Isnin, 19 September 2011

Dulu kerajaan sekat perempuan kahwin lagi,kini…..?

Oleh: Abdullah Ngah
Dahulu memang kerajaan telah sekat perempuan yang dapat pencen suami berkahwin lagi. Ini dianggap sebagai zalim, kerana sekat perempuan untuk berkahwin semula.

Mengapa tidak? Seorang perempuan yang dapat pencen suami apabila berkahwin semula akan di mansuhkan pencen itu.

Atas sebab itu mereka yang terbabit miskipun masih muda tak berani nak kahwin lagi, kerana sudah hilang pencen.

Oleh kerana sayang akan pencen itu mereka mahu tak mahu akan membatal dan tolak akan lamaran sesiapa saja lelaki yang ada minat nak menjadikan mereka isteri.

Kini seseorang perempuan yang berkahwin selepas berpencen dengan lelaki yang ada pencen juga tak dapat pencen.

Ini juga dianggap sebagai zalim terhadap perempuan yang mengakhwini lelaki yang sudah berpencen.

Mengapa tidak? Kerana mereka yang berkahwin isterinya tak bekerja dan mendapat anak yang ramai apabila tak dapat pencen sudah membebankan.

Lebih lebih lagi anak mereka dalam masih tanggungan iaitu sebelum usia 18 tahun. Yang paling menyayat hati bagi mereka yang memiliki anak cacat yang memerlukan belanja yang tinggi.

Dari mana mereka hendak datangkan wang untuk menampungkan kos itu, sedangkan beberapa orang adik beradiknya masih dibangku sekolah.
Kerajaan harus buat kajian semula system perjanjian pencen bekas penjawat awam supaya boleh meringan beban bekas bekas isteri yang dikahwinkan selepas pencen.

Bayangkan seorang isteri yang sudah berkahwin selama dua puluh tahun dan mendapat anak enam orang yang sara hidupnya masih dibawah tanggungjawab ayah ketiadaan hasil untuk menyara anak anak.

Sangat menyayat hati dan menyedihkan apabila ayah sudah meninggal dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan