Sabtu, 2 Januari 2010

Siapa lebih tinggi dan berkuasa - Allah SWT atau Hakim?


Membuka tirai 2010 dengan tamparan kencang bagi "Dunia Melayu Dunia Islam" apabila seorang hakim yang bertugas di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan membenarkan permohonan Gereja Katolik menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald - The Catholic Weekly .




Dipetik dari Utusan Malaysia, Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, keputusan mahkamah membenarkan kalimah itu digunakan oleh agama lain adalah satu tragedi dan hadiah paling tidak berharga kepada umat Islam sempena tahun baru.

Tegasnya, kalimah Allah bukan sesuatu yang boleh dipermainkan tambahan pula jika digunakan oleh penganut agama lain kerana boleh menyentuh sensitiviti umat Islam bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia.

''Walaupun terpaksa menerima keputusan mahkamah dengan berat hati tetapi kami menyifatkannya sebagai tragedi".

Ternyata keputusan hakim nampaknya lebih tinggi dari Allah SWT dalam negara ini yang agama rasminya Islam.
Yang sedih umat Islam hanya harus menerimanya dengan berat hati, kerana Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam selaku agama rasmi tidak memberi kuasa atau membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia menghalang gereja tersebut daripada menggunakan perkataan Allah.


Jika KDN dan Kerajaan sendiri tidak ada kuasa dibimbangi kelak akan muncul kuasa-kuasa baru dari benih-benih Dr Azahari Hussein dan Nordin Mat Top yang tidak akan faham apa itu Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan