Sabtu, 16 Januari 2010

Lihat Gadis Bogel Antara Punca Mati Pucuk


Internet pada masa kini yang dipenuhi banyak gambar-gambar lucah sebenarnya merbahaya kepada kejantanan lelaki dalam jangka masa panjang. Mungkin inilah antara rahsia mengapa Islam memerintahkan wanita agar menutup aurat dan mengharamkan lelaki melihat aurat wanita melainkan aurat isterinya. Wanita yang berpakaian terlalu berani dan terlalu seksi hingga membangkitkan nafsu berahi akan menyebabkan lelaki menjadi mati pucuk atau lemah zakarnya, malah boleh mengalami kanser prostat.


Seorang pengkaji berpengalaman berasal dari Rusia bernama Leonid Kitaev-Smyk di Russian Research Institute of Culturology of the Russian Academy of Sciences menyatakan bahawa sejak bermulanya revolusi seksual di Barat, ramai wanita berpakaian mendedahkan aurat sedangkan di Timur wanita masih berpakaian sopan menutup aurat atau berjubah. Ramailah lelaki yang bangkit berahinya bila melihat wanita berpakaian mini atau berpakaian nipis yang menampakkan kulit tubuh dengan jelas.

Pada masa kini, pakaian yang dikenakan oleh sebahagian wanita secara langsung atau tidak langsung berperanan meningkatkan nafsu berahi lelaki yang melihatnya. Bahayanya terletak pada keadaan bila mana lelaki melihat wanita yang mendedahkan aurat ini, lalu bangkit berahinya, dan nafsu yang memuncak itu tidak dapat dipuaskan (dengan jimak). Kitaev-Smyk membuat kesimpulan bahawa ini adalah penyebab lelaki mengalami mati pucuk dan kanser prostat.

“Pada waktu ini 70% dari gejala mati pucuk terjadi akibat nafsu seks tidak dapat dipuaskan” kata Kitaev-Smyk. Beliau selanjutnya membuat kesimpulan bahawa wanita telah menguburkan kesihatan lelaki dengan menelanjangkan kaki dan berpakaian mini. Seseorang wanita berpakaian amat seksi kononnya bertujuan membahagiakan pasangan lelakinya telah menyebabkan lelaki lain menderita mati pucuk akibat penampilan yang mencairkan.

Perlu diingat bahawa mati pucuk bukan hanya bersebab dari melihat wanita berpakaian mini. Pakar-pakar juga menyebut bahawa sejumlah kegiatan lain juga menyebabkan zakar jadi lemah dan mati pucuk, termasuklah melihat laman-laman porno, menonton video porno, melihat tarian bogel, dan lain-lain kegemaran yang membangkitkan nafsu berahi tetapi tidak ada tempat yang sah (iaitu menjimak isteri) untuk menyalurkannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan