Jumaat, 27 Januari 2012

‎7 Jawapan penuh hikmah daripada Saidina Ali...


Saidina Ali KarramAllahhu Wajhah menjawab 7 pertanyaan dengan penuh hikmah”


1- Apakah yang lebih berat daripada langit ?
Saidina Ali menjawab : Tuduhan palsu lebih berat daripada langit.

2- Apakah yang lebih luas daripada bumi ?

Saidina Ali menjawab :Kebenaran lebih luas daripada bumi.

3- Apakah yang lebih kaya daripada laut ?

Saidina Ali menjawab : Hati yang Qanaah lebih kaya daripada lautan.

4- Apakah yang lebih keras daripada batu ?

Saidina Ali menjawab :Hati orang munafiq lebih keras daripada batu.

5- Apakah yang lebih panas daripada api ?

Saidina Ali menjawab : Penguasa yang zalim lebih panas daripada api.

6- Apakah yang lebih sejuk daripada Zamharir ( Neraka yang paling dingin ) ?

Saidina Ali menjawab :Berhajat kepada orang yang bakhil lebih sejuk / dingin daripada Zamharir.

7- Apakah yang lebih pahit daripada racun ?

Saidina Ali menjawab : Sabar lebih pahit daripada racun (pada riwayat yang lain) Mengadu domba lebih pahit daripada racun.



Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 212.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan