Dalam perubatan Cina tradisional arak bersifat menghangatkan dan melancarkan perjalanan darah sehingga boleh menguatkan kesan perubatan. Lebih-lebih pada kes penyakit ‘yin/dingin’ dan gangguan perjalanan darah.[1]
Bagaimanakah pandangan Islam mengenai perubatan dengan arak?
Perlu diketahui, majoriti ulama mengharamkan berubat dengan Arak (iaitu sesuatu yang memabukkan) seperti arak. Alasan terlarangnya hal ini adalah sebagai berikut.
Pertama: Hadis Thoriq bin Suwaid Al Ju’fi
Thoriq bin Suwaid Al Ju’fi pernah bertanya kepada Nabishallallahu ‘alaihi wa sallam mengenai Arak. Kemudian baginda saw melarang atau tidak suka untuk menggunakannya. Kemudian Thoriq mengatakan bahawa Arak itu hanya akan digunakan sebagai ubat. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas mengatakan,
إِنَّهُ لَيْسَ بِدَوَاءٍ وَلَكِنَّهُ دَاءٌ
“Sesungguhnya Arak bukanlah ubat, namun sebenarnya dia adalah penyakit.”[2]