Rabu, 25 November 2009

Sambal Daun Kunyit Petai




BAHAN-BAHAN:

9 tangkai cili merah

2 helai daun kunyit

2 papan petai (jangan buang kulit)

1 labu bawang besar

1 keping asam gelugur

3 ulas bawang putih



CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan sedikit minyak, dan tumis kedua jenis bawang hingga kuning.

2. Kemudian masukkan cili kisar, petai, daun kunyit, asam gelugur, garam dan gula.

3. Tumis hingga garing.


PM Mesra Judi


Oleh tok pepijat

Malaysia sebuah Negara Islam berjaya meraut hasi judi sebanyak RM2.37 bilion pada tahun 2008. Begitulah "kejayaan" negara kita. Bukan sahaja berjaya menganjurkan Musabaqah Al Quran setiap tahun bahkan berjaya mengutip hasil judi berbilion RM. Tiada diketahui adakah penganjuran Musabaqah pakai duit hasil judi begitu juga dengan pembinaan masjid-masjid di seluruh negara.


Elok rasanya pamerkan kejayaan UMNO ini dengan mengadakan memacak billboard gergasi di jalan-jalan utama di seluruh negara. Cantik lagi pacakkan signboard di kawasan masjid-masjid utama seperti Masjid Negara, Masjid Putrajaya dan Masjid Negeri. Sama seperti signboard "Bahaya Dadah" yang sekarang terpacak di setiap kawasan masjid.

Malu apa weeh! Minta saudagar-saudagar judi menaja signboard ini. Takkan mereka kedekut. Mereka dah untung berjuta-juta weeh! Minta Menteri KAGAT dan Ustazah Mashitah ambil tindakan proaktif ini.

Jika tahun 2008 dikenali Tahun Islam Hadhari Pak Lah pun sudah raut keuntungan RM2.37 bilion, berapakah hasil tahun 2009 Tahun 1Malaysia? Sebaik sahaja Najib jadi Menteri Kewangan, beliau telah meluluskan puluhan lesen judi terutama cabutan mingguan. Masa itu Najib belum jadi PM. Bayangkan kini beliau telah jadi PM, tentulah berjoget sakan saudagar judi mendapat"syafaat" Najib
http://tokpepijat.blogspot.com/

Selasa, 24 November 2009

Sajak Buat Tok Guru

Oleh: Bumi Perak

Tok Guru,

Aku tak tau dah banyak mana airmata Tok Guru yang mengalir sepanjang perjalanan perjuangan Tok Guru.
Aku tak tau dah banyak mana tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan terhadap Tok Guru.
Aku tak tau dah banyak mana kesedihan dan keperitan yang dialami oleh Tok Guru.


Tapi aku tau sejauh mana keikhlasan Tok Guru dalam memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan.
Aku tau sejauh mana pengorbanan yang telah dilakukan oleh Tok Guru.
Aku tau sejauh mana kejujuran Tok Guru dalam menanggung amanah yang diberikan.

Dan aku sakit hati bila ada orang melakukan khianat terhadap Tok Guru.
Aku sakit hati bila ada orang yang menuduh dan memfitnah Tok Guru.
Aku sakit hati bila ada orang yang cuba menjatuhkan Tok Guru.

Jangan diambil sedekah orang yang khianat.
Jangan diambil budi orang yang berperangai iblis.
Jangan diambil peduli mereka yang cuba mengkhianati Tok Guru.

Aku masih menghormati Tok Guru sebagai pemimpin rakyat.
Aku masih menghormati Tok Guru sebagai pemimpin masyarakat.

Sebab aku tahu
Pengorbanan Tok Guru adalah untuk rakyat.
Air mata Tok Guru adalah airmata untuk rakyat.
Dan doa Tok Guru adalah doa untuk rakyat.



Aku tak ada duit nak sponsor Tok Guru.
Dan aku tau Tok Guru juga tak perlu duit aku untuk pergi Mekah.
Tapi aku sakit hati, bila niat Tok Guru untuk ke Mekah di putarbelitkan oleh orang lain.

Hari ini aku jual getah.
Lepas tolak duit beras.
Lepas tolak duit gula dan kopi.
Lepas tolak duit belanja anak kesekolah.
Lepas tolak duit bayar bil air dan api.
Lepas tolak bayar duit streamyx.

Aku masih ada RM2.00 untuk aku sedekahkan kepada Tok Guru.
Supaya Tok Guru dapat mengerjakan Haji pada tahun ini.
Supaya Tok Guru dapat berdoa didepan Kaabah untuk kesejahteraan kami.
Supaya Tok Guru dapat terus berjuang untuk kebebasan kami.

Dan aku percaya, masih ramai diluar sana yang akan bersetuju dengan aku.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan wang rakyat.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan duit penoreh getah, duit petani, duit penjaja, duit pekerja kilang, duit nelayan.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan penuh keikhlasan.

Kita tidak mengharapkan pembalasan.
Kerana kita tahu…

Pengorbanan Tok Guru adalah untuk rakyat.
Keikhlasan Tok Guru adalah untuk rakyat.
Airmata Tok Guru adalah untuk rakyat.
Doa Tok Guru adalah untuk rakyat.

Kita buktikan….
Bahawa Tok Guru sentiasa dekat dihati rakyat

Cikgu Paparazi




JOHOR BAHRU: Misi sekumpulan guru yang terpaksa menjadi ‘paparazi’ selama hampir dua bulan bagi menangani masalah pelajar ponteng di sebuah sekolah di bandar raya ini berjaya merakamkan kira-kira 50 gambar dan video pelajar terbabit melakukan pelbagai kegiatan tidak berfaedah dan bermoral termasuk menonton filem lucah beramai-ramai.

Semuanya akan dijadikan bahan bukti untuk didedahkan pada ibu bapa, sekali gus membuka mata mereka berhubung sikap sebenar anak masing-masing di sekolah berbanding ketika di rumah.

Pengurusan Sekolah Menengah Tun Syed Nasir di sini, terpaksa mengambil pendekatan berbeza daripada kebiasaan itu bagi membendung gejala ponteng di kalangan pelajar sekolah berkenaan yang meruncing terutama pada beberapa hari terakhir sebelum tamat penggal persekolahan 2009, Jumaat lalu.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Abdullah Abdul Rahman, berkata langkah itu terpaksa diambil memandangkan timbul keresahan di pihak sekolah dan ibu bapa berikutan bilangan pelajar sekolah berkenaan ponteng pernah mencecah kira-kira 100 orang setiap hari.

Katanya, bilangan pelajar di sekolah berkenaan kira-kira 2,000 orang, namun gejala ponteng sekolah tidak sepatutnya diberi pengecualian dengan mengambil kira jumlah keseluruhan pelajarnya, kerana ia ibarat barah yang boleh merosakkan badan manusia jika tidak dirawat di peringkat awal.


“Sekumpulan guru yang ditugaskan mengawasi pergerakan kumpulan pelajar yang disyaki sebagai kaki ponteng dengan menjadikan lorong berhampiran kawasan sekolah sebagai tempat melepak merakam pelbagai aksi mengejutkan kami.

“Mereka bukan saja berfoya-foya, malah ada yang melepak di kediaman rakan sehingga tamat waktu persekolahan dengan bermain terup, merokok, melakukan vandalisme dan paling mengejutkan ialah menonton filem lucah beramai-ramai,” katanya selepas Seminar Budaya Lepak, Maksiat dan Jenayah di sekolah berkenaan, kelmarin.

Majlis dirasmikan Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Asisten Komisioner Mohd Nor Mansor yang turut menyampaikan sijil kepada peserta.

Abdullah berkata, semua gambar dan rakaman itu akan dipertontonkan kepada ibu bapa terutama bagi mereka yang tidak mengakui kesalahan anak masing-masing atau tidak menyedari perbuatan anak-anak terbabit dengan gejala ponteng sekolah.

“Tindakan ini bukan untuk membuka pekung sesiapa, tetapi lebih kepada menimbulkan kesedaran kepada pihak terbabit dan menunjukkan pihak sekolah berusaha melakukan sesuatu bagi membendung gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar,” katanya.

Menurutnya, PIBG merancang melakukan pemeriksaan mengejut di lokasi yang dikenal pasti sebagai ‘port’ pelajar ponteng sekolah menghabiskan masa dengan membawa bersama ibu bapa pelajar yang disyaki.

Menurutnya, ibu bapa harus sedar peranan mereka juga penting dalam memastikan anak-anak yang keluar rumah pada hari persekolahan, benar-benar sampai di sekolah dan tidak melencong ke tempat lain.

“Hasil rakaman dan gambar itu membantu kami mengurangkan kes pelajar ponteng sekolah, di mana rekod terakhir menunjukkan bilangan pelajar ponteng sekolah ialah kira-kira 30 orang berbanding 100 sebelumnya,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nor berkata, pihak pentadbiran sekolah dan guru harus memainkan peranan bagi membendung masalah pelajar ponteng sekolah.

Katanya, polis sentiasa membuka pintu kepada pihak sekolah untuk mendapatkan pandangan dan nasihat berhubung tindakan ke arah membendung gejala tidak sihat membabitkan pelajar.

“Gejala ponteng sekolah tidak seharusnya berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Apabila lebih 100 orang dikatakan ponteng sekolah setiap hari, ia sesuatu yang serius dan perlu ditangani segera,” katanya.

Semakin Ramai Rakyat Malaysia Cari Harta Melalui Internet




KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Semakin ramai rakyat Malaysia yang beralih kepada Internet untuk mencari harta untuk dibeli, kata Pengerusi Eksekutif Kumpulan iProperty.com Malaysia, Patrick Grove.

"Meskipun dalam kelembapan ekonomi sekarang, iProperty.com Malaysia tetap popular kerana semakin ramai rakyat Malaysia beralih kepada 'online' untuk mencari harta," katanya.

Grove berkata syarikat itu, yang menawarkan pangkalan data harta untuk dijual atau disewa secara online yang terbesar di negara ini, mencatatkan peningkatan purata lalu lintas laman web sebanyak 15 peratus secara perbandingan bulan ke bulan.

Sementara itu, iProperty.com Malaysia muncul sebagai pemenang anugerah Media Online Terbaik 2009 dengan mengalahkan calon-calon kesukaan ramai seperti Google, Yahoo!, dan Microsoft.

"Sedang kebanyakan syarikat berhempas pulas mempertahankan perniagaan dan menambah baik kedudukan pasaran masing-masing selepas kelembapan ekonomi baru-baru ini, namun iProperty.com Malaysia berupaya kekal sebagai portal harta nombor satu di Malaysia." kata Grove.

iProperty.com Malaysia, yang dilancarkan pada 2007, mempunyai 80,000 senaraian harta secara online.

-- BERNAMA

Tiada Cadangan Hapus Perlindungan Insurans Kereta Lama



KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kerajaan tidak bercadang menidakkan perlindungan insurans bagi kereta lama serta kenderaan berharga bawah RM10,000, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga tidak bercadang untuk menghapuskan keperluan perlindungan pihak ketiga yang merupakan keperluan wajib di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata kesukaran orang ramai untuk mendapatkan perlindungan insurans pihak ketiga adalah ekoran kerugian yang dialami oleh penanggung insurans akibat kos tuntutan yang sangat tinggi bagi perlindungan pihak ketiga yang tidak setimpal dengan premium yang dikenakan.


"Sungguhpun penanggung insurans semakin berhati-hati menawarkan perlindungan insurans motor pihak ketiga secara individu, orang ramai boleh mendapatkan perlindungan berkenaan melalui "Malaysian Motor Insurance Pool" (MMIP) yang merupakan suatu pakatan industri di mana penanggung insurans berkongsi premium dan tuntutan secara sama rata," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) di Dewan Rakyat yang menanyakan adakah menjadi polisi kerajaan untuk menidakkan perlindungan insurans kereta lama berusia 10 tahun dan ke atas, serta kenderaan berharga RM10,000 ke bawah.

Semasa membentangkan Bajet 2010 bulan lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan bahawa satu skim insurans akan diperkenalkan kepada rakyat pada harga premium yang berpatutan dengan tahap perlindungan yang ditawarkan.

"Skim yang akan mengatasi masalah kesukaran mendapatkan perlindungan insurans pihak ketiga ini juga akan mempunyai proses tuntutan insurans yang cepat dan mudah," katanya.

Beliau berkata Kementerian Kewangan, Bank Negara dan Kementerian Pengangkutan kini dalam proses mengkaji penerapan suatu mekanisme skim insurans motor yang bersesuaian.

"Ini adalah di samping kajian holistik yang sedang dijalankan untuk mencapai peningkatan dalam akses, kecekapan dan kemampanan sektor insurans motor dan butir-butir lanjut mengenai mekanisme berkenaan akan diumumkan kelak," katanya.

-- BERNAMA

Dr Asri persoal pegawai JAIS 'kutuk' Hadi, Nik Aziz


Azamin Amin
KUALA LUMPUR, 24 Nov: Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin mempersoalkan tindakan seorang pegawai JAIS yang terlibat dalam kes beliau, yang turut mengutuk Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pegawai terbabit yang juga AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor dikatakan turut menyesatkan kedua-dua tok guru itu dengan tuduhan wahabi.


"Dii sini disertakan tulisan-tulisan pegawai JAIS yang terlibat dalam kes saya. Tulisan-tulisan ini dipetik dari blognya. al-Subki adalah nama penanya.

"Tulisan-tulisan menunjukkan beliau juga turut menyesatkan YAB Nik Aziz dan YB Hj Abd Hadi dengan tuduhan wahabi. 'Anak Pak Wahab' itu merujuk ke pengikut wahabi." kata Dr Asri kepada Harakahdaily.

Tinjauan Harakahdaily mendapati terdapat satu carian alsubki2.blogspot.com di bawah nama Ustaz Mahfuz Muhammad @Hj. Khalil, dipercayai AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor terbabit.

Terdapat satu tulisan Mahfuz bertarikh 18 March 2009 dibawah tajuk "Dari blog Ahli Sunnah Wal Jamaah Diari - Mesyuarat Anti Wahabi" berhubung penentangan untuk mengekang gerakan fahaman Wahabi di negara ini.

"Untuk penjelasan lanjut, boleh layari laman blog sahabat saya al-subki.blogspot.com. yang membicarakan dengan lebih terperinci lagi mengenai fahaman ini. Atau sekiranya ada soalan, saya akan cuba memberi jawapan sebaik mungkin," tulis Mahfuz dalam blognya.

Harakahdaily bertanya kenapa blog asal al-subki ini telah bertukar, Dr Asri menjawab ianya disebabkan oleh satu kes yang berlaku, yang tidak mahu didedahkan beliau.

"Dia ini telah mengutuk dan menghina Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Hadi lebih dulu daripada saya.

"Orang seperti ini tidak boleh dibiarkan, sehingga ramai marah dan jika dibiarkan akan semakin melampau," katanya yang merujuk keratan yang diemaikan kepada Harakahdaily.

Tiga keratan antaranya bertarikh 26 Jun 2008, membabitkan kutukan beliau terhadap Nik Aziz dan Abdul Hadi.

Salah satu keratan di bawah tajuk "Nik Aziz dan Allah duduk lendik atas arash" memuatkan petikan dipercayai daripada tulisan pegawai terbabit yang antaranya berbunyi :"Kalau di lihat sejarah beliau di Kelantan sejak pulang dari luar negeri telah dilihat membawa fahaman songsang..."

Dr Asri membangkitkan apakah pegawai JAIS 'dibiarkan' oleh Kerajaan Selangor dengan tujuan tertentu dan sewajarnya satu tindakan perlu diambil berhubung isu ini.

"Apakah ini pendirian Kerajaan Selangor, atau hanya JAIS?" katanya yang mahu perkara ini didedahkan untuk pengetahuan umum.

Royalti Petroleum: Ku Li setuju sertai kaukus khas parlimen


Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 24 Nov: Ahli Parimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bersetuju untuk bersama pakatan Rakyat dalam Kaukus Khas Parlimen berkaitan royalti petroleum.

Ketua pembangkang di parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu memaklumkan perkara itu mencadangkan agar Tengku Razaleigh mempengerusikan kaukus berkenaan.

"Saya dimaklumkan oleh Tengku Razaleigh, beliau setuju bersama dengan kaukus petroleum,"

"Kita (Pakatan Rakyat) cadangkan Tengku Razaleigh mempengerusikan kaukus ahli-ahli parlimen ini," katanya katanya dalam satu sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di parlimen petang tadi.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh yakin Tengku Razaleigh dapat membuktikan pentafsiran yang tepat berhubung perkara itu memandangkan beliau merupakan bekas Pengerusi Petronas.


"Saya percaya dengan latar belakang dan pengalaman Ku Li beliau akan dapat membantu," katanya lagi.

Menurut Anwar juga, kaukus berkenaan akan turut memanggil wakil dari parti komponen Barisan Nasional termasuk negeri-negeri pengeluar petroleum.

"Kita akan mencadangkan supaya kaukus ini mewakili semua parti dan kita akan menjemput wakil Umno, MCA dan lain-lain selain Pakatan terutamanya negeri-negeri-negeri pengeluar minyak iaitu Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak," ujarnya.

Anwar juga memberitahu, beliau akan memaklumkannya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhammad Nazri Aziz yang menyelia hal parlimen.

"Sebagai prosedur, selepas Pakatan bersetuju, kita akan maklumkan kepada Datuk Nazri sebagai menteri yang bertanggungjaawab kemudian kepada wakil parti yang lain.Selama ini belum ada kesediaan parti-parti yang lain yang turut hadir beberapa perjumpaan," ujarnya.

Draf rang undang-undang mengenai petroleum juga ujarnya akan dibentangkan untuk dibahaskan pada sesi parlimen akan datang.

