Ahad, 28 Mac 2010

Keputeraan Sultan Kelantan



Oleh: wanibrah

"Pada 30-31 Mac nanti akan berlangsung sambutan keputeraan Al-Sultan Kelantan bagi tahun ke-60. Sebelum ini, 25 Mac (Khamis) malam Jumaat telah diadakan solat hajat dan doa selamat untuk Al-Sultan Kelantan dan hari Haul al-Marhum Sultan Yahya Petra (nenda Pemangku Raja Kelantan sekarang, Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra) diadakan di Masjid Muhammadi.

Majlis solat hajat itu dimulakan dengan solat maghrib, diikuti solat hajat, tahlil, doa selamat dan solat isyak telah dihadiri sama Pemangku Raja dan Tengku Bendahara.


Tengku Temenggong tidak diumumkan hadir. Turut hadir ialah Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz. Suasananya amat tenang, harmonai dan terasa keberkatannya.

Pada malam majlis solat hajat itulah, Setiausaha Sulit (tidak Sah) kepada Sultan, Datuk Wan Hshim telah ditahan polis ekoran daripada laporan polis (antaranya dibuat oleh Datuk Abdul Halim, Pengelola Istana dan Haji Shafii Ismail, Penolong Setiausaha kerajaan Negeri atas dakwaan membuat kenyataan palsu berhubung dengan pemecatan Pemangku Raja dan perlantikan abang Tengku Razaleigh, Yang Mulia Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah sebagai Pemangku Raja menggantikan Tengku Muhammad Fariz yang merupakan tengku Mahkota Kelantan.

Logiknya polis bertindak demikian, kerana kesan sidang media Wan Hashim itu, telah wujud keresahan, rasa malu dan tercabar maruah rakyat negeri Kelantan atas gambaran pemecatan Pemangku Raja. Di samping muncul pula, syak wasangka yang tidak ketahuan atas keadaan kesihatan Al-Sultan yang didakwa telah bertitah memecat Pemangku Raja.

Jika benar berlaku titah itu bermakna Al-Sultan telah sihat, dan sewajarnya Tuanku Al-Sultan boleh kembali bertakhta semula tanpa melantik Pemangku Raja lagi. Inikan pelik, Pemangku Raja dipecat Pemangku Raja lain pula dilantik. Maka, pihak rakyat jelata menghitungnya dan terjumpa jawapannya ialah Tuanku Al-Sultan sebenar tidak bertitah sebaliknya masih belum boleh bertitah.

Atas logik itulah, polis bijak mempertimbangkan bahawa Wan Hashim perlu dikurung dan dihadapkan ke muka pengadilan kerana mempalitkan institusi istana, majlis perajaan dan pemangku raja.

Jika di parlimen heboh digegarkan pembohongan Datuk Seri Mohd Zaharain yang mempalitkan Datuk Seri Anwar dengan Yang Di-Pertuan Agung dan Angkatan Tentera berkaitan agenda 16 September, maka pihak polis berjanji untuk menyiasat Datuk Seri Anwar. Justeru itu, kini telah jelas Wan Hashim telah mempalitkan nama-nama 'diraja' yang sudah tentu polis tidak boleh berdiam diri.

Kini, Wan Hashim telah ditangkap dan majlis sambutan keputeraan bakal disambut. Maka, dijangkakan pihak Pemangku Raja akan memanggil orang besar-besar Negeri dan Negara berhimpun di Istana Balai Besar pada pagi 30 Mac ini.

Harapan rakyat jelata tidak ada lagi pihak yang akan menganggu tugas Pemangku Raja menjalankan penganugerahan pingat dan darjah kebesaran Negeri Kelantan.

Semuga Tuhan Yang Esa memberkati pemerintahan Tuanku dan menganugerahi keselamatan dan kesejahteraan berpanjangan ke pangkuan Al-Sultan dan Pemangku Raja.

"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan