Selasa, 26 Julai 2011

keistimewaan Ramadhan


Bulan Ramadhan semakin hampir. Dinanti-nanti oleh mereka yang merindukan kelebihan beramal di dalamnya. Ditangisi oleh para syaitan kerana bulan tersebut Allah akan mengampunkan segala dosa bagi mereka yang bertaubat dan memohon keampunan. Rasulullah s.a.w di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi daripada Abu Hurairah r.a bersabda yang bermaksud "Ketika tibanya malam pertama dari bulan Ramadhan ,seluruh syaitan akan dibelenggu dan seluruh jin yang derhaka akan diikat. Semua pintu neraka ditutup dan tidak ada satu pintu pun yang dibuka. Semua pintu Syurga dibuka hingga tidak ada satu pun pintu yang tertutup. Diseru," Wahai orang yang mencari kebaikan! Datang kesini! Wahai orang yang mencari keburukan! Jauhkanlah dirimu. Allah membebaskan ramai manusia daripada api neraka. Perkara tersebut berlaku setiap malam"


Sabda Rasulullah lagi " Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah telah mewajibkan di dalamnya puasa. Pada bulan itu, Allah membuka pintu-pintu langit, menutup pintu-pintu neraka dan membelenggu segala Syaitan. Di dalamnya, Allah memiliki satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang diharamkan kebaikan malam itu, maka dia sememangnya telah diharamkan (daripada kebaikannya). ( Riwayat al-Nasa'i dan al-Baihaqi daripada Abu Hurairah r.a)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan