Selasa, 30 Mac 2010

Isnin, 29 Mac 2010

AJK UMNO Bahagian Tanah Merah ditangkap khalwat


TANAH MERAH - Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 54 tahun yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di sebuah hotel di jajahan ini, malam kelmarin.

Lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya pada kira-kira jam 1.30 pagi dalam operasi maksiat yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah bersama lapan anggota penguat kuasa yang diketuai oleh Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail serta ahli Rukun Tetangga (RT) kawasan setempat.

Ahad, 28 Mac 2010

Keputeraan Sultan Kelantan



Oleh: wanibrah

"Pada 30-31 Mac nanti akan berlangsung sambutan keputeraan Al-Sultan Kelantan bagi tahun ke-60. Sebelum ini, 25 Mac (Khamis) malam Jumaat telah diadakan solat hajat dan doa selamat untuk Al-Sultan Kelantan dan hari Haul al-Marhum Sultan Yahya Petra (nenda Pemangku Raja Kelantan sekarang, Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Faris Petra) diadakan di Masjid Muhammadi.

Rabu, 24 Mac 2010

Ayat Kursi Sebelum Tidur


Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah. Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."

Menyenaraihitamkan Ahli Parlimen Seksis


Oleh Wanita Pakatan Rakyat

Wanita Malaysia tidak akan memilih calon-calon Ahli Parlimen yang seksis dalam pilihan raya akan datang.

Anutan seksisme (sexism) membawa pemikiran bahawa satu gender adalah lebih inferior atau lemah dari yang lainnya. Ia juga bermaksud mendiskriminasi gender dan tidak mempeduli soal memelihara maruah dan martabat gender, lelaki atau wanita.

Isnin, 15 Mac 2010

Hujan Rahmat

KOTA BHARU- Hujan yang turun mencurah selepas majlis solat Istisqa diketuai oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi kelmarin memberi rahmat kepada petani di negeri ini.

Ahad, 14 Mac 2010

Sumbangan Kepada mangsa Kebakaran

GUCHIL – Sumbangan berterusan dihulurkan kepada mangsa kebakaran yang berlaku dekat Guchil 6, Khamis lalu bagi membantu mereka menampung keperluan harian apabila semuanya musnah dalam kejadian yang berlaku kira- kira jam 4.30 pagi itu.

Melalui Tabung Serambi Mekah, Pejabat Jajahan Kuala Krai juga turun padang menghulurkan bantuan kepada semua sembilan mangsa terlibat dekat sini semalam.

Mazlan akan saman pengurus Felda, polis

Sumber : Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Pengerusi Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman bertegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengurus Felda Lembah Klau dan juga pihak polis ekoran tindakan mereka menahannya daripada mengadakan dialog bersama peneroka.

Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, peguamnya, Mohd Harris Abdullah sedang dalam proses memfailkan saman malu terhadap kedua-dua pihak terbabit dan dijangka ianya akan mengambil masa lebih kurang sebulan daripada tarikh beliau ditahan.



"Saya mendapat nasihat daripada peguam saya untuk mengenakan tindakan saman malu terhadap pengurus Felda dan pihak polis kerana telah memalukan dan menjatuhkan maruah saya di hadapan khalayak ramai.
"Peguam saya akan tentukan jumlah saman yang akan dikenakan dan saya berani katakan, jumlahnya melibatkan juta. Saya dilayan seperti seorang penjenayah yang melakukan kesalahan besar sedangkan saya pergi ke Felda Lembah Klau kerana menghadiri jemputan warga Felda," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, petang ini.

Selasa lepas, Mazlan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub ketika membuat laporan polis berhubung tindakan pihak pengurusan Felda Lembah Krau yang cuba menahannya daripada mengadakan dialog dengan penduduk Felda berkenaan.

Beliau ditahan selama dua malam mengikut Seksyen 441 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih enam bulan dan didenda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Insiden itu berlaku selepas Mazlan mengadakan satu majlis dialog di rumah sebuah peneroka di Felda berkenaan lalu ada seorang pegawai Felda datang menghalang kerana kononnya tidak mempunyai permit.

Beliau bagaimanapun dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Raub dengan bon polis RM3,000 dengan seorang penjamin pada Khamis lepas.

Menurut Mazlan, ekoran insiden itu, Felda mengeluarkan satu surat pekeliling yang melarang beliau masuk ke mana-mana Felda untuk mengadakan dialog atau sebagainya.

"Ceramah saya malam ini pun terpaksa dibatalkan kerana pemilik premis terbabit menerima pelbagai ugutan daripada pihak Felda agar tidak membenarkan saya berceramah di situ.

"Mana perginya Fasal 10 Perlembagaan yang mengatakan kita ada hak untuk berhimpun?” soalnya.

Mazlan yang sudah berbelas tahun bergerak aktif dalam memperjuangkan nasib peneroka Felda di seluruh negara bagaimanapun menegaskan tidak akan berganjak daripda perjuangannya membela nasib peneroka yang tertindas sejak sekian lama.

"Saya tidak akan berganjak daripada perjuangan saya membela warga Felda yang hanya menjadi pak turut kepda kerajaan selama ini.

"Sebagai ahli sebuah NGO yang berjuang untuk warga Felda, saya akan terus memberikan maklumat kepda peneroka tentang hak mereka yang dinafikan selama ini, terlalu banyak isu penyelewengan dalam Felda yang disembunyikan kerajaan," tegasnya.

Ditanya mengenai status Anak yang dikatakan haram oleh ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan baru-baru ini kerana mendakwa telah ada Majlis Belia Felda yang menguruskan kebajikan peneroka, Mazlan berkata, ianya bukan isu utama sebaliknya apa yang diperjuangkan badan bukan kerajaan itu harus diberi perhatian.

"Saya tidak mahu layan soal status haram atau tidak. Saya pun boleh persoalkan NGO bawah mereka haram atau tidak. Apa yang penting Anak ditubuhkan untuk membela nasib peneroka yang telah lama menjadi mangsa penindasan kerajaan yang pentingkan keuntungan," katanya.

Rabu, 10 Mac 2010

Konsert Hiburan Alternetif 2010

Kumpulan Saujana & Kumpulan Dikir Hijra
h
bertempat di Dataran Sri Guchil (Bazar Ramadhan)
pada 12 mac 2010 hari Jumaat pukul 9.00 malam.
Semua dijemput hadir... masuk percuma...!!!
(Anjuran: Pemuda PAS Kuala Krai & Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan)