Oleh: ustaznik
“Sebuah akhbar harian melaporkan Elton John akan mengadakan konsert sulungnya di Malaysia 22 November ini di Genting Highlands. Elton John ‘berkahwin’ (ptuih!) dengan David Furnish pada Disember 2005 selepas kerajaan negara mereka membenarkan perkahwinan sejenis. Tahun sebelumnya mereka merancang mengambil seorang anak angkat yang dikatakan mengidap penyakit HIV dari Ukraine, tetapi hasrat mereka tidak kesampaian apabila kerajaan Ukraine tidak membenarkan perkahwinan sejenis dan juga atas faktor umur Elton John.
Pada tahun 2010, mereka mendapat ‘anak’ (uweek!) hasil dari bayi yang dikandungkan oleh seorang ibu tumpang kepada bayi tersebut yang diberikan nama Zachary Jackson Levon Furnish-John. Menurut sebuah majalah, Elton John dan pasangannya itu rasa amat gembira dengan kehadiran ‘anak’ mereka itu: “We are overwhelmed with happiness and joy at this very special moment. Zachary is healthy and doing really well, and we are very proud and happy parents“, katanya.