Selasa, 13 September 2011

Anakku Lelaki Lembut Di Mana Silapnya

Anak lelaki lembut dan berperwatakan seperti wanita. Walhal ketika dilahirkan dahulu sah-sah dia benar-benar lelaki tulen dengan organ jantina lelaki. Tak tahulah di mana silapnya tiba-tiba sahaja apabila meniti remaja kelakuannya tidak lasak seperti anak lelaki lain malah lebih gemar melakukan aktiviti dan permainan yang disukai anak-anak perempuan. Ya, anda mungkin perasan anak itu lebih suka bermain pondok-pondok dengan rakanrakan perempuan daripada pergi bermain bola sepak dengan kawan-kawan lelakinya.Tapi ketika itu anda mungkin merasakan “Ahh, kecil lagi.. sementara aja tu.” Tetapi semakin remaja makin bertambahlentuk pula tingkahlakunya hingga membimbangkan ibu bapa pula.




Menurut Ustaz Nor Amin, guru pengajian Islam MARA yang juga penceramah bebas dan penulis buku, ibu bapa yang mempunyai anak lelaki lembut seperti ini janganlah menganggap mereka ini sebagai satu bebanan besar ibarat malapetaka malang yang menimpa keluarga anda. “Kasihanilah anak lelaki lembut anda , mereka juga insansempurna seperti orang lain. Cuba anda fikirkan, kalau anda gagal mendidik atau teruskan usaha membimbing mereka dengan sempurna maka jadilah mereka lelaki yang bertopeng wanita seperti memperagakan pakaian wanita, bersolek, menukar nama ke nama wanita, hinggakan akhirnya nafsu juga turut terdorong kepada lelaki.,” terang beliau mengenai fenomen lelaki yang makin hilang nilai kelakiannya.

Firman Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya kami telah menciptakanmanusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” (A-Tin:4)

Punca anak lelaki menjadi lembut

Menurut kajian Ustaz Nor Amin melalui aduan yang diterima oleh masyarakat terdapat beberapa punca yang dikenalpasti menyebabkan anak lelaki menjadi lembut.

1. Kelahiran

Lelaki lembut ini dilahirkan secara fitrah dan perkara ini tidak boleh dinafikan, bukan Allah menghukum ibu bapa yang memiliki anak lelaki lembut tetapiAllah hendak menguji mereka dengan dianugerahkan anak seperti itu. Jika mereka menerima anak tersebut dengan hati yang ikhlas kepada Allah dan memiliki sifat sabar untuk menjaga dan mendidik anak itu, maka besar ganjaran yang Allah berikan. Firman Allah bermaksud,“Mereka itu semuanya akan dibals dengan mendapat tempat yang tinggi di syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya.” (Al-Furqan: 75)

2. Tiada figura bapa sebagai ‘role model’

Kemungkinan juga anak lelaki boleh menjadi lembut apabila wujudnya jurang di antara anak lelaki dengan bapa. Bapa yang terlalu garang dengan disiplin ketat atau sifat bapa yang bengis sentiasa memarahi, memukuldan tidak bertanggungjawab juga boleh menyebabkan mereka lebih rapat kepada ibu dan menganggap hanya ibu sahaja yang layak dijadikan role model atau figura dalam hidup mereka. Ia juga boleh menimbulkan rasa benci kepada ayah dan lelaki lalu mengambil jalan tengah untuk mengelak menjadi lelaki dengan perwatakan mereka dengan kepada wanita. Anak lelaki lembut biasanya juga digelar ‘anak ibu’ atau ‘mama’s boy ‘ kerana lebih suka berada di samping ibu hingga menyebabkan mereka sangat memahami dan menyelami naluri kewanitaan hingga terbawa naluri itu ke dalam diri anak lelaki.

3. Kurang perhatian ibu bapa

Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak sebegini sewajarnya mereka diberikan lebih perhatian. Dek kesibukan waktu anak-anak diberikan kebebasan yang berlebihan sehinggakan anak mereka melakukan perbuatan yang menyalahi akhlak Islam. Ibu bapa perlu sentiasa mendidik di samping sentiasa mendoakan anak-anak mereka agar tidak tergelincir keperibadiannya. Pendidkan itu bermula sejak dari dalam kandungan hinggalah anak itu dewasa.

4. Pengaruh rakan sebaya

Terutamanya ketika meningkat remaja, ibu bapa perlu mengenali rakan anak agar anak mereka tidak dipengaruhi dengan rakan-rakan lelaki yang lembut.Kadang kala kelembutan yang tidak begitu ketara akan bertambah serius apabila anak mula bergaul dengan lelaki yang lembut juga.

Selanjutnya dapatkan majalah NUR OKTOBER 2011 di pasaran sekarang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan