Selasa, 3 Januari 2012

Roti Melayu-Gardenia Vs Roti Cina-Massimo, Mana Pilihan Anda!!

Kisah roti. TMI ada melaporkan berita tentang roti. Sebelum ini kita tak tahu dan tak pernah ambil tahu roti yang dimakan. Asalkan bertanda halal, pergi ke kedai keluarkan RM2.40 dapatlah sebungkus roti Gardenia. RM0.70 roti ‘bata’ untuk yang berperisa coklat, berperisa jagung atau krim. Roti High-5, tak berkenan kerana pernah keluar TV3 kerana masalah kebersihan.

Masalah roti yang diceritakan adalah tentang masalah perkauman. Nak memilih roti sama ada roti UMNO-Gardenia atau roti MCA-Massimo [mungkin juga DAP] Roti PAS belum ada, kalau ada mungkin kecil-kecil.
Roti Gardenia dimiliki Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary (tentunya UMNO) menerusi Syarikat Beras Nasional (Bernas), manakala roti Massimo dimiliki Tan Sri Robert Kuok menerusi syarikat tepung Federal Flour Mills Bhd (FFM). Roti Massimo baru dipasarkan dan di antara kita belum ada yang merasainya. Robert Kuok terpaksa mengeluarkan roti sendiri kerana dia tak boleh mengharapkan lagi Syed Mohktar Al-Bukhary membeli tepungnya.
Ini berkaitan desas-desus supaya Gardenia Bakeries menghentikan pembelian tepung dari  Federal Flour Mills Bhd (FFM) juga atas sebab perkauman. Namun ia telah dinafikan oleh Gardenia Bakeries minggu lalu.
Kempen anti-Gardenia dah bermula bulan lalu terutamanya di China. Kempen roti yang bersifat perkauman. Kempen supaya jangan membeli Gardenia kerana mendiskriminasi FFM milik Robert Kuok, “Mari menyokong roti baru Massimo oleh Robert Kuok dan boikot roti Gardenia yang dimiliki kroni Umno Syed Mokhtar Albukhary, kumpulan Tradewind.”, email supaya memboikot Gardenia.
Ini semua kerana masalah inflasi. Rakyat Malaysia terpaksa menghadapi inflasi tinggi secara berterusan yang mencecah kadar tinggi iaitu tiga peratus pada Mac. Ia melambung kepad 3.3 peratus bulan lalu. Inflasi juga boleh menyebabkan perkauman dan dasar perniagaan, mereka terpaksa mengambil kira semua ini.
Jadi mana pilihan anda, Gardenia atau Massimo!! Anda pilih, kerana duit anda, namun tak makan roti pun tak kebulur kan!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan