhatiannya dan menjadi impian hidupnya jika dapat melancong ke Bahamas, Las Vegas atau Acapulco.



Tetapi bagi wanita yang satu lagi, Muslimah - keredhaan Allah S.W.T yang diutamakan. Kecantikan lahiriahnya ketika ia keluar tidak penting malah ia menutup auratnya untuk menyembunyikan kecantikan yang Allah anugerahkan kepadanya dari pandangan umum. Jika ia bekerja, tujuannya ialah untuk berkhidmat kepada masyarakatnya dan bukan sangat untuk mengisi dompetnya. Menyentuh tentang bakal suaminya, ia lebih mengambil berat tentang akhlak yang luhur lebih daripada kejayaan duniawinya.



Bagi Muslimah sudah menjadi kebiasaan baginya berada dalam kekusyukan Solat fardhu dan hiburan baginya ialah membaca Kitab suci Al­Quran, merenung tentang kebijaksanaan ciptaan Allah dan berkongsi pandangan rohaniahnya dengan orang yang dikasihinya.



Bagi Muslimah mendisplinkan diri dengan menahan dari lapar dan dahaga dan kemewahan-kemewahan lain semasa bulan Ramadhan adalah 5 punca kepuasan hatinya dan sebagai galakau untuk menambahkan lagi amal soleh.



Tidak terlintas dalam fikiran Muslimah untuk menikmati apa yang dimilikinya itu hanya untuk kepentingannya semata-mata melainkan ia memberikan sebahagian daripadanya kepada orang-orang miskin dan yang lebih memerlukan.



Bagi Muslimah setelah bertahun-tahun lamanya barulah ia berjaya mengumpulkan wang yang secukupnya untuk perjalanan yang jauh dalam hidupnya iaitu perjalanan yang mengarahkan kepada mencapai cita-cita rohaniah, pergi menunaikan Fardhu Haji di kota yang panas lagi berdebu dan sesak dengan manusia iaitu di Makkahtul Mukarramah.


Kesimpulan cerita di atas

Dari kedua kisah di atas dapat disimpulkan bahawa, wanita dunia ini lebih bebas dan mementingkan keduniaan semata-mata, suka berfoya-foya dan menghabiskan masa kepada rupa paras dan keinginan nafsunya. Sanggup keluar berdua-dua dengan teman lelakinya yang bukan muhrim dengan alasan kawan biasa atau pakwe sehingga lewat malam. Berpegang-pegangan tangan dianggap perkara biasa dan sanggup menggadaikan maruah dan tubuh badannya kerana cinta dan sayangkan teman lelakinya. Apabila mengandung menjadi gelisah, ada yang sanggup menggugurkan anak kandungannya yang sah diharamkan oleh Islam akan perbuatan gugur itu. Bagi yang melahirkan anak dari darah dagingnya sendiri dengan tidak mempunyai sifat keibuan dan berperikan kemanusiaan sanggup buang bayi itu kedalam tong sampah, kedalam sungai, tandas dan sebagainya. Itulah kehebatan wanita sekarang ini yang diagungkan oleh semua golongan masyarakat dan ada sebahagian dari wanita yang tidak berpendidikan agama memperjuangkan kebebasan wanita sehingga berbagai gejala tidak baik berlaku.


Bagi wanita yang budiman dan solehah dianggap kolot dan tidak bertamadun, kerana pakaiannya yang menutup aurat. Ada diantara golongan ustazah yang mempelajari agama dan disanjungi ramai memberikan imej pakaian yang tidak sepatutnya dipakai dan ramai masyarakat yang kurang pengetahuan agama menirunya dengan alasan “ustazah itu pakai tidak mengapa, kenapa saya pakai tidak boleh”. Adakah ini semua Islam secular, Libral, Islam moden atau sebagainya. Saya tertanya-tanya kenapa berlaku sebegini, adakah disebabkan malu memakai tudung labuh takut dihina dan dicaci atau tidak cantik, atau sebagainya. Padahal Islam membenarkan wanita Islam berfashion dengan garis panduan yang ditetapkan. Ada wanita yang menutup kepala tetapi pakaiannya ketat sehingga menampakkan bodynya, ada yang pakai tudung tapi tangan bajunya pendek, ada juga yang bertudung tetapi dadanya nampak, adakah ini fashion Islam?

Mari kita kaji kembali perkara ini, jika ada kesalahan mari kita perbetulkan. Jangan terlalu mengejarkan fashion sehingga kita lupa kepada batasan agama Islam kita, Kehidupan kita memerlukan redho Allah dari redho manusia sebagai jaminan kita menerima balasan yang setimpal apabila dihari perhitungan nanti.



Kalimah Allah: Pak Pandir dari kalangan Menteri BN

Selepas beberapa bulan tercetusnya isu penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam, kerajaan BN nampaknya bersetuju kalimah Allah digunakan di Sabah dan Sarawak.

Penganut Kristian di dua negeri Malaysia Timur itu boleh terus menggunakan kalimah Allah bagi terjemahan ‘God’ dalam cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.


Kerajaan persekutuan bagaimanapun masih tidak bersetuju penganut Kristian di Semenanjung menggunakan perkataan Allah walaupun dalam cetakan bahasa Malaysia.

Dan rakyat Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung mesti menghormati larangan tersebut.

Pengumuman itu datangnya dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz (kiri) dalam satu wawancara ekslusif dengan lima wartawan dari Borneo Post, Utusan Borneo and Oriental Daily.

Katanya, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu tersebut kerana ianya sudah menjadi tradisi mereka di sana.

Nazri berkata, beliau pernah menyaksikan upacara sembahyang di sebuah gereja kaum Iban dan mendengar perkataan Allah disebut di situ.

Ditanya mengapa perlunya dua peraturan mengenai penggunaan perkataan Allah, beliau berkata ia bukan satu amalan yang unik kerana Malaysia juga mempunyai dua undang-undang bagi perkara yang lain juga, contohnya, mahkamah syariah dan mahkamah sivil.

Menurut Nazri, situasi di Semenanjung berbeza kerana perkataan Allah hanya mula diperkenalkan dalam penerbitan dan upacara sembahyang penganut Kristian beberapa tahun yang lalu.

Katanya, umat Islam di Semenanjung Malaysia tidak dapat menerimanya kerana perkataan Allah tidak pernah digunakan untuk tujuan penyebaran, sehinggalah baru-baru ini.

Oleh itu, katanya, mereka mempersoalkan motif di sebalik penggantian perkataan Tuhan dengan perkataan Allah.

Menurut Nazri lagi, Perlembagaan Persekutuan juga menegaskan bahawa agama lain tidak boleh disebarkan di kalangan masyarakat Melayu-Islam dan ianya telah digubal di semua negeri di Malaysia yang mempunyai sultan.

Oleh itu, katanya, ia tidak termasuk Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Katanya, di negeri-negeri tersebut, bagi melarang penggunaan Allah dilaksanakan, menteri dalam negeri boleh menggunakan Akta Cetak untuk menguatkuasakannya.

p/s: Pandai-pandai engko je Nazri. Boleh pulak yer macam tu. Sana boleh sini tak boleh. Apa ko ingat ini adat melayu ke? Patutle Islam semakin tunggang langgang kat Malaysia ni. Kalau dah pemerintahnya main sedap mulut je, ambil mana yang menguntungkan dari sudut politik.

Lihat Gadis Bogel Antara Punca Mati Pucuk


Internet pada masa kini yang dipenuhi banyak gambar-gambar lucah sebenarnya merbahaya kepada kejantanan lelaki dalam jangka masa panjang. Mungkin inilah antara rahsia mengapa Islam memerintahkan wanita agar menutup aurat dan mengharamkan lelaki melihat aurat wanita melainkan aurat isterinya. Wanita yang berpakaian terlalu berani dan terlalu seksi hingga membangkitkan nafsu berahi akan menyebabkan lelaki menjadi mati pucuk atau lemah zakarnya, malah boleh mengalami kanser prostat.


Seorang pengkaji berpengalaman berasal dari Rusia bernama Leonid Kitaev-Smyk di Russian Research Institute of Culturology of the Russian Academy of Sciences menyatakan bahawa sejak bermulanya revolusi seksual di Barat, ramai wanita berpakaian mendedahkan aurat sedangkan di Timur wanita masih berpakaian sopan menutup aurat atau berjubah. Ramailah lelaki yang bangkit berahinya bila melihat wanita berpakaian mini atau berpakaian nipis yang menampakkan kulit tubuh dengan jelas.

Pada masa kini, pakaian yang dikenakan oleh sebahagian wanita secara langsung atau tidak langsung berperanan meningkatkan nafsu berahi lelaki yang melihatnya. Bahayanya terletak pada keadaan bila mana lelaki melihat wanita yang mendedahkan aurat ini, lalu bangkit berahinya, dan nafsu yang memuncak itu tidak dapat dipuaskan (dengan jimak). Kitaev-Smyk membuat kesimpulan bahawa ini adalah penyebab lelaki mengalami mati pucuk dan kanser prostat.

“Pada waktu ini 70% dari gejala mati pucuk terjadi akibat nafsu seks tidak dapat dipuaskan” kata Kitaev-Smyk. Beliau selanjutnya membuat kesimpulan bahawa wanita telah menguburkan kesihatan lelaki dengan menelanjangkan kaki dan berpakaian mini. Seseorang wanita berpakaian amat seksi kononnya bertujuan membahagiakan pasangan lelakinya telah menyebabkan lelaki lain menderita mati pucuk akibat penampilan yang mencairkan.

Perlu diingat bahawa mati pucuk bukan hanya bersebab dari melihat wanita berpakaian mini. Pakar-pakar juga menyebut bahawa sejumlah kegiatan lain juga menyebabkan zakar jadi lemah dan mati pucuk, termasuklah melihat laman-laman porno, menonton video porno, melihat tarian bogel, dan lain-lain kegemaran yang membangkitkan nafsu berahi tetapi tidak ada tempat yang sah (iaitu menjimak isteri) untuk menyalurkannya.

Khamis, 14 Januari 2010

Kuliah Jumaat Jalan Dato Pati 4 Disember 2009













Misteri Pembunuhan Kejam Ibu Saudara Rosmah

Oleh: Warpaq

Minggu lalu negara digemparkan dengan berita empat beranak ditemui mati, termasuk seorang tanpa kepala, dalam insiden pembunuhan kejam di dua buah rumah berasingan yang terletak diberdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh.

Rupa-rupanya salah seorang mangsa pembunuhan kejam tersebut adalah Allahyarhamah Sofiah Katas yang merupakan ibu saudara kepada isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Sofiah Katas, 80 tahun, salah seorang yang dibunuh kejam itu ialah adik kepada Mansor Katas iaitu bapa kandung Rosmah sendiri.


Mangsa lain dalam pembunuhan kejam itu ialah Atan Daud, 90, (suami Sofiah) yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan dan Ismail Awang, 76, serta anaknya Siti Khadijah Ismail, 22.

Malangnya diberitakan Rosmah langsung tidak menjengukkan muka menziarahi keluarga ibu saudaranya sendiri yang dibunuh kejam itu!

Dan kelmarin, seorang wartawan akhbar PKR Suara Keadilan Abdul Qayum Abdul Rahman yang cuba merungkai misteri kematian Sofiah dan mengapa Rosmah tidak menziarahi keluarga si-mati telah mendakwa beliau diugut polis sebaik saja selesai mewawancara seorang wanita bernama Saharah yang merupakan saudara kepada Sofiah dan sepupu kepada Rosmah.

Abdul Qayum mendakwa di dalam Malaysiakini, selepas mengetahui beliau seorang wartawan Suara Keadilan, seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad memaksanya menyerahkan kad pengenalan dan mengambil nombor pendaftaran keretanya. Beliau turut merampas nota penulisan Qayum dan memadam semua rakamannya dengan Saharah. Muhammad juga turut merampas semua dokumen pengenalan Qayum, tanpa mendapat kebenarannya. Semua insiden tersebut diperhatikan oleh sekumpulan polis yang menunggu dan mengawal di luar rumah Saharah. Pihak polis dan Muhammad kemudiannya mengugut mahu mencari wartawan itu dan keluarganya dengan apa cara sekalipun jika temu bual tersebut disiarkan dalam Suara Keadilan.


Tiada siapa dapat meneka mengapa Rosmah sampai tergamak tidak menziarahi kematian ibu saudaranya sendiri. Juga tidak diketahui mengapa Rosmah begitu takut jika Suara Keadilan mendedahkan mangsa pembunuhan kejam itu ialah ibu saudaranya. Apa yang hendak Rosmah malukan, jika dia sendiri tiada kaitan dengan pembunuhan yang menggemparkan di mana suspek utamanya ialah seorang pemuda yang digambarkan kadang-kadang kurang siuman? Atau mungkin dia malu jika rakyat 1Malaysia tahu Rosmah mempunyai saudara mara yang kurang siuman? Mungkin Rosmah yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan pembunuhan kejam Altantuya tidak mahu dikaitkan dengan satu lagi pembunuhan yang lebih kejam dari itu yang melibatkan saudara maranya sendiri!

Baru kelmarin akhbar-akhbar kita cuba membina karektor baik untuk Rosmah dengan memuji setinggi langit peranannya membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Mesir yang terbabit dalam misi memberi bantuan makanan kepada rakyat Gaza. Tapi manusia berkarektor baik itu tidak sanggup menziarahi ibu saudaranya sendiri yang dibuniuh secara sangat kejam! Dan manusia berkarektor baik itu juga telah mengarahkan polis untuk menghalang sesiapa saja dari mendedahkan dia mempunyai pertalian saudara dengan adik kandung ayahnya sendiri.

Patutlah 2 hari selepas pembunuhan kejam itu, polis membuat kenyataan kes pembunuhan itu telah selesai. Cepatnya!! Rupanya mereka tidak mahu rakyat Malaysia mengingati pembunuhan itu lagi kerana salah seorang mangsanya ialah ibu saudara Rosmah sendiri!

Saya percaya wartawan Suara Keadilan yang baru sebulan menyertai akhbar itu pasti tidak melupakan pengalaman diugut polis di Gemencheh itu seumur hidupnya!




Bakar Gereja: Non Muslim semakin yakin dengan keikhlasan PAS

Oleh TokPepijat

Dulu semasa kecil kita pernah disuruh meludah jika ada kereta bawa jenazah orang Cina melalui jalan. Kita juga didoktrinkan dalam kepala kita bahawa setiap Cina itu adalah komunis. Mesti dimusuhi. Malah ada tok guru menyatakan "halal" mencuri harta benda orang Cina.


Di sekolah, guru-guru senantiasa mengingatkan tentang peristiwa 13 Mei. Kisah orang Cina belah perut orang Melayu dan "parang terbang" orang Melayu. Begitu kuat fahaman perkauman ketika itu.

Orang Cina merasai mereka dilayan sebagai warga kelas dua. Ramai cerdik pandai mereka berhijrah ke luar negara.

Tembok perkauman begitu sukar dirobohkan. Mengapa? Faktor utamanya kejahilan agama dan sistem politik yang sememangnya menangguk air keruh dan menjadikan isu perkauman sebagai modal pilihanraya.

Parti pemerintahan yang diketuai UMNO dan sekutunya MCA menjadikan isu perkauman sebagai modal untuk terus memerintah. Kadangkala DAP terikut menari dengan gendang perkauman. UMNO menjadikan kursus BTN sebagai tempat 'membasuh otak 'Melayu agar benci orang Cina. Ini fakta dan tiada khilaf!

Sehinggalah tahun 1986, ketika TG Hj Hadi berucap kepada orang-orang Cina di Batas Baru,Kuala Terengganu. Antara kandungan ucapannya, beliau menyatakan orang Cina boleh menjadi PM Malaysia dengan syarat berugama Islam. Beliau juga menyatakan hak-hak keistimewaan orang Melayu umpama seperti Red Indian di Amerika Syarikat.

PAS mula mengorak langkah memperkenalkan Keadilan Islam untuk semua. PAS mendapat undangan dari orang Cina untuk berceramah di tokong, sekolah dan juga dewan perniagaan mereka. Majlis Perundingan Cina(CCC) ditubuhkan. Orang Cina mula mendapat gambaran sebenar Islam dari PAS. Gambaran Islam dari UMNO mula diragui. Bagi UMNO, Islam hanya untuk Melayu. Ketika itu kaum India masih tidak begitu pedulikan politik. Mereka selesa dengan MIC. Samy Vellu begitu suci buat mereka.

Kini setelah 24 tahun usaha PAS mendekati orang Cina, hasilnya mula kelihatan. Orang Cina tidak takut lagi dengan PAS. Mereka dengan bangganya mengibarkan bendera PAS. Mereka sedar selama ini UMNO menipu mereka. Orang Cina sedar PAS bukannya gambaran buruk yang diberikan oleh UMNO. Generasi muda Cina mula mendekati PAS melalui maklumat internet.

Detik pembebasan Lim Eng Guan dari penjara adalah peristiwa bersejarah menyaksikan gandingan Melayu dan Cina bersatu menentang kezaliman buat pertama kalinya. Akhbar-akhbar Cina memberi publisiti yang hebat kepada PAS. Orang Cina mula mengerti mengapa PAS begitu bersungguh untuk menegakkan hukum Islam. Kes Canny Ong bukti begitu parahnya jenayah di Malaysia akibat tidak melaksanakan Syariat Islam.
Manakala orang India mula melahirkan sokongan kepada PAS apabila melihat kezaliman terhadap mereka semakin meningkat oleh UMNO. Antaranya perobohan kuil mereka yang berusia 40 tahun di Selangor oleh Khir Toyo.

Selama ini mereka sekadar melihat masjid diroboh di Bujal dan penutupan surau di Selangor oleh UMNO. Orang India mula terfikir tentang keadilan Islam. Mereka melihat di Kelantan tiada berlaku perobohan kuil walaupun mereka minoriti. Orang India tetap sokong PAS walaupun PAS menyatakan bukan semua memorandum Hindraf betul dan tepat.

Kini orang Cina dan India tahu siapakah yang sebenarnya yang betul-betul ingin menegakkan keadilan sejagat. Hasilnya dalam PRU 12 banyak tempat di Selangor, Johor, Perak dan Kedah yang mempunyai ramai pengundi Cina dan India mengundi PAS.
Dalam kegawatan politik tanahair kini, PAS perlu tonjolkan mereka adalah penyelamat Malaysia. Rakyat menaruh harapan yang tinggi terhadap PAS. Tembok perkauman telah dirobohkan. PAS perlu ambil peluang ini untuk memberi alternatif politik kepada rakyat. Selama 53 tahun kita dimental blokkan dan dimitoskan bahawa UMNO dan BN segala-galanya.
Kini, setelah Tembok Perkauman diruntuhkan oleh PAS, UMNO kini cuba kaedah baru yang berbaur isu keagamaan. Isu Kalimah ALLAH dan pembakaran gereja dan rumah ibadat pula cuba dimainkan UMNO.
Malangnya usaha itu gagal apabila Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji hadi Awang melakukan lawatan ke atas gereja yang dibakar tanda simpati.
UMNO sekali lagi berputih mata.

PANAS: Kejohanan bina badan puteri Umno!!! (18sx)






















p/s: Sedikit info tentang program 'Umno Juara Rakyat' ini:

- Nama Program: "Kejohanan bina badan Mr.Papar 2009 -Piala Ahli parlimen P.175 Papar"
- Anjuran: Persatuan Bina Badan Amatur Papar dengan kerjasama Pejabat Parlimen P.175 Papar
- Ahli Parlimen Papar ialah Datuk Rosnah Abd rashid Shirlin merangkap Timb menteri kesihatan dan Ketua Puteri Umno Malaysia..
- Acara ini adalah kejohanan untuk ahli bina badan lelaki (Mr.Papar), sementara pertunjukan ahli bina badan wanita diatas adalah sebagai persembahan/pertunjukan tambahan..
- Datuk Rosnah Abd rashid Shirlin tidak dapat hadir, maka tempatnya telah diganti oleh Setiausaha sulit beliau (yang berbaju petak)..


Ahad, 10 Januari 2010

Bakar gereja: Masyarakat hilang sensitiviti dosa pahala - Nik Aziz


SHAH ALAM, 9 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa kejadian serangan membakar gereja kelmarin berlaku kerana Umno telah menghilangkan sensitiviti dosa dan pahala dalam masyarakat di negara ini khususnya orang Melayu itu sendiri.




Kesan hilangnya sensitiviti itu, katanya telah menyebabkan masyarakat melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak menghormati agama lain sehingga membakar gereja dan mengarak kepala lembu seperti berlaku di Shah Alam baru-baru ini.

"Tiap-tiap orang nak bakar gereja kena reti (tahu) gereja ini harta kawan kita orang Kristian, bila kita bakar kita lukakan hati dia, berdosa kita di akhirat kelak.

"Sama juga arak kepala lembu, melukakan hati orang India (Hindu), ini berdosa. Tapi perasaan dosa pahala tidak ada dalam orang Melayu sekarang kerana telah dibuang oleh Umno, ini kita dukacita," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan penutup program Taklimat Penerangan Isu-isu Semasa di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) petang tadi.

Selain itu, hilangnya sensitiviti tersebut juga, jelasnya telah mengakibatkan banyak perkara-perkara yang tidak sepatutnya, berlaku dalam negara kita.

Umno, jelasnya telah menghilangkan sensitiviti tersebut dari hati orang Melayu apabila membezakan ajaran agama Islam dengan politik dengan berpendirian agama lain, politik lain.

"Sebab itu lah menteri rasuah, orang kampung rasuah, parti-parti rasuah hatta enjin kapal pun boleh dijual senang-senang sahaja, mana boleh jual kalau tidak ada rasuah," jelasnya lagi.

Di dalam ucapan penutupnya sebelum itu, beliau mengingatkan seluruh pimpinan dan jentera PAS meneruskan usaha memberi penerangan kepada masyarakat selaras dengan tugas yang dipikul oleh Nabi-nabi.

Beliau mengakui ianya bukan sesuatu yang mudah kerana perlu berdepan bermacam halangan.

Apatah lagi, ianya sesuatu yang boleh dianggap baru dan bertentangan dengan apa yang dibawa zaman penjajahan Inggeris.

"Kerja PAS hari ni memang buat kerja baru, yang (zaman) Inggeris dulu tidak buat, Umno dia (hanya) sambung kerja buat Inggeris," katanya.



Petikan Dari Kuliah Tuan Guru Abdul Hadi Awang





Sabtu, 9 Januari 2010

Serangan Terhadap Gereja pada hari Jumaat 8 Januari 2010

Oleh Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang

Tindakan pihak tertentu yang memilih cara yang ganas dengan melakukan tindakan yang ditegah oleh Islam menerusi serangan terhadap Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dan Gereja Assumption di Jalan Templer, Petaling Jaya adalah dikutuk dengan sekeras-kerasnya.




Perlulah diingat, bahawa Islam menerusi kefahaman dakwahnya adalah membawa konsep kebebasan beragama kepada orang yang belum menganut Islam. Begitu banyak ayat dari Al Quran dan Hadith Rasulullah SAW yang melarang penganut Islam dari mengganggu penganut agama lain, paderi dan rumah ibadat mereka. Bahkan, dalam setiap kali peperangan yang Nabi Muhammad SAW dan Khulafa Ar Raasyidin terlibat, para sahabat sangat berpegang teguh kepada pesanan Nabi Muhammad SAW untuk tidak membunuh paderi dan tidak merosakkan rumah ibadat mereka. Itu dalam suasana perang, apatah lagi dalam suasana aman seperti yang ada pada hari ini.

Tindakan yang bercanggah dengan Islam ini, hanyalah dilakukan oleh orang yang tidak faham terhadap agama mereka sendiri. PAS akan terus melaksanakan dakwah dan politik Islam dengan berdasarkan kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Ahli-ahli dan penyokong PAS di seluruh negara, serta rakyat keseluruhannya perlulah senantiasa diingatkan agar bertenang dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokatif pihak-pihak tertentu.

Kepada kepimpinan PAS di seluruh negara, hal ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam program Penerangan PAS Pusat pada hari esok di Shah Alam.

Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden PAS

22 Muharram 1431 H bersamaan 8 Januari 2010



Khamis, 7 Januari 2010

Aku Nak Jadi Sarjan Tentera Malaysia

Oleh: mohdnoorawang

"RAF Sergeant's rank insigniaAku saran pada belia dan mat-mat rempit terutama bangsa Melayu jadi sarjan askar tantera (tentera). Apakan tidak peluang nak jadi "pencuri dan penjual" cukup mudah dan pendapatan cukup lumayan. Ceritanya macam katun. Pegawai penyiasat dan peguam negara bagaikan mereke cerita isu kecurian dan penjualan dua buah enjin jet milik TUDM macam cerita katun juga. Tidak lojik seorang sarjan tentera mencuri dan menjual enjin jet dengan begitu mudah.


Jika betul berlaku pegawai atasan TUDM kerjanya tidur sahaja. Memang tidak masuk akal seorang yang berpangkat sarjan melakukan. Yang pasti mesti ada pegawai atasan atau menteri yang berkenaan terlibat sama. Ingat bukan curi pisang dikebun pisang.

Satu Malaysia ditipu oleh pemimpin umno dan pegawai awam demi meyelamat pemimpin umno yang korup. Hanya menjadikan seorang berpangkat sarjan askar dan seorang peniaga dituduh mencuri dan menjual enjin jet sebagai bukti umno telus. Itu hanya pembohongan yang cukup sebati dengan pemimpin umno.

Kisah pembunuhan wanita Mongolia cukup membuktikan kerajaan bn dan umno malah perdana menteri Najib Razak dan isterinnya Rosmah Mansor atau rosmah RM sendiri diheret sama isu kemantian wanita Mongolia. Akhirbya yang menjadi kambing penyelamat ialah dua anggota keselamatan disabitkan kesalahan. Begitu juga kehilangan dan kecurian serta penjualan enjin jet milik TUDM episod drama yang sama dengan kes wanita yang dibom hancur bagi tujuan melupuskan bukti.

Kita lihat sahaja perbicaraan yang bakal diadakn bagi membicarakan seorang sarjan dan seorang peniaga kes curi dan jual enjin jet nanti. Namun aku sudah tahu jawapanya. Terutam saksi yang berfoil tinggi tidak akn hadir memberi keterangan. Jadi dua orang yang kena tuduh akan jadi kambing penyelamat dan dukenakan hukuman seperti kes wanita monglia. Jadi katun lawan katun. mahkamah katun hakim bicara pun katun.

"


MINUM ARAK PUNCA SEGALA KEJAHATAN

Dosa manakah, minum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh. Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, dalam khutbah Ustman itu mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak. Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa.

Dulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah Khalifah Ustman. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik.



Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut saja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan. Pertama minum khamr, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum khamr.

Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya.

"Kerana itulah hindarilah khamr, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka."



ADA APA DENGAN KALIMAH 'ALLAH'? - part 2

Solleh Al-Fatimi

Assalamualaikum...
Alhamdulillah dengan izin Allah dipertemukan lagi untuk kali ke-dua ini. Pada kali ini difokuskan pada penjelasan berkenaan lafaz Allah dan maknanya. selamat mengambil manfaat daripadanya.


Perbincangan ini dibahagikan kepada beberapa perkara, antaranya:

PERTAMA : PADA BAHASA
Lafaz Allah merupakan kata terbitan yang mempunyai kata dasar tertentu. Namun para ulama' berbeza pandangan tentang kalimah asal kalimah Allah tersebut. Pendapat yang tepat ialah kalimah ini berasal dari
( أله - يأله - الهة - و ألوهة - و ألوهية ). Ia membawa maksud (عبد - عبادة) iaitu menyembah dan penyembahan. Daripada timbangan (wazan) ini lahirnya kalimah ilah (إله) yang bermaksud ma'luh (مألوه) iaitu yang disembah (ma'bud). Lafaz ini merujuk kepada maksud yang tersendiri sebagaimana yang telah dinyatakan oleh para ulama' bahasa. (Lisan al-Arab 1/197)

Secara tafsilnya, seperti yang dinyatakan di dalam kitab al-Mu'jam:
Pertama : Perkataan أَلَهَ - يَأْلَهُ - اِلَهَةً - و أَلوهَةً - و أُلُوهِيَة maksudnya ialah: beribadat
Kedua : Perkataan أَلِهَ - يَأْلَهُ - أَلَهًا maksudnya : Hairan dan tercengang
Ketiga : Perkataan ِ أَلِهَ - إِلَيْه maksudnya : Pergi dan berharap kepadanya

Kesemua makna ini diambil daripada kalimah أَلَهَ - يَأْلَهُ - اِلَهَةً - و أَلوهَةً - و أُلُوهِيَة dan antara lain dengan maksud mentaati dan hal ini berlaku pada ibadah iaitu cinta dalam ketaatan. (Mausu'ah Asma' Allah al-Husna, 2/7)

Kata ini merupakan bentuk thulathi (tiga huruf) iaitu alif, lam dan ha yang mencakupi beberapa makna :

  • Peribadatan, seperti dikatakan: "Fulan beribadah kepada Tuhan, ketuhanan", iaitu menyembah.
  • Sewa-menyewa, seperti dikatakan: "Fulan alhan", iaitu : menyewakannya dan memberikannya ketenangan.
  • Kebingunan, seperti dikatakan: "Aliha-alah", iaitu bingung.
  • Tinggal, seperti dikatakan : "Aliha ditempat", iaitu : tinggal ditempat tersebut.
KEDUA : PADA ISTILAH
Al-Ilah adalah setiap sesuatu yang disembah. Barangsiapa yang menyelidiki pengambilan sebutan al-Jalalah (Allah) maka diketahui bahawa nama tersebut terambil dari kata (Ilahu). Ketika kata ini dimasukkan dengan huruf 'al' pada asal 'Ilah' (Allah) kemudian huruf hamzah pada 'Ilahu' serta lam at-ta'rif diidghamkan, maka menjadilah sebutan kalimah tersebut lafaz ALLAH. (Allah al-Ahad, hal 235-236)

Dinukilkan daripada Ibn Manzur beberapa pandangan para ulama' berkenaan dengan nama Allah s.w.t. (1/196-197):
1. Al-Laith berkata: "Telah sampai kepada kami bahawa nama Allah yang Maha Besar ialah Allah yang tiada tuhan kecuali Dia yang bersifat Esa".


2.Syeikh Abdullah Sirajuddin berkata: "Allah adalah isim alam. Menunjukkan terhadap zat Allah taala rabbal alamin, Tuhan yang disembah dengan sebenar, bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang tidak boleh dihitung dan dikira, dihadkan dan dibataskan. Suci dari segala keaiban dan kelemahan, Esa dengan sifat wajib al-wujub dan tidak layak seorang pun atau mana makhluk pun menamakan dengan nama-Nya. Dengan sebab itulah kalimah ALLAH tidak ditasniahkan (diduakan) atau dijama'kan". (Haula Tafsir Surah al-Fatihah, hal 21)

3. Al-Khalil berkata: "ALLAH tidaklah boleh dibuang alif pada nama-Nya, tetapi Dia adalah Allah Maha Perkasa sebutannya atas kesempurnaan dan Dia bukanlah daripada nama-nama yang harus di'mushtaq'kan daripada fi'il sebagaimana nama al-Rahman dan al-Rahim".

4. Ibn Abbas r.a berkata: "ALLAH yang memiliki (sifat) ketuhanan (al-Ilahiyyah) dan kehambaan ('Ubudiyyah) keatas seluruh makhluk-Nya".

Kalimah Jalalah (ALLAH) mengetahui zat al-Ilah yang sebenar dan Dialah semata yang berhak disembah. Kalimah inilah yang terbanyak disebut dalam al-Quran. Penggunaannya berulang-ulang sebanyak 2820 kali. Kali ini merupakan lafaz Islam yang termasyhur yang diucapkan setiap insan.

Telah dijelaskan asal kalimah (alif, lam dan ha) dan juga penggunaan pengambilan huruf tersebut, khususnya lafaz ALLAH di kalangan orang-orang Arab. Kalimah ini berasal dari Arab samada pada masa jahiliah mahupun selepas Islam, dan bukan merupakan kata serapan (dakhil). (Dairah al-Ma'rif al-Islamiyyah, 1/302-311)

Berasaskan pendapat ini, Ulama' nahu Arab termasyhur antaranya al-Kisa'i dan al-Farra' mengatakan kalimah Allah itu berasal daripada kata Al-Ilah. Kemudian mereka membuang huruf 'hamzah' dan menggabungkan (idgham) huruf 'lam' yang pertama ke dalam huruf 'lam' yang kedua. kemudian terbentuk satu 'lam' yang disabdukan (tasydid) dan dibaca dengan tebal dan berat.

TARJIH
Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah berkata : "Yang benar, kalimah ALLAH ialah kata yang mempunyai asal, dimana asal katanya ialah 'Al-Ilah'. Ini sebagaimana pendapat ahli bahasa terkenal Sibawaih dan majoriti saabatnya kecuali beberapa orang yang berpendapat sebaliknya (tanpa sebarang asas). Lafaz ALLAH mencakupi seluruh makna al-Asma' al-Husna dan sifat-sifat-Nya yang Maha Tinggi".

Syeikh asy-Sya'rawi dalam tafsirnya 1/27 berkata : "Tentang lafaz ALLAH pada Bismillah, ia membawa maksud memohon bantuan kengan kekuatan ALLAH swt untuk menjayakan sesuatu pekerjaan. Hal ini sangat berbeza dengan Alhamdulillah yang berisikan rasa terima kasih kepada ALLAH setelah kita bekerja. Manusia tidak dapat mengungkapkan rasa syukur kepada ALLAH kecuali dengan menggunakan lafaz AL-Jalalah (ALLAH) tersebut. Lafaz tersebut merangkumi seluruh sifat-sifat Allah yang mulia, sehingga tidak perlu diungkapkan dengan al-Hamdu li al-Qahhar, al-Hamdu li al-Wahhab atau yang lainnya".

PENDAPAT TOKOH ULAMA' ISLAM DAN CENDIKIAWAN KRISTIAN
Di sini penulis menyertakan pendapat tokoh ulama' Islam dan juga cendikiawan Kristian yang berpendirian bahawa penggunaan nama ALLAH bagi orang-orang bukan Islam adalah tidak sesuai.

PERTAMA : Pendapat Tokoh
1. Dr. Syed Ali Tawfik al-Attas, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia telah mengulas sebagaimana yang telah disiarkan di dalam Mingguan Malaysia, Ahad 6 januari 2008.

2. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Setiausaha Agung Persatuan Ulama' Malaysia berkata : "Menterjemahkan perkataan God kepada Allah bagi agama lain tidak sesuai dalam konteks Malaysia yang merujuk kepada ALLAH sebagai Tuhan yang Maha Esa. Setelah menimbang maslahat dalam konteks Malaysia, Persatuan Ulama' Malaysia bersetuju mengambil pendirian bersetuju bahawa perkataan ALLAH tidak wajar digunakan bagi agama lain selain daripada Islam".



3. Osman Abu Bakar, ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) berkata : "Haramkan sahaja penerbitan mereka (Herald Catholic) atau menarik balik permit mereka jika sengaja menggunakan nama ALLAH. Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas kerana perbuatan ini boleh mengakibatkan ketegangan agama. Kita tidak mahu keamanan negara ini dicemari dengan perbuatan tidak bertanggungjawab seperti ini dan kami sedia bertindak atas nama ISLAM.

4. Prof. Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid, Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul di UIAM berkata: "Hasil penelitian saya, akhbar Herald Catholic sengaja mencetuskan provokasi Islam Melayu dengan menyentuh perkara yang paling sensitif. Ia diburukkan lagi dengan tindakan seorang menteri yang tidak menjaga sensitiviti ini. Kita sanggup mempertahankan hak ini kerana ALLAH sendiri mewajibkan kita berjuang sekiranya kesucian ISLAM dicemari. Jangan sentuh semangat jihad kami!"

5. Dato' Seri Mohd Tamyes Abd Wahid, Mufti Selangor berkata : "Sepatutnya mereka (Herald Catholic) faham perkataan ALLAH itu tidak harus digunakan kerana perkataan itu khusus kepada agama ISLAM sahaja dan ia merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa. Dalam agama Kristian sendiri, mereka tidak menggunakan kalimah ALLAH dalam kitab mereka sebaliknya mereka menggunakan perkataan seperti Ilah, God, Lord dan sebagainya bagi merujuk tuhan mereka".
Menurut beliau, larangan menggunakan perkataan ALLAH kepada mana-mana agama lain selain Islam, telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sejak bertahun-tahun dahulu.

6. Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad, Imam Besar Masjid Negara berkata : "Nama ALLAH bukan sewenang-wenangnya boleh digunakan. Ini kerana Islam merupakan agama yang suci dan tindakan Herold Catholic ini adalah mempersendakan Islam dan perlu diambil tidakan tegas".

7. Dato' Dr. Maamor Osman, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkata: "Kerajaan perlu bertegas dalam hal ini dengan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar itu dan jika perlu gunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)".

KEDUA : Pendapat cendiakawan Kristian
1. Penganut Kristian juga berselisih pendapat di dalam hal ini. Pada Ogos 2007, Tiny Muskens telah membuat seruan kepada penganut Kristian untuk menggunakan kalimah Allah. Bagaimana pun seruan tersebut telah mendapat bantahan daripada penganut Kristian sama ada dikalangan Protestan mahupun Katolik sendiri. Presiden Liga katolik Bagi hak Agama Dan Sivil telah membantah saranan tersebut dengan kenyataannya:
"Bishop Martinus Tiny Muskens can pray to ALLAH all he wants, but only addlepated Catholics will follow his lead. It's not a good sign when members of the Catholic hierarchy indulge in a fawning exchange with Muslims, or those of any other religion".

2. Pengerusi General Synod of The Dutch Protestant Church, Gerrit de Fijter juga menolak cadangan Muskens dengan berkata: "I applaud every attempt to encourage dialogue with Muslims, but I doubt the sense of this maneuver".

3. Izzat Andrews seorang penganut Kristian Koptik di Mesir menerusi artikelnya yang berbahasa Arab berjudul ALLAH Bukan Tuhan Agama Kristian dan Yahudi telah menyatakan: "Kalimah ALLAH hanya berasal daripada penggunaan orang jahiliah yang merujuk kepada Tuhan Bulan. Ia tidak pernah termaktub dalam kitab-kitab suci Yahudi mahupun Nasrani. Tuhan bagi agama Kristian ialah Elohim".

Berdasarkan kenyataan yang disebut oleh tokoh-tokoh Ulama' Islam dan Cendiakawan Kristian tersebut, jelas menunjukkan bahawa penggunaan nama ALLAH untuk agama Kristian tidaklah sesuai bahkan ditentang dengan sekeras-kerasnya oleh kedua-dua pihak.

TARJIH
Setelah emlihat kepada dalil-dalil serta hujah-hujah ilmiah yang telah dibincangkan maka penulis cenderung kepada pendapat ketidakharusan atau haram penggunaan lafaz ALLAH bagi kaum bukan Islam dalam konteks Negara Malaysia ini.


SEBAB-SEBAB TARJIH
Antara hujah dan sebab-sebab tarjih ialah:

1. Lafaz ALLAH kelas menunjukkan terbezanya maksud dan mafhum antara orang-orang Islam dan bukan Islam. mengikut kitab Dairah al-Ma'rif al-Islamiyyah (4/1005) jelas menunjukkan perkataan ALLAH hanya digunakan oleh orang Islam sahaja dari kalangan umat nabi Muhammad. Antara lain menyebut: "ALLAH adalah Rabb yang Maha Tinggi disisi orang Islam yang mana sifatnya adalah Tuhan yang berhak disembah dengan sebenar mencakupi segala sifat kesempurnaan dan keesaan tanpa disekutukan dengan yang lain".

2. Konsep tauhid yang diyakini oleh umat Islam adalah berbeza dengan kefahaman dan keyakinan orang-orang Kristian yang mengakui bahawa ALLAH adalah Tuhan Bapa kepada nabi Isa (Jesus)

3. Dr. Ahmad Zaki Hammad dalam 'ALLAH Maha Esa : Sifat-Sifat dan Kesempurnaan-Nya', hal 236 berkata: "Dalam Sejarah Arab tidak terdapat dalil dan bukti yang menunjukkan bahawa lafaz al-Jalalah (ALLAH) telah digunakan kepada selain Tuhan yang lebih berhak sebagai Pencipta langit dan Bumi".

4. Ma'ruf di Malaysia penggunaan nama ALLAH adalah untuk umat Islam sahaja. Ini berhujjahkan kepada bahasa (Bahasa Malaysia) itu sendiri. Jelas penggunaan bahasa menunjukkan bahawa ALLAH adalah tuhan yang sebenar tanpa disekutukan yang lain. Didalam ucapan kalimah tauhid, lafaz mengiyakan ketuhanan yang sebenar iaitu kepada ALLAH semata-mata.

5. Sekalipun nama ALLAH digunakan oleh golongan musyrikin dan ahli Kitab seperti yang dinyatakan dalam al-Quran tetapi perlu difahami bahawa maksud penggunaan mereka itu hanyalah dalam isu mensabitkan tauhid Rububiyyah sahaja.

6. Kemaslahatan ammah perlu dipelihara. Ini adalah kerana jika tuntutan mereka untuk menggunakan kalimah suci ini diberi keizinan, sudah pasti ia akan membuahkan bibit-bibit perpecahan dan pertikaian antara agama dan penganut. Justeru, pemerintah dengan kuasa yang ada padanya melalui kaedah saad al-zarai' boleh menyekat penggunaan kalimah ALLAH kepada yang bukan Islam.

KEPUTUSAN MAJLIS FATWA DAN KABINET
Bagi menyokong dan menguatkan lagi tarjih yang telah dikemukakan di atas, penulis turut menyertakan keputusan yang pernah da telah dibuat oleh Majlis Fatwa dan Kabinet. Antaranya:

1. Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah mengharamkan penggunaan 4 kalimah iaitu ALLAH, Ka'bah, Baitullah dan Solat kepada orang bukan Islam.

2. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa (JKF) majlis Kebangsaan bagi Hak Ehwal Ugama Islam Malysia kali ke-82 pada 5-7 Mei 2008 memutuskan bahawa penggunaan kalimah ALLAH adalah khusus buat agama dan umat Islam sahaja.

3. Keputusan kabinet pada Mei 1986 juga memutuskan bahawa terdapat 4 kalimah yang tidak dibenarkan penggunaannya oleh orang bukan Islam iaitu ALLAH, Ka'bah, Baitullah dan Solat.

4. Malah penggunaan kalimah ALLAH, Ka'bah, Baitullah dan Solat telah pun diwartakan hanya eksklusif buat umat Islam sahaja di bawah Warta PU (A) 15/82 dan Pekeliling KKDN. S. 59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986. Manakala jamaah menteri yang bermesyuarat pada 3 januari 2008 telah memutuskan untuk mengekalkan larangan tersebut sebagamana yang pernah diputuskan pada 18 Oktober dan 1 November 2006.

ISU KALIMAH ALLAH-satu kajian- part 1

Solleh Al-Fatimi

PENDAHULUAN

Isu tuntutan kalimah Allah oleh orang-orang Kristian semakin hangat dibincangkan. ia bermula apabila Herald Catholic Weekly menggunakan kalimah suci ini dalam penerbitan mereka. Pelbagai pihak telah memberi pandangan dan ulasan terhadap isu ini. ada yang menyokong serta ada pula yang tidak bersetuju sama sekali kalimah suci ini digunakan sewenang-wenangnya oleh bukan Islam.

Perselisihan pendapat bukan sahaja berlaku dikalangan masyarakat, bahkan melibatkan sarjana kedua agama terbesar di dunia hari ini iaitu Islam dan Kristian. Justeru, risalah kecil ini cuba sedaya upaya mungkin untuk menekuni permasalahan ini dengan berpandukan kepada dalil-dalil dan maslahat setempat.


PENDAPAT ULAMA'
Sebahagian ulama' berpendapat bahawa harus menggunakan perkataan Allah bagi orang-orang bukan Islam. Walaupun begitu, kebanyakan ulama mengharamkan penggunaannya berdasarkan realiti dan waqi' di Malaysia. Risalah ini akan cuba membincangkan kedua-dua hujah berkenaan dalam konteks penggunaan dansemangat Bahasa Malaysia itu sendiri di Malaysia ini.

HUJAH YANG MEMBOLEHKAN / MENGHARUSKAN
Antara ulama' yang menyokong dan membolehkan penggunaannya ialah Syeikh Fauzi al-Zafzaf, iaitu bekas Timbalan Rektor al-Azhar yang sekarang ini menjawat jawatan sebagai Pengerusi Jawtankuasa Dialog Antara Agama Universiti al-Azhar.

Mereka yang berpendapat bahawa kalimah suci ini adalah harus penggunaannya dikalangan bukan Islam telah mengemukakan 2 hujjah. Pertama hujah daripada al-Quran, dan keduanya daripada logik akal serta bahasa. Antara hujah mereka ialah:

PERTAMA: Hujah daripada al-Quran
1. Firman Allah s.w.t dari Surah al-Ankabut,29:61 (teks asal ayat, sila rujuk al-Quran)
maksudnya; "Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ini, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhluk-Nya)?". Sudah tentu mereka akan menjawab; "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintah-Nya)?".

Wajah istidlal (cara pendalilan) di dalam ayat ini menunjukkan tentang keharusan menggunakan nama Allah kerana golongan kafirin di dalam ayat ini turut menggunakannya.

2. Firman Allah s.w.t dari Surah Luqman,31:25
maksudnya; "Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu; "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?". Sudah tentu mereka akan menjawab; " Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).

Wajah istidlal daripada ayat ini jelas menunjukkan jawapan yang diberi oleh orang kafir bahawa Allah-lah yang menciptakan makhluk-Nya.

3. Firman Allah s.w.t dari Surah Zukhruf,43:9
maksudnya: "Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab; "yang menciptakannya ialah Allah yang Maha Berkuasa, lagi Maha Mengetahui".

Wajah istidlal daripada ayat ini juga menunjukkan bahawa pencipta langit dan bumi adalah Allah dan inilah yang diucapkan oleh orang kafir.

KEDUA: Hujah (yang mengharuskan) daripada Logik Akal dan Bahasa
1. Mereka yang mengharuskan penggunaan kalimah ini di kalangan bukan Islam berhujjah dengan menyatakan bahawa lafaz Allah sudah pun wujud dan digunakan sebelum kedatangan Islam. Ini berdasarkan kepada nama bapa Rasulullah s.a.w. sendiri yang bernama Abd Allah.

2. Lafaz Allah juga digunakan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani sebelum kedatangan Islam lagi. Ini berdasarkan dalil al-Quran menerusi surah al-Taubah (9:30) yang mengakui bahawa orang-orang Yahudi telah menyatakan 'Uzair itu anak Allah. Manakala bagi orang-orang Nasrani pula mengakui bahawa al-Masih (Isa a.s) adalah anak Allah.

3. Lafaz Allah juga wujud dan turut digunakan di dalam kitab Bible berbahasa Arab. (al-Kitab al-Muqaddas). Sebagaimana yang tertulis di dalam beberapa tempat. Antaranya dalam Perjanjian Lama, alTaqwim 1:1. yang jelas menyebut dengan jelas:
في البدء خلق الله السموات والارض

Atas alasa inilah mereka mendakwa lafaz Allah bukan milik eksklusif untuk umat Islam sahaja.

4. Hujah mereka yang mengatakan bahawa lafaz Allah ini berasal dan hampir sama bunyinya dari kalimah Eloh yang merupakan panggilan terhadap Tuhan dalam bahasa Yahudi.


HUJAH YANG MENGHARAMKAN

Terdapat ramai dikalangan ulama' yang mengharamkan penggunaan nama Allah bagi orang-orang bukan Islam. Antara mereka ialah Penasihat Undang-Undang Kementerian Kehakiman Arab Saudi; Syeikh Abdul Muhsin al-Abikan. Mereka telah mengutarakan hujah-hujah pengharaman disamping menjawab hujah-hujah golongan yang menharuskan penggunaannya. Di sini akan dinyatakan hujah dan alasan pengharaman tersebut. Antaranya:

PERTAMA:
1. Lafaz Allah yang dimaksudkan dalam Islam mempunyai sifat 'Ahadiyyah' dan 'Somadiyyah'-Nya sebagaimana firman Allah s.w.t: "Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat". (Surah al-Ikhlas,112: 1-2)

Ia amat berbeza dengan kefahaman Ahli Kitab di dalam memahami dan mentafsirkan lafaz Allah itu sendiri.

Hamka dalam tafsirnya (Tafsir al-Azhar) 30/302 dengan menukilkan Tafsir Abu Suud telah berkata: "Diulangi nama Allah sampai dua kali (ayat 1 dan 2) dengan kejelasan bahawa Dia adalah Esa, Tunggal, Dia adalah tempat pergantungan segala makhluk, supaya jelaslah bahawa yang tidak mempunyai kedua sifat pokok itu bukanlah Tuhan. Dalam ayat pertama ditegaskan keesaan-Nya untuk menjelaskan bersih-Nya Allah dari berbilang dan bersusun dan pada-Nya terkumpul segala sifat kesempurnaan. Dia tempat bergantung, tempat berlindung, bukan Dia yang mencari perlindungan kepada yang lain, Dia tetap ada dan kekal dalam kesempurnaan-Nya serta tidak pernah berkurang".


2. Berdasarkan firman Allah s.w.t. (Surah at-Taubah,9:30)
"Dan orang-orang Yahudi berkata: "Uzair ialah anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih ialah anak Allah". Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu, semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?".

Wajah istidlal daripada ayat ini ialah pada maksud firman Allah iaitu: 'Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu, semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?"

Di dalam ayat ini, Allah s.w.t menegaskan bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani telah memfitnah Allah dengan menyatakan bahawa Allah mempunyai anak iaitu Uzair dan juga al-Masih. Bagi menolak fitnah ini, Rasulullah s.a.w diperintahkan untuk menyatakan bahawa Allah s.w.t bukanlah seperti yang didakwa oleh orang-orang Yahudi dan nasrani menerusi firman Allah s.w.t. melalui Surah al-Ikhlas 112:1-4.
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa dengan-Nya".

Maka setelah Rasulullah s.a.w membersihkan maksud kalimah dari mulut orang-orang Yahudi dan nasrani, wajarkan Muslim hari ini memberi kebenaran untuk mereka mengguna kembali lafaz suci ini (Allah s.w.t)?

3. Sebenarnya lafaz Allah juga tidak pernah wujud di dalam bahasa asal penulisan kitab Taurat dan kitab Bible. Sebagaimana yang kita maklum, Kitab Taurat ditulis di dalam bahasa Ibrani (Hebrew) manakala kitab Bible pula ditulis di dalam bahasa Greek (Yunani).

4. Hujah mereka yang menyatakan bahawa kalimah Allah terdapat di dalam al-Kitab iaitu Bible terjemahan bahasa Melayu dan juga Al-Kitab Al-Muqaddas iaitu Bible terjemahan Bahasa Arab juga tidak dapat diterima kerana lafaz Allah yang digunakan di dalam kedua-dua Bible tersebut jelas membawa maksud yang berbeza. Ini adalah kerana Allah yang dimaksudkan oleh kedua-dua Bible tersebut jelas menunjukkan kepada akidah Triniti (tiga dalam satu) yang meyakini bahawa Bapa di Syurga ialah Allah, manakala Nabi Isa (Jesus) adalah anaknya dan Ruhul Qudus pula merupakan salah satu oknum daripada tida oknum Triniti tersebut.

Ini dapat diperhatikan menerusi dalil-dalil daripada kitab Bible mereka yang menyebut di beberapa tempat antaranya di dalam Perjanjian Baru, Markus 13:32: "Meskipun demikian, tidak seorang pun mengetahui hari atau waktunya, baik malaikat-malaikat di Syurga ataupun anak (Yesus); hanya bapa yang tahu.

Dalam Lukas 23:46 juga menyebut: "Lalu Yesus menyeru dengan suara lantang, "Ya Bapa, Aku serahkan diriKu ke dalam tanganMu!" Setelah berkata demikian, Dia pun meninggal dunia".

Konsep Triniti ini juga mendapat perhatian secara jelas melalui Perjanjian Baru, 1 Yohanes 5:7-8 yang menyebut: "Ada tiga saksi: Roh Allah, air dan darah, dan ketiga-tiganya memberi kesaksian yang sama".

Di dalam Perjanjian Baru, Matius 3:16-17 juga menyebut: "Setelah Jesus dibabtis, Dia keluar dari sungai itu. Tiba-tiba langit terbuka dan Jesus nampak Roh Allah turun seperti burung merpati ke atas-Nya. Kemudian terdengarlah suara Allah berfirman, "Inilah anak-ku yang aku kasihi. Dia menyenangkan hatiku".

Di dalam Perjanjian Baru, Lukas 3:21-22 juga menyebut: "Setelah semua orang dibaptis, Jesus juga dibabtis. Ketika Dia berdoa, langit terbuka, dan roh Allah berwujud burung merpati turun keatasNya. Lalu terdengar satu suara dari Syurga mengatakan: "Engkaulah anak-Ku yang Aku kasihi. Engkau menyenangkan hatiKu".

Menerusi dalil-dalil yang telah dinyatakan ini, jelaslah bahawa lafaz Allah yang telah digunakan oleh mereka di dalam Bible membawa maksud yang amat berbeza dengan keyakinan Islam.

5. Dalam bahasa Ibrani, lafaz Tuhan disebut sebagai Elohim dan YHWH. Namun YHWH merupakan nama yang terlalu hebat bagi Tuhan dan tidak boleh disebut sewenag-wenangnya. Perkataan ini telah diganti sebagai ADONAI. ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, Matius bab 27, ayat 45 hingga 50 yang berikut: "Pada tengah hari selama tiga jam, seluruh negeri itu menjadi gelap. Pada pukul tiga petang, Jesus berseru dengan suara lantang, "Eli, Eli lama Sabakhtani?" yang bermaksud "Allah, Allah mengapa Engkau tinggalkan aku?" beberapa orang di situ mendengar seruan Jesus lalu berkata: "Dia memanggil Elia". Seorang dari mereka mengambil bunga karang, lalu mencelupkannya ke dalam wain murah. Kemudian bunga karang itu dicucukkannya pada sebatang kayu, lalu di hulurkan ke mulut Jesus. Tetapi orang lain di situ berkata, "Tunggu, mari kita lihat kalau-kalau Elia datang menyelamatkan dia". Kemudian Jesus berseru lagi dengan nyaring lalu menghembuskan nafas terakhirnya".

Kalimah Eli ini juga turut digunakan di dalam perjanjian baru. Kitab Markus, bab 15, ayat 33-37.

6. Dalam bahasa Greek (Yunani) pun tidak terdapat lafaz Allah. Lafaz Tuhan dalam bahasa Greek disebut Theos. Sekiranya Tuhan yang disembah oleh mereka merupakan Tuhan yang sebenar, Theos ini dipanggil Hotheos. Dan sekiranya merujuk kepada bukan tuhan yang sebenar, maka dia dipanggil sebagai Tontheos.

7. Sekiranya lafaz Allah terdapat di dalam Kitab Bible berbahasa Arab (Al-Kitab Al-Muqaddas) sebagaimana yang dijadikan hujah oleh mereka, ini adalah semata-mata kerana penterjemah dan penggunaan secara warisan sahaja tanpa mereka memahami maksud sebenar lafaz al-Jalalah (Allah s.w.t) tersebut.

8. Dari sudut kaedah Fiqhiyyah iaitu Sad al-Zarai', tindakan kerajaan yang melarang penggunaan kalimah suci ini adalah tepat. Ini kerana jika dibiarkan orang bukan Islam turut menggunakan kalimah ini, maka kesucian serta sifatnya yang muqaddas tidak dapat dipertahankan dan dipelihara dengan sebaik mungkin. Bahkan seperti yang telah kita maklum, fahaman mereka terhadap lafaz Allah adalah berlainan sama sekali dengan kefahaman umat Islam.

9. Perlu diketahui perkataan Allah itu sendiri mempunyai partikel 'al' iaitu 'al-ilah' yang merujuk kepada 'The Only God'. (Keesaan)

10. Penulis Marshal G.S Hodgson dalam bukunya The Venture of Islam: Conscience and History in a World Civilization secara jelas menolak penggunaannya di kalangan penganut Kristian dengan menyebut bahawa terma 'Allah' yang digunakan oleh Muslim yang berbahasa Inggeris adalah merujuk kepada Tuhan dalam Islam sahaja. Bahkan Hodgson turut menyebut bahawa orang-orang Islam menyembah Tuhan bernama Allah yang bukan semata-mata bermaksud Tuhan sebagai pencipta!

KEDUA: Jawapan hujah pertama
Hujah yang mereka gunakan daripada ayat al-Quran: Surah al-Ankabut 29:61, Surah Luqman 31:25 dan Surah al-Zukhruf 43:9.

Imam al-Maraghi berkata dalam tafsirnya, Tafsir al-Maraghi, jilid 11, m/s 5284:
"Sebenarnya mereka mengetahui, Allah s.w.t yang mencipta langit dan bumi serta menundukkan matahari dan bulan. Walaupun mereka mengakui keesaan-Nya tetapi mereka masih menyembah selain daripada-Nya. Sepatutnya Dialah yang mesti disembah kerana Dialah satu-satunya yang berhak disembah. Banyak disebut dalam al-Quran tentang Tauhid Uluhiyyah selepas menyebut Tauhid Rububiyyah. Tujuan disebut itu bagi mengakui Allah s.w.t sebagai pencipta dan penjaga alam semesta, sekaligus mengakui Allah s.w.t sebagai satu-satunya Tuhan yang berhak disembah, dipatuhi dan ditaati".