"Draf rang undang-undang mengenai petroleum yang akan jelaskan kedudukan dan bidang kuasa negeri kita siapkan dan cuba kita bentangkan untuk dibahaskan dalam sesi parlimen akan datang," katanya.

18 November lalu, Anwar, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh bagi mencadangkan beliau mengetuai kaukus tersebut.

Penubuhan kaukus khas parlimen ini dilihat mempu mencari jalan paling munasabah untuk menyelesaikan isu tersebut.

Isnin, 23 November 2009

Spekulasi Husam letak jawatan propaganda murahan

SHAH ALAM – Pas Pusat menafikan spekulasi Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa berhasrat melepaskan semua jawatan dalam parti dan Kerajaan Negeri sebaliknya menganggap kenyataan itu sebagai propaganda murahan UMNO berniat jahat memecahbelahkan parti itu
.


Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, UMNO melalui media arus perdananya sengaja mencetuskan propaganda murahan itu bagi mempengaruhi rakyat kononnya Pas sedang menghadapi krisis dalaman yang sangat kritikal.

“Perkara ini tidak pernah berlaku dalam politik Pas dan ini jelas sebagai satu pembohongan. Malah, sewaktu Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat semalam, Datuk Husam hadir dan tidak timbul langsung isu ini.SH

Pembatalan permit ceramah Anwar,Polis ikut telunjuk Pemuda Umno


PETALING JAYA, Nov 23 — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa membatalkan ceramahnya di Kulai, Johor malam tadi ekoran bantahan Pemuda Umno.

Anwar dalam kenyataannya menyebut ekoran bantahan kira-kira 30 ahli Pemuda Umno polis daerah menarik balik permit yang telah pun dikeluarkan.

Turut dijadual berucap bersama Anwar ialah bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng yang menyertai PKR pertengahan tahun ini.


"Ceramah saya dan Datuk Chua Jui Meng di Kulai terpaksa dibatalkan kerana permit yang telah pun dikeluarkan, ditarik balik selepas mendapat bantahan dari kira-kira 30 orang pemuda Umno. Hanya Tian Chua dan Dr Boo Cheng Hau sempat berceramah," katanya.

Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Ketua Pembangkang di Parlimen menambah, alasan yang diberikan oleh Ketua Polis Daerah ternyata tidak masuk akal.

"Apakah selepas ini jika rakyat beramai-ramai membantah sebarang majlis anjuran Umno, maka ia akan dibatalkan?

"Saya hanya berkesempatan menyampaikan amanat sekitar 10 minit kepada hadirin sebelum mereka bersurai.

"Tidak wajar polis mengikut telunjuk Umno dan akur kepada sebilangan ahli yang bersikap biadap," kata Anwar.TMI

Nik Aziz nafi laporan Husam mahu letak jawatan



Salmah Mat Hussin
KOTA BHARU, 22 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan desas desus bahawa Exco Kelantan, Datuk Husam Musa mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan seperti dilapor media Umno BN semalam.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya pagi ini, Nik Aziz memberitahu, Husam juga tidak pernah menghantar surat meletak jawatan sepeti yang didakwa.


Media kerajaan semalam melaporkan Nik Aziz memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran kerana didakwa mahu meletakkan jawatan.

Menurut Nik Aziz, Husam diberi cuti rehat ekoran beliau perlu menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.

Husam ujarnya ada bertemu dengan beliau di pejabatnya minggu lalu untuk memberitahu bahawa doktor menasihatkan beliau masuk hospital dan berehat selama lima hari kerana masaalah tulang belakangnya.

“Itu lah sebenarnya tak lebih tak kurang. Masalah nak undur langsung tak timbul, baik dalam kepala dia, baik dalam kepala saya.

“Saya baru terbaca sebuah surat khabar hari ini, saya rasa amat terkejut di atas laporan sebuah akhbar hari ini muka depan, tajuk dia Husam letak jawatan, walaupun ada tanda soal,”ujarnya.

Nik Aziz berkata, tiada sebab Husam mahu melepaskan semua jawatannya termasuk sebagai anggota exco kerajaan negeri yang menjaga portfolio perancangan ekonomi dan kewangan.

“Kalau benar sekalipun Husam memohon untuk melepaskan jawatannya, saya tetap tidak akan mengizinkannya, kerana kebijaksanaan dia telah berjaya menyelesaikan pelbagai masaalah rakyat sama ada di peringkat negeri mahupun politik Malaysia,”ujarnya.

“Husam ni saya nak sebut, Allah Taala buat dia bukan sahaja untuk Kelantan, tetapi untuk Malaysia, budaknya cerdik, pengalamannya banyak, dan pemikirannya jauh ke depan.

“Dan sekarang ni rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam termasuk dengan mengambil tanah Felcra, termasuk mengadakan kifalah yang banyak sehingga dapat dimanafaatkan oleh wasi…OKU dan ramai lagi yang terima banyak manfaat hasil pemikiran Husam.

Sebelum ni, tambahnya beliau tidak pernah menyebut perkara itu, (keistimewaan Husam) sebab takut perasaan anggota exco lain berkecil hati, lagipun exco lain mempunyai portfolio masing-masing.

Tetapi, sambungnya portfolio kewangan yang dipegang oleh Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri banyak memberi manfaat kepada Kelantan dan rakyatnya.

“Tiba-tiba orang kita suka buat cerita (Husam letak jawatan) letak muka depan ni akan mengguriskan hati orang sakit.

"Sudahlah dia sakit, macam ni boleh menambahkan kerisauan dia, rungsing,”ujarnya lagi.

Perkara itu katanya tidak seharusnya berlaku apa lagi sekarang umat Islam berada dalam bulan haji, iaitu bulan Zulhijjah.

Sambungnya, sebagai umat Islam setiap orang dikehendaki membuat kebajikan, puasa sunat, sembahyang sunat, menderma kerana bulan ni bulan Allah Taala di mana bulan ini Allah telah menurunkan malaikat dari langit ke bumi untuk memimpin manusia menuju ke syurga.

“Tetapi dukacitanya wartawan kita masih suka mengkrobek hal peribadi orang, termasuk menuduh orang-orang tertentu dengan sesuatu yang mengejutkan.

“Wartawan kita suka mencari benda panas walaupun perkara tu tak betul tetapi panas, dia fikir untuk melariskan jualan akhbar dia, dia tak fikir ianya boleh melukakan hati orang lain, fikiran orang tergugat, dia tak kira. Ini suatu perkara yang dukacita dalam masyarakat wartawan kita.

Pada masa yang sama beliau turut mempersoalkan kenapa wartawan Melayu bersifat sedemikian yang lebih mementingkan sensasi dari kebenaran sehinggakan pada masa yang sama beliau mempersoalkan wartawan berkenaan tidak mendapat kursus atau bagaimana.

“Adakah wartawan ni hanya pandai ambil kalam… kertas dan tulis tulis… tiada kursus ke wartawan ni…apa ni lagu ni, malu kita pada wartawan cina, wartawan cina lebih pandai pada wartawan kita,”sambungnya lagi.

Datuk Husam Musa ketika dihubungi Harakahdaily bagaimanapun hanya menasihatkan semua agar tidak bimbang dengan perkembangan terbaru itu.

"Harap semua jangan bimbang, baca posting saya dalam (blog) cetusan hati," katanya melalui khidmat pesanan ringkas, SMS.

Penggunaan Kalimah “ALLAH"

Oleh Dr Muhd Nur Manuty

Merujuk kepada rentetan pelbagai kontroversi berterusan yang masih wujud berhubung penggunaan kalimah 'Allah' oleh pelbagai agama selain dari agama Islam di negara kita Malaysia sekarang ini, maka BIPPA PKR sukacita menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.

Kami berpendirian bahawa, keinginan rakyat bukan Islam menggunakan kalimah "Allah" sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang sangat positif dan perlu diterima secara terbuka dan berlapang dada. Umat Islam di Malaysia tidak perlu menjadi gelisah dan "over react" dengan pelbagai andaian dan kemungkinan dengan fenomena yang dikata baharu ini.



Sesungguhnya, kami melihat bahawa fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani sejak dari azali lagi bahawa kesemua manusia memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmanya yang bermaksud:

"Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah..." (Al Quran, Az-Zumar (39):38).

Adalah jelas bahwa penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam telah berlaku sejak dari dahulu lagi, khususnya bagi para penganut agama samawi. Sebahagian dari kitab suci mereka memang menggunakan kalimah Allah (terutama di Timur Tengah).

Di dalam kehidupan harian mereka hari ini, penggunaan Bismillah, Alhamdulillah, Masya Allah, Astaghfirullah, Wallahi dan sebagainya bukanlah suatu yang pelik dan janggal. Di Indonesia, penggunaan kalimah Allah di gereja-gereja memang telah lama menjadi kebiasaan.

Begitu juga bagi bagi penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak. Adalah jelas bahawa menggunakan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan.

Hak ini perlu dihormati dan tidak boleh dihalang. Bukankah Allah itu Tuhan untuk semua - Rabbul `aalamiin atau Lord of the Universe?Maka itu, kami melihat fenomena ini adalah bertepatan dan serasi dengan wadah dan perjuangan KeADILan selama ini.

Malahan, perjuangan untuk menegak yang makruf dan mencegah kemungkaran akan menjadi lebih mudah dan selesa sepertimana firman Allah:"Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)" (Surah Ali `Imran(3):64).

Sekian.
Terima kasih.
Dr. Muhd Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA)
Parti KeADILan Rakyat.
22 November 2009

Tabayyun Dalam Islam - Tafsir ayat 6 - 8 Surah Hujurat

Oleh DPPNT

6. Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.

7. Dan Ketahuilah! bahawasanya Dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu Dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara Yang diwahyukan kepadaNya, dan kamu Wahai orang-orang Yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara Yang kamu cintai serta di perhiaskannya Dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara Yang kamu benci; mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang tetap menurut jalan Yang lurus; -

8. (Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.




ASBABUL NUZUL AYAT 6

Ayat 6 surah al hujurat mengajar kita agar berhati-hati dalam menerima berita dari orang-orang fasik. Sebab nuzul atau turunnya ayat ini ialah bersempena kisah seorang muslim yang bernama al Walid bin Uqbah bin Abi Mu’id yang diutuskan oleh Nabi Muhammad salallahu alaihi wasallam untuk memungut harta sedekah dari Bani Mustaliq. Kemudian apabila beliau ke Kampung Bani Mustaliq, tiba-tiba beliau melihat penduduk kampung ramai-ramai keluar untuk menunaikan sedekah. Al Walid menyangkakan mereka sudah murtad lalu lari ke Madinah menghadap Baginda Nabi sallalahu alaihi wasallam, lau menceritakan apa yang berlaku. Setelah mendengar berita itu, baginda mengarahkan kerahan bala tentera untuk menyerang kampung Bani Mustaliq Baginda melantik Khalid al Walid sebagai pemimpin bala tentera. Khalid Al Walid bertindak menghantar perisik ke kampung tersebut untuk menyiasat apa yang berlaku. Sesampainya di sana, mereka terdengar suara azan dan melihat orang kampung menunaikan solat. Ternyata mereka tidak murtad sebagaimana didakwa oleh Walid bin Uqbah. Lalu Khalid al Walid dan bala tentera Islam kembali ke Madinah bertemu Rasulullah. Kemudian Allah menurunkan ayat 6 surah al hujurat sebagai teguran dan panduan buat orang beriman dalam menerima khabar berita dari orang fasik.




PENGERTIAN FASIK

Fasik ialah orang yang keluar dari garis panduan Islam. Menurut syara’, fasik ialah orang yang mengerjakan dosa-dosa besar atau mengekalkan dosa-dosa kecil.



PENGAJARAN

Sabda nabi sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud, ”Berhati-hati itu dari Allah dan terburu-buru itu dari syaitan.”

Kalau di zaman Rasulullah sudah ada orang-rang Islam yang membawa berita palsu dan tidak betul, maka di zaman kita ini lebih-lebih lagi, terutamanya melalui media massa yang ada sekarang ini seperti tv dan akhbar. Ditambah pula dengan teknologi internet yang sedang berkembang maju, dunia hanya di hujung jari, berita-berita cepat tersebar tanpa mempedulikan sama ada betul atau tidak. Yang penting ialah sensasi berita itu. Kebenaran menjadi perkara kedua dalam pertimbangan. Sebahagian rakyat bagaikan mendapat kedai kopi kedua di mana mereka bincangkan isu-isu semasa sama ada politik, ekonomi, sosial, agama dan lain-lain dalam internet.

Lebih teruk lagi, ada individu tertentu seolah-olah menjadikan internet terutamanya blog-blog sebagai tempat menyelesaikan masalah dalaman gerakan Islam. Blog dan laman web sebagai media baru sangat berkesan dalam menyampaikan maklumat-maklumat terkini kepada masyarakat. Keburukannya ialah mereka tidak dapat membezakan yang mana benar dan yang mana salah. Ini kerana hilangnya kemahiran yang diajar oleh Allah s.w.t. melalui ayat di atas agar kita menyelidik berita yang disampaikan, lebih-lebih lagi di zaman kefasikan masa kini.



TAFSIR AYAT 7

7. Dan Ketahuilah! bahawasanya Dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu Dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara Yang diwahyukan kepadaNya, dan kamu Wahai orang-orang Yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara Yang kamu cintai serta di perhiaskannya Dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara Yang kamu benci; mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang tetap menurut jalan Yang lurus; -

Rasulullah masih ada di kalangan kamu, maka janganlah ada di kalangan kamu yang membohongi Rasulullah s.a.w. Kamu hendaklah memaklumkan kepadanya berita yang sebenar. Menerima berita yang sebenar daripada pengajaran yang sebenar. Kalau kamu mendustakan Rasulullah s.a.w, maka Alah Maha Mengetahui dan Allah akan mendedahkan kerja-kerja tidak betul yang kamu lakukan.

Allah ta’ala menyatakan sekiranya Rasulullah s.a.w. taat kepada kamu dalam banyak perkara atau dengar percakapan kamu semuanya, nescaya akan berlaku perkara-perkara yang berat ke atas kamu dari kesilapan-kesilapan yang diambil oleh Rasulullah tentang berita yang kamu bawakan. Kalaulah Rasulullah s.a.w. percayakan berita al Walid bin Uqbah, kemudian mengarahkan Khalid al Walid lancarkan serangan ke atas penduduk Kampung Bani Mustaliq itu tanpa usul periksa terlebih dahulu, sudah tentu ramai orang beriman akan dibunuh.

Seterusnya Allah ta’ala menjadikan perasaan kamu itu kasih kepada iman sehingga kamu tidak membohongi Rasulullah s.a.w. Kamu tidak menyampaikan berita-berita yang tidak betul kerana Allah ta’ala telah menjadikan iman itu suatu perkara yang kamu kasih. Kalau tubuh badan kita ini ada perhiasan yang zahir, maka perhiasan di dalam hati kita ialah iman dan perhiasan itu adalah kurniaan daripada Allah ta’ala.

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud: ” Alah ta’ala menjadikan kebencian dalam diri kamu terhadap kekufuran , kefasikan dan penderhakaan.” Allah ta’ala menjadikan dalam hati orang-orang yang beriman itu benci kepada kufur, benci maksiat dan benci kepada fasik. Ini adalah suatu sifat yang Allah ta’ala jadikan di dalam hati-hati orang yang beriman. Hasil daripada pemberian Allah ta’ala ini menyebabkan seseorang itu melihat perkara kufur, maka dia akan benci dan marah. Kalau sekiranya dia melihat perkara-perkara tersebut dan ia terasa ingin melakukannya, maka sudah tentu dalam dirinya mempunyai hati yang kotor dan keji. Tetapi Allah ta’ala menjadikan dalam hati kita benci melihat kepada kufur, maksiat dan sebagainya. Semuanya ini adalah kurniaan daripada Allah azza wajalla.

Allah berfirman lagi yang maksudnya: ”Mereka itulah orang yang berada di atas jalan yang lurus dan betul.”

Makna al Rasyidun ialah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus iaitu jalan siratal mustaqim, orang-orang yang beristiqamah, orang yang duduk di atas jalan yang betul dan sentiasa berdiri teguh di atas jalan yang lurus itu. Bukanlah kita duduk di atas jalan yang betul andai pegangan kita terhadap Islam tidak teguh dan kukuh, ibaratnya seperti angin, apabila dia bertiup ke arah timur, maka dia condong ke sebelah timur dan begitulah sebaliknya. Maksud berdiri atas jalan yang betul ialah tegak atas pegangan yang betul.



TAFSIR AYAT 8

8. (Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Perasaan suka kepada iman dan benci kepada kufur merupakan antara kurniaan Allah yang paling besar kepada kita. Nikmat lain yang kita perolehi atas mukabumi ini tidak kekal lama seperti nikmat makan, ia akan hilang apabila ia masuk ke dalam perut. Nikmatnya hanya di mulut sahaja. Adapun nikmat Iman, ia berkekalan, berpanjangan sampailah kita ke dalam kubur, bahkan tetap bersama-sama kita di hari akhirat.



Wallahu a’lam.

Sabtu, 21 November 2009

Nik Aziz tangga 42 tokoh Islam berpengaruh dunia



SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berada di tangga ke 42 daripada 500 tokoh Muslim berpengaruh di dunia berdasarkan daftar yang dibuat oleh The Royal Islamic Strategic Studies Center (RISSC) melalui buku 'The 500 Most Influential Muslims In The World' tahun 2009. Mendahului senarai tersebut ialah Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz, Pemimpin tertinggi Iran, Syed Ali Khamenei, Raja Morocco, Raja Mohammed IV, Raja Jordan, Raja Abdullah II Al Hussein, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan. Turut tersenarai dalam tokoh 50 teratas ialah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang berada di tangga ke-24. Nama tokoh lain dari negara ini yang turut disenaraikan dalam buku sulung RISSC itu ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad. Nama Anwar disenaraikan dalam 12 tokoh kategori 'honorable mention' kerana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mempunyai pengaruh yang hampir setanding dengan tokoh-tokoh yang berada dalam senarai 50 tokoh teratas.

Tengok Najib, teringat Altantuya. Tengok Altantuya, teringat Najib

Oleh Penarik Beca

Ketika akhbar-akhbar luar negara yang menyiarkan artikel-artikel yang membangkitkan persoalan yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan komisen besar yang diberikan oleh syarikat Perancis, Armaris, kepada sebuah syarikat Malaysia, suami Datin Seri Rosmah Mansor itu mendiamkan diri.



Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Najib membersihkan namanya. Sambil menjangkakan media asing akan terus memburukkan Najib, Dr Mahathir berkata, apa yang lebih penting ialah apa yang difikirkan oleh rakyat Malaysia.




"Dengan merekalah Najib perlu membersihkan namanya," kata beliau.

Walaupun taikonya sendiri yang menasihatkan beliau membersihkan namanya, Najib diam. Nampaknya berkesan strategi beliau.

Selain Dr Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah juga
menggesa Najib membersihkan namanya.

Razaleigh mengambil contoh tindakannya menyaman beberapa media asing yang mengaitkan beliau dengan beliau dengan skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).

Tindakan undang-undang tersebut dibuat di negara dimana akhbar-akhbar tersebut diterbitkan, kata Razaleigh.

Beliau menang kesemua kes samannya, akhbar-akhbar berkenaan menyiarkan permohonan maaf malah beliau mendapat ganti rugi.

Walaupun Tengku Razaleigh memberikan contoh yang boleh diteladani oleh Najib, suami Rosmah itu tetap buat bodoh ja. Dia tak layan sikit pun. Nampaknya berkesan strategi membatu itu.

Kini, sejak 16 November lalu, Malaysia Today menyiarkan temubual dengan penyiasat persendirian P Balasubramaniam (Bahagian
1, 2, 3, 4 dan 5).

Apa yang menarik, Balasubramaniam memberitahu bahawa akuan bersumpahnya yang mengaitkan Najib dan Altantuya pada
3 Julai 2008adalah benar dan dibuat tanpa paksaan manakala akuan bersumpah yang konon dibuat olehnya untuk menafikan akuan bersumpah pada 3 Julai itu dibuat dengan paksaan kerana keselamatan keluarganya terancam.

Malah, penyiasat persendirian itu mendedahkan bahawa beliau tidak pun membaca akuan bersumpah keduanya yang menafikan akuan bersumpah yang pertama itu dan beliau dipaksa untuk menandatanganinya.

Dalam akuan bersumpahnya 3 Julai 2008 itu, Balasubramaniam mendakwa Najib memberitahu Abdul Razak Abdullah Baginda bahawa beliau pernah melakukan hubungan seks dengan Altantuya.

Beliau juga mendakwa bahawa Najib meminta Abdul Razak menjaga Altantuya agar wanita itu tidak mengacaunya.

Najib, Abdul Razak dan Altantuya, dakwanya lagi, pernah makan malam bersama di Paris.

Balasubramaniam juga mendakwa, Altantuya menuntut wang komisyen sebanyak US$500,000 daripadanya berhubung pembelian kapal selam Malaysia di Perancis.

Bagai biasa, Najib dan keluarganya terus mendiamkan diri dengan pendedahan terbaru Balasubramaniam. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub kata, Najib kelihatan begitu overconfident dengan strategi beliau mendiamkan diri.

Saya tidak boleh tuduh Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Tetapi, yang menjadi persoalan ialah kelaku Najib yang begitu pelik dan mencurigakan dalam menghadapi isu Altantuya. Kelaku seperti itulah yang menyebabkan orang teringat Altantuya setiap kali melihat muka atau berita Najib atau Rosmah keluar dalam media.

Orang boleh menyiarkan berita Najib dan Rosmah mengenai perkara apa sekalipun, politik, ekonomi,
Permata. Buatlah berita apa pun mengenai mereka berdua. Tetapi bila orang tengok muka Najib dan Rosmah, orang teringat Altantuya. Bila orang tengok muka Altantuya, orang teringat Najib dan Rosmah.

Persoalannya, adakah Najib akan membersihkan namanya? Adakah Najib dan Rosmah boleh membebaskan diri mereka dari hilai dan seringai hantu Altantuya?

Jalan mudah ialah dengan mencincang sepuas hati personaliti dan kredibiliti Balasubramaniam dan Raja Petra Kamarudin yang tak habis-habis mengungkit isu pembunuhan Altantuya. Selepas itu, hiburkan hati dengan keyakinan bahawa masalah dah selesai.

Masalahnya, betulkah masalah dah selesai dan rakyat melihat Najib dan Rosmah bersih dari percikan darah Altantuya? Betulkah Balasubramaniam dan Raja Petra yang jahat manakala Najib dan Rosmah adalah orang baik-baik yang teraniaya dengan isu pembunuhan kejam Altantuya?

Keterangan Balasubramaniam dalam temubual itu begitu grafik. Adakah Najib dan Rosmah boleh tampil dengan keterangan melampaui keraguan yang berasas bahawa mereka tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya?

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk
Mohd Bakri Mohd Zinin yang pernah ditendang telurnya oleh seorang pengedar Harakah di lokap Dang Wangi mungkin boleh membantu untuk membuktikan keterangan Balasubramaniam itu bohong dan dusta.

Tunggu apa lagi, bah? Ini peluang kau nak naik pangkat!

Berkaitan:
Penyiasat dedah nama adik Najib (Malaysiakini 20/11/09)

Menarik:
Sebab Ke-6 dia terlupa nyatakan (Al Husseyn 20/11/09)


Husam Musa akan digugurkan?

Oleh Din Binjai

Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mendakwa sudah wujud konspirasi untuk menggulingkan beliau daripada pentadbiran kerajaan negeri itu.

"Terdapat usaha untuk mencetuskan perbalahan antara saya dan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan)," pengakuan Husam

“Saya sedar tentang kewujudan konspirasi (pihak tertentu) terhadap saya,” kata beliau lagi.

Pada Jun lalu, Husam yang dilihat sebagai ‘anak emas’ Nik Aziz, tewas dalam pertandingan merebut kerusi Timbalan Presiden PAS.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS disebut sedang timbang untuk menggugurkan Husam daripada Kabinet pentadbiran negeri ekoran isu Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang dipecat sebagai Pengarah Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) minggu lalu.



Syed Azidi, blogger Kickdefella, pula dilihat sebagai antara orang kanan Husam.

PMBK kini diterajui oleh menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman.

Semalam Syed Azidi mendakwa Nik Aziz telah meminta Ariffahmi yang kini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Ariffahmi yang turut mendakwa Syed Azidi cuba untuk memberi tekanan ke atas Nik Aziz.

Khabar angin mengenai langkah menggugurkan Husam sebagai Exco mula timbul ekoran dakwaan Syed Azidi bahawa Nik Aziz akan mengumumkan keputusan letak jawatan Ariffahmi, semalam.

“Saya tahu bahawa Tok Guru tidak akan berbuat demikian kerana beliau seorang pemimpin yang waras,” tambah Husam yang merupakan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun Husam juga enggan mengesahkan sama ada Ariffahmi merupakan individu di belakang dalam usahanya untuk menggulingkan beliau daripada kerajaan negeri.

“Mereka adalah pihak luar, berusaha untuk menyerang, tetapi sasaran mereka ialah Tok Guru dan kemudian mereka akan bergerak untuk menggulingkan kerajaan PAS,” kata Husam lagi.

Pemilihan PAS pusat Jun lalu juga memperlihatkan kewujudan kumpulan yang ‘memihak’ Nik Aziz dan juga puak menyokong Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Badan perhubungan PAS Kelantan dijadual mengadakan mesyuarat khas pagi esok dan dijangka membincangkan krisis terbaru di negeri itu.

Kebanyakan ahli jawatankuasa perhubungan PAS Kelantan mahu Ariffahmi digugurkan dari sayap pelaburan negeri itu.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Akibat Kesialan SPRM


Oleh: setisab

"Akibat Kesialan SPRM,
- Insan Jadi Mayat.
- Mayat Digali.

KAJANG: Kerja menggali mayat mendiang Teoh Beng Hock untuk proses bedah siasat kali kedua seperti diarahkah Mahkamah Koroner Shah Alam, selesai dilakukan jam 10.40 pagi tadi.

Untuk rekod, Teoh Beng Hock didapati mati semasa beliau berada dalam premis dan kawalan SPRM. Ramai pihak yakin kematian Teoh adalah satu kes pembunuhan yang cuba diselindungi oleh pemerintah.

Kerja mengeluarkan mayat itu bermula jam 9.20 pagi di tanah perkuburan Semenyih sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat, esok.


ada 9 November lalu, Mahkamah Koroner memerintahkan mayat Teoh, pembantu kepada Exco Selangor, digali membolehkan bedah siasat kedua dijalankan.

Koroner Azmil Muntapha Abas juga memerintahkan bedah siasat kedua itu dilakukan Ketua Pathologi Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor dan dibantu Dr K Saravanan untuk mengambil gambar bedah siasat itu dan empat pakar forensik, di Hospital Sungai Buloh.

Empat pakar forensik itu, Dr Khairul Azman Ibrahim, Dr Prashant Naresh Samberkar, Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand dan pakar forensik dilantik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

NOTA: SPRM telah 'melanggar matlamat perundangan' dan hak asasi seperti termaktub dalam di bawah Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan.
- Kerajaan Rakyat

Khamis, 19 November 2009

Pemuda PAS Kelantan sedia anjur debat Salahudin dan Nazri

Oleh: Muhammad Yusri Amin
KOTA BHARU, 19 Ogos: Dewan pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) bersedia menjadi penganjur majlis debat mengenai pembayaran royalti minyak kepada negeri Kelantan sekaligus memuji sikap berani Datuk Seri Nazri Aziz yang sanggup untuk menyertainya.

Naib Ketua DPPNK Hisham Fauzi dalam kenyataan medianya berkata sikap Nazri itu sewajarnya menjadi contoh kepada ahli Umno khususnya Pergerakan Pemuda Umno Kelantan.


“DPPNK akan menganjurkan satu Debat Terbuka Isu Royalti Minyak antara Dato’ Seri Nazri Aziz dengan YB Salahuddin Ayub dalam tempoh sebulan ini,” katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Tanah Merah.

Menurutnya, debat terbuka itu dicadang diadakan di Auditorium Pusat Dagangan Kelantan (Auditorium Kelantan Trade Centre), Kota Bharu.

“Surat jemputan kepada kedua-dua pihak akan dihantar dalam masa terdekat.

“Amatlah diharapkan agar kedua-dua pihak dapat mengotakan janji kesediaan mereka untuk berdebat sebagaimana yang diucapkan di Parlimen semalam dan seterusnya menjelaskan kepada rakyat Kelantan siapakah yang benar,” katanya sambil meluahkan kekesalan DPPNK di atas penafian yang berterusan oleh Kerajaan Pusat terhadap hak rakyat dan Kerajaan Kelantan terhadap pembayaran royalti minyak tersebut.

“Walau pun jelas tidak ada keperluan bahawa minyak itu dicarigali dalam tiga batu nautika dari pantai Kelantan untuk menjadikan Kelantan layak terhadap royalti di dalam perjanjian antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Petronas atau di dalam Akta Pembangunan Petroleum.

“Kerajaan Pusat terus cuba menafikan dan mengabaikan fakta sebenarnya. Sikap penafian dan pengabaian ini jelas ditunjukkan semasa sidang Parlimen semalam oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang secara berterusan menegaskan bahawa negeri Kelantan tidak berhak terhadap bayaran royalti dan hanya berhak terhadap wang ihsan saja.

“Datuk Nazri menyatakan kesediaan beliau untuk berdebat dengan YB Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) yang telah bertegas dengan Datuk Seri Nazri mengatakan Kelantan berhak terhadap bayaran tunai royalti minyak, sebagaimana termaktub dalam perjanjian dan akta berkaitan,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Persatuan Perlindungan Pengguna Kelantan bersetuju dengan tindakan Kerajaan Negeri menuntut bayaran royalti minyak daripada Kerajaan Pusat sejak 2004.

Pengerusinya, Haji Ahmad Othman berkata tindakan yang dilakukan Kerajaan Negeri itu betul demi pembangunan dan kepentingan rakyat negeri ini.

“Tuntutan itu mesti dilakukan oleh kerana kita berhak. Kita mesti tuntut, bahkan Kerajaan Pusat sepatutnya tidak membiarkan perkara itu berlaku sejak 2004 lagi,” katanya ketika dihubungi media di sini baru-baru ini.

Mengenai peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) dibelanjakan kepada Kelantan yang menjadi hujah pemimpin Umno-BN untuk tidak membayar royalty tersebut, beliau berkata peruntukan yang dibelanjakan dalam RMK9 semata-mata kerana Kelantan termasuk dalam negeri di Malaysia yang berhak mendapat peruntukan itu.

“Tetapi yang kita tuntut ini hak Kerajaan Negeri, bahkan hujah yang dibuat Pengerusi BN Kelantan yang baru itu tidak berapa cerdek.

“Kita minta sama seperti yang diperolehi Terengganu, bahkan Kerajaan Pusat tidak menyekat permohonan negeri itu, bahkan minyak itu berada di laut kita, kita berkehendakkan royaltinya demi kepentingan rakyat negeri ini.

“Dan minyak itu sendiri tidak terdapat pada negeri yang rakyatnya bukan Islam,” katanya.

Sementara itu mantan Ahli Parlimen Bachok Wan Nik Wan Yusof berkata dalam konteks memajukan sumber petroleium (gas) di dasar laut atau bumi, hak ekselusif itu menjadi tanggungjawab Petronas yang mencari gali minyak dan membuat penyelidikan di mana-mana negeri berdasarkan Akta Petroleium yang diluluskan Parlimen.

“Atas sifat budi bicara dan juga komitmen Kerajaan Pusat yang meraih untung melalui Petronas ini, sepatutnya di mana ada telaga minyak atau pun gas itu, negeri yang memilik telaga tersebut seharusnya diberi ganjaran,” katanya yang juga Pengarah Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan kepda media di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, proses itu berlaku melalui satu perjanjian di antara Petronas dengan negeri-negeri yang mana adanya telaga tersebut.

“Petronas sepatutnya mengadakan perjanjian dengan bidang kuasa yang diberikan oleh Kerajaan Pusat.

“Jadi Kelantan ini tidak termasuk negeri yang mendapat kemudahan hasil dan royalty itu kerana Petronas tidak pun membuat rundingan bagi mengadakan perjanjian dengan Kelantan.

“Kenapa berlaku begitu, sedangkan Sarawak, Sabah dan Terengganu tidak berlaku sedemikian.

“Dalam kes Kelantan ini, persoalan yang berbangkit ialah kerana telaga minyak itu berada dalam ‘kawasan bertindih’ di atas tiga kepentingan negara – Malaysia-Thailand Joint Development Area (JDA),” katanya.

Malaysia-Thailand Joint Development Area merupakan salah satu kawasan yang sangat aktif dalam carigali dan pengeluaran gas asli, terletak di bahagian bawah teluk Thailand (Siam).

Dan diuruskan secara bersama oleh Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA) dengan setiap negara menguasai 50 peratus dari sumber hydrocarbon yang ditemui di kawasan JDA itu.

Sumber gas asli di kawasan tersebut dianggarkan 9.5 trillion cubit feet.

“JDA menangani pembangunan bersama tiga negara – Thailand, Malaysia dan Kemboja.

“Jadi persoalannya di sini, apabila ada hak JDA – hak penerokaan bersama di kawasan bertindih itu, maka pada bahagian bertindih itu ialah pantai yang menjadi milik Kelantan.

“Oleh itu atas sifat perkiraan negeri yang memiliki bumi bertindih itu, keadilan seharusnya dipertimbangkan.

“Petronas sepatutnya ada persetujuan melalui satu perjanjian untuk memberi bayaran royalty walau pun dikatakan bertindih, oleh kerana yang bertindih itu ialah bumi, dan bumi itu bukannya bumi hak ekselusif antarabangsa tetapi hak ekslusif sebahagian daripada Malaysia, Thailand an Kemboja.

“Jadi hak Malaysia itu sepatutnya diberi kepada Kelantan dan itu adalah nilai keadilan yang sepatut diambilkira,” katanya sambil membidas Menteri Kerajaan Pusat atau pun Perdana Menteri yang sepatutnya tidak bercakap dengan bahasa yang bercanggah dengan prinsip “1 Malaysia”.

Beliau berkata, di mana-mana bumi pun, hakikatnya Malaysia hak belaka tetapi Malaysia itu sendiri terbentuk hasil daripada sokongan padu negeri-negeri yang dinaunginya.

“Dan Kelantan sendiri adalah penyumbang hasil Malaysia, contoh minyak itu sendiri.

“Oleh itu dari jumlah RM25 bilion perolehan hasil minyak itu sepatutnya ada sebahagian dari keuntungan diagihkan kepada negeri ini yang menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat menerusi Petronas, dan ketika itu barulah wujud nilai keadilan yang bersifat terbuka itu,” katanya.

Mengulas isu itu dalam aspek agama, beliau berkata apabila hendak mengharmonikan konsep “1 Malaysia” ke atas komitmen beragama, sepatutnya perkiraan itu berlaku secara anak beranak di mana Kerajaan Pusat adalah bapa dan Kerajaan Negeri adalah anak.

“Jadi perkiraan bapa hendak mengambil harta dalam lengkongan sempadan yang dimiliki oleh anak, sepatutnya penyelesaian, persetujuan, imbal dan imboh balik itu terjadi, namun demikian terjadi, dan ini amat mendukacitakan.

“Paling harmoni lagi, kalau negeri-negeri lain yang ada sumber gas ini boleh dibuat perjanjian atas alasan tidak bertindih, hak mutlak negeri berkenaan dan hak mutlak negara berkenaan, apakah di kawasan bertindih ini menafikan terus hak membuat perjanjian dengan Petronas yang bertanggungjawab ke atas negeri yang memiliki tanah yang bertindih itu.

“Jadi persoalan dari sudut undang-undang itu perlu diperjelaskan, janganlah (pihak bertanggungjawab itu) hendak menafikan dengan semborono begitu saja,” katanya.

Mengulas penegasan Pengerusi Umno-BN Kelantan yang menyatakan Kerajaan Pusat tidak akan membayar royalty yang dibangkit oleh Kerajaan Negeri itu kerana telah Kerajaan Pusat telah membiayai Kelantan seperti yang diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia seperti dibelanjakan RM7 bilion dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), Wan Nik berkata adakah negeri-negeri lain tidak mendapat kemudahan di bawah peruntukan RMK9 atas alasan negeri itu tidak memiliki sumber petroleum (gas).

“Bagaimana pula negeri lain seperti Kedah, Perak, Perlis atau negeri yang didominasi Umno-BN termasuk Pahang yang tidak ada pun sumber minyak tetapi peruntukan di bawah RMK9 berjumlah berbilion telah diberi, itu satu persoalan.

“Adakah hasil daripada negeri Kelantan ini dibawa terus kepada Kerajaan Pusat itu semata-mata daripada hasil minyak tersebut, jawapannya tidak. Ini kerana rakyat Kelantan juga membayar cukai seperti negeri lain juga.

“Oleh itu sangat tidak adil dakwaaan bahawa peruntukan yang telah diberi di bawah Rancangan Malaysia itu dianggap telah memadai.

“Bahkan itu suatu suatu jawapan yang cuba membodohkan rakyat Kelantan dengan isu sebenar yang berbangkit,” tegasnya.

Beliau berkata pihak Kerajaan Negeri, menerusi peruntukan undang-undang yang ada hendaklah melihat melihat ruang supaya Kerajaan Negeri boleh mendesak Petronas mengadakan perjanjian dengan penerokaan di kawasan JDA itu bagi mendapat hak royalti.

“Tindakan itu penting supaya Petronas mengadakan perjanjian, penerokaan di kawasan JDA kerana JDA itu tidak dinafikan bahawa bertindih itu adalah di dalam kawasan negeri Kelantan, bukan di kawasan “free zon”, bukan di kawasan bebas, di kawasan negeri kita, Kelantan.


“Sangat perlu kepada perjanjian dengan Petronas. Kerajaan Negeri perlu mencari pendekatan termsuk pendekatan undang-undang dengan Petronas untuk mendesak supaya diadakan satu perjanjian penerokaan di kawasan JDA yang membabitkan bumi yang berada di hadapan pantai Kelantan,” katanya.


Dalam konteks royalti minyak itu, beliau menyifatkan tindakan pihak berkenaan sebagai tidak amanah dan tidak berasaskan nilai tawadhuk seorang pemimpin negara yang mendakwa rakyat didahulukan.

Selain dari itu, beliau mengulas keyakinan Mursyidul Am PAS Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendesak pimpinan Umno supaya mengadakan mujadalah (debat).

“Tok Guru mempunyai satu hujah yang kukuh bahawa dasar Umno yang sebenar itu adalah nasionalisme dan tidak pun mengambil kira dasar Islam. Tok Guru amat ayakin.

“Namun oleh kerana ada orang tua Umno dua orang (Mahathir-Pak Lah) sudah pun memikirkan bahawa Umno sebenar-benarnya tidak berasaskan kepada dasar Islam.

“Oleh itu jika diteruskan juga debat, akan mendedahkan pekung Umno sendiri yang menggunakan Islam sebagai kaedah untuk mencapai kuasa, bukannya meletakkan Islam sebagai dasar untuk diperjuangkan bagi meletakkan Islam sebagai kedudukan yang berkuasa.

“Jadi persimpangan itulah yang menyebabkan Umno sendiri tidak boleh untuk mengikut apa kehendak atau cabaran Tuk Guru itu,” katanya.

Sementara Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri Wan Azimin Wan Adnan ketika dihubungi media berkata royalti minyak itu adalah hak rakyat Kelantan yang seharusnya semua pihak terutamanya Barisan Nasional patut memperjuangkan hak rakyat selaras dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” itu.

“Itulah sepatutnya diperjuangkan terutamanya Kerajaan BN adalah dalam tempoh Kerajaan Najib yang baru memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, maka inilah gagasan yang sepatutnya ditonjolkan olehnya. Dibuktikan supaya rakyat Kelantan tidak lagi dipinggirkan oleh BN,” katanya.

Beliau berkata, perkara asas yang patut dilihat ialah perbezaan di antara Pantai Barat dan Pantai Timur.

“Pantai Timur seharusnya dilihat sebagai satu tempat pembangunan yang baru maka tidak dapat tidak industri petroleium seharusnya didaratkan di kawasan Pantai Timur. Selain di Kerteh, maka tapak baru kita ialah dibangunkan di Kelantan.

“Ini amat wajar kerana Kerajaan Negeri ini sudah pun menyediakan tapak pendaratan petroleium (gas) di Pantai Senok lama sebelum ini.

“Seharusnya inilah perkara asas, kalau sekiranya (Kerajaan Pusat yang diterajui BN) ingin membantu rakyat, maka kawasan pertumbuhan industri baru Pantai Senok ini perlu dibangunkan.

“Kita tidak perlu banyak berpolitik dalam hal-hal sedemikian, tertapi seharusnya ia dilihat sebagai satu keadaan di mana “rakyat didahulukan” dan ianya perlu dibuktikan dengan aspek praktikal.

“Sekiranya tidak ditunaikan bererti Kerajaan Pusat berhutang dengan rakyat Kelantan. Royalti itu hak rakyat Kelantan dan tidak perlu bercakap tentang tidak patut dibayar dan sebagainya oleh kerana itu satu eskapisme semata-mata.

“Jika tidak maka slogan “Satu Malaysia” adalah retorik semata-mata, yang tidak berpijak kepada reality.


"Jika pembayaran royalti dan tunggakannya tidak ditunaikan, rakyat Kelantan menganggap mereka yang menerajui Kerajaan diterajui Umno-BN yang ada hari ini menjuarai aspek kezaliman dan rasuah.

“Title Umno-BN tidak akan bersih pada pandangan rakyat terutama oleh rakyat negeri ini umumnya, bahkan dengan itu Umno-BN mudah ditolak rakyat.


“Saya yakin rakyat akan memberi satu keputusan bahawa mereka menghantar satu referendum yang kedua selepas daripada keputusan Pilihan Raya, bahkan mereka menolak kepimpinan yang tidak meletakkan rakyat sebagai keutamaan,” katanya yang juga Pegawai Khas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Negeri.

Kartonis terkenal Haji Rosidi Ismail (Pak Rossem) ketika dihubungi media baru-baru ini berkata, perjanjian di antara Petronas dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri di Malaysia, berdasarkan perjanjian bahawa jika sekiranya didapati ada minyak di negeri itu sama ada Perlis, Kedah, Sabah atau Sarawak, sekiranya terdapat minyak di negeri itu, mereka mesti menyerahkan pengurusannya kepada Petronas dan Petronas akan memberi lima peratus kepada negeri berkenaan.

“Justeru Kelantan berhak untuk mendapatkan lima peratus itu kerana kewujudan minyak itu dalam perairan Kelantan.

“Kini di perairan Kelantan itu sudah ada minyak, sudah ada saluran minyak dan paip minyak, namun kebanyakan orang tidak tahu tentang pelantar minyak, dan perkara itu didiamkan saja oleh pihak.

“Jadi sebenarnya Kerajaan Pusat sudah melakukan satu tindakan yang membelakangi janji-janji tersebut khususnya perjanjian antara Kerajaan Negeri dengan Petronas itu dalam perkara pembahagian peratus itu,” katanya yang juga Penolong Pengarah Penerbitan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri.

Beliau turut mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Husam Musa ketika berceramah di Manek Urai baru-baru ini bahawa apa yang pihak Kerajaan Negeri memperjuangkan kini insya Allah akan berhasil.

"Ini kerana Kerajaan Pusat tidak ada alasan lagi untuk menidakkan apa yang kita mahu.

“Jadi insya Allah apa yang kita mintak berhubung dengan royalti dan bayaran terkebelakang itu, insya Allah akan berjaya kerana perkara ini perkara jelas dan berasas.


"Kerajaan Pusat berhutang dengan rakyat Kelantan dalam kes ini, maka hutang itu wajib dibayar dan pemimpin itu akan dituntut, kalau tidak di dunia maka di akhirat.

“Pemimpin Kerajaan Pusat itu bertanggungjawab khususnya pemimpin utamanya,” katanya.

Cara Untuk Kurus Tanpa ubat-ubatan

Oleh KutuKatan

1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan.

Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah.

Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi



2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.


12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.


16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


17. SIMPAN SATU DIARI

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.


20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!


21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha."

Siswa UM ditahan polis kes 'puaka'


Oleh Abdul Rahim Sabri

Seorang lagi pelajar Akademi Pengajian Islam (API) Universiti Malaya, yang dikehendaki polis berhubung siasatan kes menconteng perkataan "bini puaka" di sebauh dewan, berjaya ditahan hari ini.

Muhammad Saufi Jelani ditahan oleh lima anggota polis di bangunan peperiksaan universiti itu kira-kira jam 10.30 pagi, selepas menduduki kertas terakhir semester ini.

Beliau, pelajar terakhir ditangkap daripada sekumpulan lima orang yang disiasat berhubung kes tersebut, kemudian dibawa ke balai polis Jalan Pantai Baru, kira-kira 200 meter di depan kampus tersebut.





Exco Persatuan Mahasiswa Islam UM Mohd Syafie Hashim memberitahuMalaysiakini di kampus tersebut, beliau telah cuba menelefon Muhammad Saufi tetapi seorang anggota polis memaklumkan bahawa pelajar API itu sedang disiasat.

Difahamkan dua pemimpin mahasiswa UM sedang berada di balai polis tersebut untuk mengikuti perkembangan penahanan pelajar berkenaan di balai polis tersebut.

Polis menjejaki suspek berhubung siasatan kes contengan perkataan-perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding sebuah dewan UM pada Jun lalu.

Selain menceroboh dewan utama API awal pagi 24 Jun lepas, siasatan polis juga berhubung simbahan petrol di permaidani merah yang bakal dilalui isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk satu program di dewan tersebut.

Kejadian itu berlaku beberapa jam sebelum dewan tersebut digunakan oleh isteri Datuk Seri Najib Razak untuk program derma kanak-kanak Palestin, jam 9 pagi Rabu itu.

Pada 30 Jun lalu, dua pelajar API dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli juga dihadapkan bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan


Rabu, 18 November 2009

Keruntuhan Akhlak : Masa Depanmu Terjamin (PANAS!!!

Oleh pwm003

Gejala sosial muda-mudi sekarang ini semakin menjadi igauan bagi setiap pihak, seolah-seolah tiada jalan penyelesaian untuk mengatasinya.

Tidak kurang hebatnya dengan golongan tua-tui kita. Golongan yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Setiap hari pelbagai berita, cerita, kes yang berlaku. Di dada-dada akhbar hari ini penuh dengan semua ini. Salah siapa sebenarnya?(GAMBAR DIBAWAH)


Adakah kita semua sibuk dengan tugas masing-masing? Adakah kita sibuk dengan mensyuarat agung? Adakah kita sibuk melancong luar negara? Sibuk mencari isu untuk menentang Islam? Adakah kita sibuk menghadiri jemputan konsert?

Keluarga dirumah terabai, isteri terabai. Semuanya kehidupan kita terabai. Keruntuhan akhlak hari ini memang tidak dapat dinafikan lagi, terlalu banyak. Sehinggakan adik kandung sendiri sanggup merogol kakaknya, datuk merogol cucu, bapa berzina dengan anak.

Tidak kurang pula di sekolah... Pergaduhan lelaki dan perempuan, melahirkan anak dalam tandas, bercumbuan sesama rakan. Apa sudah jadi dengan dunia hari ini.

Dalam akhbar itu semuanya baru mengenai anak-anak orang awam, anak-anak orang kampung... Adakah artis-artis yang dipuja, anak-anak VVIP, VVIP, Datuk-Datin tidak terjebak dengan semuanya ini...? Mereka semua terlepas dari hukuman dunia...? akhirat menanti...

Golongan yang disebutkan di atas seolah-olah diberi lesen khas (tidak ditangkap) apabila melakukan perkara-perkara mungkar. Ulama' dan Ustaz ditangkap, dibicarakan tentang tauliah, dibicarakan kerana mempunyai unsur politik dalam kuliah dan bermacam-macam lagi kerenah.

Masa depanmu terjamin... (dibawah pemerintahan umno barisan nasional?)

*Harap maaf kepada semua, gambar dibawah mungkin keterlaluan bagi sesetengah pihak, yang mempunyai kaitan dengan si pelaku dan individu itu sendiri. Gambar ini diambil di laman photo sosial anak tempatan. Tidak dapat dikenalpasti anak/suami/isteri/rakan siapakah ini.



Minum arak serta pergaulan bebas.



Pesta Buih.




Minum arak, bertindik dan pergaulan bebas.

*Penyebaran gambar ini bukan bertujuan untuk mengaibkan, cuma suapaya kita semua lebih peka dengan hal berlaku. Awasilah anak-anak anda, suami anda, isteri anda, sahabat anda dan keluarga anda. Anda mampu mengubahnya... Keruntuhan moral akhlak umat Islam adalah bala dari Allah S.W.T? Sama-sama kita fikir, renungkan dan muhasabah. Kembalilah kepada Islam.

"Islam Berdaulat, Rakyat Sejahtera..."

Mahkamah arah pilihan raya kecil di Kota Sepute


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil untuk Dun Kota Seputeh Kedah.

Arahan itu dibuat oleh hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin.

Menurut hakim itu, Suruhanjaya Pilihan Raya telah melanggar sempadan kuasanya apabila menolak permohonan Speaker Dun Kedah agar diadakan pilihan raya semula di situ.


Menurut beliau, peguam plaintif (Speaker Dun Kedah) telah berjaya membuktikan bahawa Datuk Abu Hassan Sarif, Adun Kota Seputeh telah tidak hadir dua kali sidang berturut-turut tanpa kebenaran Speaker.

Ini bermakna, mahkamah bersetuju dengan keputusan Speaker Dun Kedah, yang memutuskan kerusi itu kosong berikutan kegagalan Abu Hasan (gambar) hadir dua kali berturut-turut ke sidangnya.

Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi. Lawannnya, Ismail Wan Teh dari PAS menerima 7,665 undi.

Dalam sidang Dun Kedah baru-baru ini, Speaker menyifatkan Abu Hasan bukan lagi Adun Kedah yang sah.

Mengulas mengenainya, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pegawai undang-undang SPR perlu meneliti secara terperinci desakan dibangkitkan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail sebelum membuat sebarang keputusan.

Pada 18 Ogos lalu Abd Isa meminta SPR mengisytiharkan kerusi itu kosong atas alasan Abu Hasan tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dua kali berturut-turut tahun ini.

Peguam bagi Speaker, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah, Artikel 51 Undang Undang Tubuh Kerajaan Kedah menyebut bahawa “sekiranya mana-mana anggota Dewan Undangan Negeri tidak menghadiri dua sidang berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, kerusi mereka seharusnya dianggap kosong.”

Abu Hasan tidak hadir pada sidang 19 April dan kemudian pada 9 Ogos tanpa izin Speaker.

Sulaiman berkata, Abu Hasan tidak menafikan fakta itu.

“Apabila syarat-syarat ini dipenuhi, kemudian perjalanan undang-undang ialah Artikel 51, di mana kerusi itu dengan sendirinya menjadi kosong,” kata Abdullah yang juga bekas Presiden Majlis Peguam di mahkamah sebelum ini.

Namun, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Abu Hasan agar terus menghadiri sidang DUN negeri itu yang dijadualkan hari ini.

Katanya, walaupun Speaker menganggap wakil rakyat itu hilang kelayakan sebagai Adun, namun BN memegang prinsip apa yang diputuskan oleh SPR bahawa tiada berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Seputeh dan Abu Hasan adalah wakil rakyat BN yang sah.

“Abu Hasan masih ahli Yang Berhormat secara sah dan Speaker (DUN) tidak boleh menghalang beliau dari menghadiri sidang dewan itu.

“SPR umum tiada kekosongan dan tidak ada pilihan raya kecil, jadi apa kuasa Speaker itu saya tak tahu,” katanya selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gunung, Alor Setar.

Muhyiddin berkata, Abu Hasan harus menghadiri sidang DUN itu bagi mengetahui apa yang sedang berlaku kerana beliau masih seorang Adun sehinggalah mahkamah memutuskan kedudukannya kelak.

Abd Isa baru-baru ini berkata, beliau menyifatkan Abu Hasan bukan lagi Adun walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukan wakil rakyat itu.

Beliau sebelum ini memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan SPR yang mengekalkan Abu Hasan sebagai Adun kawasan Kota Seputeh.