Selasa, 27 September 2011

Peguam Negara Yang Makin Teruk...

Ghani Petail - Peguam Negara
Monday, September 26, 2011 - Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan rasuah dan penyelewengan perundangan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail. 

Mahfuz berkata dakwaan itu dibangkitkan banyak pihak, termasuk oleh penulis Raja Petra Kamaruddin, bekas panel pencegahan rasuah Tan Sri Robert Phang, serta didedahkan dalam surat terbuka bekas ketua siasatan Jenayah (CID) Datuk Mat Zin Ibrahim.

"Ia (dilihat) satu pencemaran terhadap institusi peguam negara yang diwujudkan dalam (kerangka) perlembagaan persekutuan," katanya dalam sidang media di ibu negara petang ini.

Mahfuz berkata, suruhajaya itu perlu ditubuhkan kerana institusi peguam negara mempunyai hubungan langsung dengan Perlembagaan Persekutuan dan perlantikannya dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Mahfuz, dakwaan berkaitan antaranya berhubung dakwaan terlibat memalsukan fakta dan bukti dalam kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, kes rasuah dengan Shahidan Shafie dan "penyelewengan perundangan" kes Altantuyaa Shaariibuu.

Kerajaan Rakyat

YB Dato Mahfuz Omar - Naib Presiden PAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan