Rabu, 11 April 2012

Budak Berbulu Terima Bantuan

budak berbulu
KOTA BHARU - Bulu di ­bahagian belakang badan ­seorang kanak-kanak, Nurul Afida Batrisya Razi, 3, yang mengalami penyakit ­ganjil sejak dilahirkan kini semakin panjang dan bertambah banyak.

Ibunya, Asliza Omar, 30, berkata, bulu-bulu berkenaan kelihatan semakin ketara di belakang badan anaknya itu, namun dikatakan tidak mengganggu pergerakannya.

Asliza berkata, dia tidak pernah mencukur bulu-bulu berkenaan kerana bimbangkan keselamatan anaknya dan terpaksa mengguntingnya ­kerana ia semakin panjang serta banyak.


“Sebelum ini saya tidak pernah cukur bulu-bulu terbabit dan saya terkejut apabila mendapati sekarang ianya semakin bertambah panjang berbanding kebiasaannya,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II semalam.

Biarpun keadaan yang ­dilalui oleh anaknya itu ­tidak sesekali pernah menjadikannya rendah diri, namun jauh di sudut hati ibu kepada tiga anak itu mahukan Nurul Afida normal seperi kanak-kanak lain.

Bagaimanapun, Asliza yang menghadiri temu janji ­pemeriksaan kesihatan bersama pakar kanak-kanak di HRPZ II semalam menerima berita gembira apabila pihak hospital bersetuju untuk berusaha membantu menyembuhkan penyakit anaknya itu.

“Saya berterima kasih ­kepada pakar-pakar yang ­terlibat dan saya berdoa ­supaya masalah yang dihadapi oleh anak saya ini dapat diselesaikan,” katanya.

Semalam, Asliza mengadakan pertemuan dengan Ketua Jabatan Pediatrik, Dr Nik Khairulddin Nik Yusoff, Ketua Jabatan Dermatologi, Dr Zulrusdi Ismail bersama enam pakar kulit HRPZ II.

Nurul Afida yang kadang-kala merengek ketika gelagatnya dirakam media itu menjalani pemeriksaan gigi, mata dan ditempatkan di Wad 1 HRPZ II untuk ­rawatan lanjut.

Sebelum ini Sinar Harian menyiarkan penyakit ganjil dihadapi Nurul Afida yang ­menetap di Kampung Changgong, Bachok dan dua lagi adik beradiknya normal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan