Jumaat, 3 Ogos 2012

Resepi Puding Roti Karamel

puding roti karamel

Pada bulan Ramadan, puding adalah satu juadah  mudah yang paling sesuai untuk disediakan.  Terdapat berbagai jenis dan cara untuk menyediakan puding bergantung kepada kreativiti seseorang.

Puding Karamel adalah puding yang paling digemari pada bulan Ramadan tetapi harganya agak mahal kerana menggunakan telur yang banyak dan susu cair . Bagi keluarga yang ramai, agak ketat jugalah untuk membeli puding ini di Bazar Ramadan.

Karamel  sebenarnya adalah bahagian gula hangus di bawahnya tetapi bila diterbalikkan untuk disajikan, menjadi bahagian atas. Ada dua cara membuat Puding Karamel – dibakar di dalam ketuhar atau dikukus.
Puding Roti Karamal menggunakan cara kukus.  Mula-mula kita sediakan bahagian gula hangus terlebih dahulu.
 Bahan dan Cara Membuat Gula Hangus.
  • 3 sudu besar gula dimasak di dalam kuali sehingga perang.
  • Masukkan 1 sudu besar air panas, kacau hingga gula larut.
  • Tuang ke dalam loyang dan diketepikan.
Sebelum kita meneruskan bahagian yang lain, didihkan dahulu air dalam pengukus.
Bahan-bahan  Puding Roti Karamel
  • 4 keping roti gardenia  dicarik-carik
  • 1 cawan air suam
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 3 biji telur  dipukul sedikit
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara Memasak Puding Roti Karamel
  • Blender roti , air suam, susu pekat dan susu cair hingga sebati
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Blender lagi hingga sebati.
  • Tuang ke dalam loyang yangberisi gula hangus tadi.
  • Kusus lebih kurang 40 minit.
Sejukkan sebelum dihidangkan.
puding roti karamel
Senang, kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan