Isnin, 19 Ogos 2013

KHUTBAH JUMAAT MENGUTUK SERANGAN TENTERA MESIR TERHADAP PENYOKONG MURSI


 Kemenangan tetap milik Islam

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ... سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ

أَمَّا بَعْدُ,

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمُوْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Firman Allah dalam ayat 140 surah Ali ‘Imran :

إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ

Maksudnya : Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka maka sesungguhnya kaum kafir itu pun (dalam perang Badar) mendapat luka yang sama. Dan masa kejayaan dan kekalahan itu, Kami gilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pengajaran). Dan agar Allah membezakan orang-orang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikanNya gugur sebagai syuhada’. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim”

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,


Kedatangan Syawal disambut dengan penuh gembira oleh seluruh umat Islam di dunia. Ini adalah kerana pada bulan ini kita menyambut hari Raya Aidilfitri pada 1 syawal dan ada kalanya di sesetengah tempat di negara kita sambutan hari raya ini berlarutan sehingga sebulan penuh sampaikan ada yang terlupa untuk berpuasa 6 hari pada bulan ini sebagaimana saranan Rasulullah S.A.W. Namun, adakah kita semua sedar bahawa di dalam bulan Syawal ini telah berlaku banyak peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah Islam khususnya semasa kekasih kita baginda Rasulullah SAW memimpin para sahabat menjalankan usaha menyebarkan Islam dan berhadapan dengan tentangan kuffar .

Pada bulan Syawal sebenarnya telah berlaku beberapa peristiwa besar Peperangan Uhud, Peperangan Ahzab atau Khandak dan Peperangan Hunain. Ketika menyentuh tentang peperangan Uhud yang berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ke-3 Hijrah di mana tentera Islam terpaksa berdepan dengan bala tentera musuh seramai 3000 orang. Pada peringkat pertama, tentera Islam telah mencapai kemenangan tetapi pada peringkat kedua tentera Islam menerima ujian kekalahan di mana 70 orang telah gugur Syahid termasuk Sayyidina Hamzah bin Abdul Muttalib. Namun pada peringkat ketiga tentera Islam dapat bertahan apabila tentera kafir Quraisy yang tidak berpuas hati kerana tidak dapat membunuh Rasulullah s.a.w telah mengatur langkah untuk menyerang Madinah tetapi tidak meneruskan perancangan mereka itu apabila mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w telah bersiap untuk menyerang balas.

Seterusnya Peperangan Ahzab yang berlaku pada bulan Syawal berlarutan sehingga awal bulan Zulkaedah tahun 5 Hijrah . Peperangan ini berlaku selepas penghalauan Yahudi Bani Nadhir oleh Rasulullah s.a.w dari Madinah setelah mereka cuba membunuh nabi. Tentera Islam seramai 3 ribu orang sahaja terpaksa berdepan dengan tentera bersekutu kuffar seramai 10 ribu orang di mana tiada pertempuran sengit yang berlaku sehinggalah Allah mendatangkan kemenangan kepada tentera Islam yang begitu patuh pada arahan Rasulullah s.a.w disamping kuat ikatan diri mereka dengan Allah melalui ribut pasir dan juga kacau bilau di kalangan musuh.

Peperangan yang berikutnya ialah Peperangan Hunain yang berlaku padabulan Syawal tahun ke-8 hijrah iaitu selepas Pembukaan Kota Mekah. Bilangan tentera musuh antara 20 hingga 30 ribu orang manakala tentera Islam pimpinan Rasulullah s.a.w berjumlah 12 ribu orang. Pada peringkat pertama tentera Islam hampir kalah akibat diserang dari pelbagai penjuru oleh musuh ditambah dengan serangan saraf bahawa Rasulullah s.a.w telah wafat. Ketika suasana yang kacau bilau ini lalu Rasulullah s.a.w melaung suara bagi membangkitkan kembali semangat jihad tentera Islam sehingga baginda bersama 200 tentera yang terus berjuang bukan sahaja berjaya mengalahkan tentera musuh yang ramai malah berjaya mengepung musuh di Taif.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Terkini, di dalam bulan Syawal yang mulia ketika umat Islam masih lagi bergembira dengan sambutan hari Raya, dunia telah apa yang berlaku ialah di Mesir di mana pihak askar dan polis yang telah merampas kuasa pemerintahan daripada Presiden Mesir yang sah iaitu Dr. Muhammad Mursi telah menggempur para penyokongnya menyebabkan 2000 orang penyokong yang berkampung di Medan Raba'ah Adawiyah dan Al-Nahdah serta beberapa tempat di Mesir telah terkorban sebagai syuhada’. Selain jumlah korban itu, dianggarkan kira-kira 15,000 lagi mengalami cedera dan luka akibat serangan tersebut. Dalam pada itu serangan oleh pihak tentera sejak semalam turut mensasarkan jurugambar dan wartawan di lapangan yang menyaksikan beberapa orang daripada petugas media turut terkorban. Tidak cukup dengan itu, pihak tentera juga dilaporkan turut membakar bangunan hospital di lapangan dalam keadaan ribuan jenazah ditempatkan dan mereka yang cedera sedang menerima rawatan. Pasukan tentera dan polis telah membakar Hospital Lapangan di Medan Rabiatul Adawiyah yang terdapat di dalamnya jenazah-jenazah penyokong Morsi dipercayai bagi melupuskan bukti pembunuhan.Tentera juga turut menggunakan jentolak dan kereta perisai merobohkan khemah-khemah penyokong Morsi yang didirikan di medan Raba'ah itu.Malah ada diantara khemah dibakar oleh pihak tentera dalam keadaan ada di kalangan penyokong khususnya kanak-kanak dan wanita masih berlindung di dalamnya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Segala tindakan yang lebih jahat dan zalim daripada Yahudi Laknatullah dilakukan oleh tentera dan askar itu hanya bermatlamatkan untuk meleraikan jutaan para penyokong Mursi yang terdiri dari penyokong Ikhwan Muslimin dan kumpulan-kumpulan Islam yang lain yang berhimpun di dataran Raba'ah semata-mata menuntut pihak tentera entera agar mengembalikan Morsi sebagai presiden Mesir yang sah.

Usaha untuk menggulingkan Mursi telah bermula beberapa bulan lalu apabila gabungan pembangkang yang menamakan diri mereka sebagai "Barisan Penyelamat" telah menutup semua pintu rundingan dan dialog yang ditawarkan oleh Mursi yang merupakan presiden ketika itu dalam semua isu termasuk isu yang berkaitan kedaulatan Negara.

Usaha menolak semua dialog bersama Mursi ini telah mengisyhtiharkan 'perang' mereka ke atas Mursi semata-mata beliau dari Ikhwan Muslimin.

Mereka kemudian meneruskan penentangan kepada Mursi dengan melancarkan kempen yang dinamakan "Tamarrud" iaitu usaha mengumpulkan tandatangan rakyat agar Mursi berundur dan diadakan Pilihanraya Presiden yang baru lebih awal. Sebelum menjelang 30 Jun, mereka mengumumkan telah berjaya mengumpulkan lebih 20 juta tandatangan.

Dalam perlembagaan, sepatutnya Mursi akan tamat penggal pemerintahannya pada Jun 2016 iaitu empat tahun akan datang dan pada waktu itu Pilihanraya Presiden perlu diadakan. Tetapi pembangkang yang mewakili golongan sekular Mesir dan yang menjadi Boneka Amerika Syarikat serta kuncu-kuncu rejim Mubarak tidak dapat menerima kekalahan mereka yang ditolak oleh rakyat maka mereka mendendangkan 'lagu' bahawa Mursi gagal melaksanakan perubahan dalam tempoh setahun.

Adakah logik dan masuk akal dengan segala kehancuran dan kerosakan yang ditinggalkan oleh Mubarak selama 30 tahun, boleh diperbaiki oleh Mursi hanya dalam tempoh setahun?

Peristiwa pembuhuhan dan keganasan ini semua, sebenarnya tidak akan terjadi sekiranya Dr. Muhammad Mursi bukan seorang pemimpin Islam yang membawa cita-cita Islam dan ingin mendaulatkan Islam dalam pemerintahannya. Oleh kerana dia seorang Hafiz Al-Quran dan setia dengan ajaran Islam serta mahukan undang-undang Islam atau system Khilafah dikembalikan semula, di samping usahanya intuk membantu rakyat Palestin dan Syiria yang amat tidak disenangi oleh Yahudi dan Amerika, maka segala tenaga digembeling oleh para musuhnya untuk mengumpulkan seluruh pasukan atau ‘Ahzab” yang memerangi Islam demi menjatuhkan Dr. Muhammad Musri dan membunuh para penyokongnya.

Akibatnya, berlakulah keganasan dan tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap mereka dan akhirnya, hasrat dan tuntutan jutaan penyokong Mursi yang setia berhimpun sejak 2 bulan lalu telah disambut dengan hujan peluru hidup dan ratusan gas pemedih mata sedangkan mereka tidak memiliki senjata selain kitab Al-Quran yang sentiasa berada dalam gengaman tangan mereka selain kecintaan yang tinggi terhadap Allah dan RasulNya dalam hati mereka.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Ujian terhadap para pejuang agama Allah SWT sentiasa ada kerana ia adalah satu sunnah dalam perjuangan. Sekiranya tiada ujian maka bukanlah ia dinamakan satu perjuangan. Apa yang berlaku di Mesir adalah secebis peristiwa daripada beribu-ribu peristiwa para pejuang Islam yang ditindas, dibunuh, di zalimi kerana kebatilan tidak akan membiarkan kebenaran itu zahir dan menguasai pentas dunia. Para pejuang Islam akan diuji sehingga saat Allah SWT ingin memberikan kemenangan maka mereka akan diuji sehingga digoncang tubuh dan jiwa mereka dengan goncangan yang dahsyat iaitu ujian yang tidak terperi sakitnya sehingga mereka diberikan kemenangan atau hadiah syahid di Medan perjuangan. Ini adalah kerana ujian tersebut adalah tiket untuk masuk ke syurga sebagaimana firman Allah SWT:

أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ

Maksudnya:

“ Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman Yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).”

(surah Al-Baqarah :214)

Apa yang berlaku terhadap pejuang-pejuang agaa Allah ini tidak akan melenturkan semangat mereka untuk terus berjuang kerana mereka yakin dengan kemenangan daripada Allah. Inilah yang akan menggerunkan pasukan tentera musuh Islam sejak dahulu lagi sebagaimana yang telah berlaku di dalam peperangan Ahazab ketika mana tentera Islam melihat tentera kuffar maka Iman mereka semakin bertambah dan semnagat juang mereka terus membara. Ini telah dinyatakan secara jelas di dalam ayat Allah SWT yang berbunyi:

وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا

Maksudnya:

“Dan pada masa orang-orang Yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah Yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada Kami dan benarlah (Apa Yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". dan (angkatan tentera musuh Yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.”

(Surah Al-Ahzab:22)

Al-Quran telah menyatakan dan sejarah telah membicarakan bahawa apabila tentera Islam memiliki keimanan yang berada di tahap paling tinggi dan pergantungan mereka seratus peratus kepada Allah SWT maka di saat itu kemenangan daripada Allah akan tiba jua. Kebenaran tetap akan menag ke atas kebatilan apabila tiba saatnya. Janji Allah SWT tetap akan berlaku walaupun musuh berusaha sedaya upaya ingin memadamkan cahaya Allah.

Firman Allah :

وَكَأَيِّنْ مِنْ نَبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُوا لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَمَا ضَعُفُوا وَمَا اسْتَكَانُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ (146) وَمَا كَانَ قَوْلَهُمْ إِلَّا أَنْ قَالُوا رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya :

“Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang Dengan disertai oleh ramai orang-orang Yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa Yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang Yang sabar. Dan tidaklah ada Yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! ampunkanlah dosa-dosa Kami dan perbuatan Kami Yang melampau Dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian Kami (dalam perjuangan); dan tolonglah Kami mencapai kemenangan terhadap kaum Yang kafir.”

(surah Ali Imraan:146-147)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan