Khamis, 10 November 2011

Shahrizat: "Keluarga saya berhak dapat projek lembu"





Menteri Pembangunan Wanita Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil menegaskan bahawa keluarganya mendapat projek Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) yang menelan berjuta ringgit, namun beliau percaya isu berkenaan telah digunakan untuk menyerang beliau selaku ketua wanita Umno dan pengerusi Wanita BN.

"Pada diri saya sendiri, saya lihat ini adalah agenda politik. (Ia) satu percubaan daripada pembangkang untuk melemahkan semangat dan tindakan Wanita Umno. Kami tidak semudah itu untuk dirobohkan," katanya.

"(Perkara) ini sudah dijawab dengan panjang lebar oleh menteri pertanian dan industri asas tani.

"Dan daripada apa yang saya dimaklumkan, jawapan daripada beliau itu sangat jelas dan nyata," katanya.


Gila dowh. Inilah menteri yang paling taktahu MALU pernah aku jumpa. Dah kalah pru masih jadi menteri. Dah terbukti songlap masih berani pertahankan diri. Belum lagi ada sejarah seorang yang berjawatan menteri layak dapat projek kerajaan shahrizat oiii..

Itupun yang lebih dasat.. projek itu RUGI. Di ulangi RUGI.

http://amenoworld.blogspot.com/2011/11/bukti-shahrizat-balon-duit-rakyat-dalam.html

http://amenoworld.blogspot.com/2011/11/bukti-shahrizat-balon-duit-rakyat-dalam_09.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan